KUALA LUMPUR: Berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj, kerajaan memutuskan kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj “kos tak berimbang” (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT tersebut dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh sama.
“Pelarasan ICPT ini tidak melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 300 kWj.
“Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik, iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0% cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 Jun 2018,” katanya.
Menurut ST, ia berikutan persetujuan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif bagi penetapan dan pelarasan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh kawal selia 3 tahun yang ke-2, bermula 2018 hingga 2020.
Ads
Di bawah IBR, tarif elektrik mempunyai 2 komponen utama, iaitu tarif asas yang tidak berubah dalam tempoh kawal selia IBR dan ICPT dalam bentuk rebat atau surcaj dalam tarif pengguna yang dilaksanakan setiap 6 bulan.
Menurut ST, ICPT untuk melepaskan apa-apa kos tak berimbang, iaitu perbezaan antara kos sebenar bahan api serta kos lain penjanaan yang didapati munasabah dan di luar kawalan TNB dengan kos unjuran yang diguna pakai dalam penetapan tarif asas bagi tempoh 6 bulan sebelumnya.
Bagi Januari hingga Jun 2018, suruhanjaya itu berkata, harga arang batu meningkat kepada AS$91.66/setan metrik berbanding harga diunjurkan dalam tarif asas, iaitu AS$75/setan metrik.
Ads
Kenaikan bagi tempoh 6 bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj.
Dalam pada itu, katanya rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 6 bulan terdahulu akan ditamatkan mulai 1 Julai ini.
Ads
Selaras dengan itu, rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj yang diberikan dalam tempoh terdahulu bagi pengguna elektrik di Sabah dan Labuan turut ditamatkan mulai 1 Julai 2018, kata ST.
Katanya, kerajaan turut memutuskan pelaksanaan IBR di Sabah dan Labuan yang sepatutnya bermula 1 Julai 2018 ditangguhkan sehingga 1 Januari 2019.
sumber:http://www.freemalaysiatoday.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketika kita sudah memulakan kembali kehidupan bekerja seperti biasa selepas kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri bagi meningkatkan sistem imun badan kita.
Ini bermaksud makan makanan yang baik dan berkhasiat serta bersenam setiap minggu – sama ada berjalan kaki, berjoging atau berbasikal – namun kita harus memastikan mematuhi penjarakan sosial sebagai normal baharu.
Sekiranya berbasikal adalah pilihan anda, anda pasti mahu basikal lama atau basikal (yang baru anda beli), mendapat penjagaan yang sesuai untuk memastikan ia berjalan lancar dan cekap. Ini sangat penting terutama bagi rantai basikal agar ia tahan lebih lama, jadi anda tidak perlu menukarnya sekerap yang mungkin.
Salah satu cara mudah untuk melakukannya – yang hanya akan memakan masa kurang dari 10 minit – adalah dengan menggunakan WD-40 Bike Chain Cleaner & Degreaser. Ia adalah penyelesaian larutan buih yang bertindak pantas melekap pada permukaan serta berfungsi dalam hanya beberapa saat.
.
Produk ini sangat bagus berfungsi untuk membersihkan minyak dan kotoran degil daripada rantai basikal, malah para atlet dan amatur begitu menyukainya.
Berikut adalah beberapa langkah ringkas mengenai cara penggunaan WD-40 Bike Chain Cleaner & Degreaser:
Goncangkan tin dengan baik, kemudian lepaskan penutupnya.
Arahkan ke rantai basikal anda dan semburkan dari kaset (kluster) rantai basikal. Semburkan semasa anda mengayuh basikal agar rantai bergerak, sehingga buih tersebut dapat melapisi seluruh rantai.
Setelah seluruh rantai dilapisi, letakkan tin ke bawah dan tunggu beberapa minit untuk membiarkan penyelesaiannya berjaya.
Dapatkan kain dan pegang bahagian rantai dengannya supaya boleh dilap secara lembut semasa anda menggunakan backpedal (mengayuh basikal secara terbalik). Semua sisa kotoran akan keluar dan melekat di kain tersebut.
Reka bentuk tin ini membolehkan penyemburan buih tepat ke arah rantai basikal. Apabila buih masuk, ia akan mendorong agen pembersih memasuki keseluruhan rantai basikal.
Jangan risau jika anda melihat buih berlebihan menitis ke bahagian lain di basikal anda. Penyelesaian ini tidak mengandungi pelarut sitrus atau asid yang boleh merosakkan basikal anda, jadi ia selamat untuk digunakan terhadap semua kemasan atau komponen basikal.
Inilah produknya untuk anda miliki. Ia memudahkan anda bagi membersih dan menghilangkan kotoran minyak basikal anda.
. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barisan produk WD-40 yang bersesuaian dengan kegunaan basikal anda ataupun peralatan sukan yang lain, boleh melayarihttps://wd40.asia/my.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Syarikat pemaju perumahan, Mah Sing Group Berhad kini telah mengorak langkah untuk berkerjasama dengan platform aplikasi SofaX, sebuah kendalian aplikasi rekaan dalaman secara maya dengan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR).
Pengumuman kolaborasi tersebut telah diumumkan secara rasmi kepada umum, pada 28 Julai lalu.
Hasil kerjasama kedua-dua jenama ini, Mah Sing Group Berhad bakal menawarkan kepada semua ahli ‘M Privilege’ dan pemilik rumah di bawah projek perumahan M Vertica dan Sensory @ Southville City berpeluang untuk menerima diskaun potongan harga bagi setiap pembelian perabot, kemasan dan pakej hiasan dalaman.
Tawaran diskaun potongan harga yang bakal diberikan oleh Mah Sing Group Berhad kepada semua pemilik rumah di bawah projek perumahan berkenaan bernilai lebih RM14.5 juta.
Selain itu, kerjasama ini juga adalah sebagai satu langkah inisiatif kedua-kedua jenama bagi memberi kemudahan kepada pemilik rumah untuk memiliki rekaan hiasan dalaman yang tepat dan bersesuaian mengikut citarasa masing-masing.
Sedikit informasi mengenai aplikasi SofaX ini telah dicipta dengan fungsi teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) bertujuan untuk memberi input kepada para pengguna mengenai rekaan hiasan dalaman rumah yang tepat dan bersesuaian.
Dengan penggunaan aplikasi ini, anda boleh mengakses untuk melihat lebih 3000 produk daripada 150 jenama berserta 100 ‘portfolio’ pereka hiasan dalaman yang menyediakan perkhidmatan rekaan hiasan dalam. Bak kata orang, semuanya hanya di hujung jari!
Untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi dan tawaran ini, sila layari https://www.mahsing.com.my/ dan https://www.sofax.com/
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pasti sudah ramai yang perdah mendengan tentang bahayanya campuran ubat batuk dengan susu lebih-lebih lagi apabila terdapat kes kanak-kanak yang telah menjadi ‘mangsa’ dua cecair tersebut. Tapi adakah fakta in be narataupun hanya mitos semata-mata?
Mari ikuti perkongsian dari Pusat Racun Negara dengan lebih terperinci.
UBAT BATUK CAMPUR SUSU MENJADI RACUN?
Sebenarnya tiada kajian yang menunjukkan campuran ubat batuk ke dalam susu boleh bertukar menjadi racun. Kita juga tidak tahu sama ada kes yang tular ini benar atau tidak. Jika ia adalah benar, tidak dinyatakan umur kanak-kanak yang terlibat dan dos ubat batuk atau ubat selsema yang dicampurkan ke dalam susu tersebut.
Terdapat banyak jenis ubat batuk atau ubat selsema yang berada di pasaran, sama ada didapati di klinik-klinik atau di kedai farmasi. Tetapi jenis ubat batuk atau ubat selsema yang paling biasa adalah daripada kumpulan ubat yang dipanggil ‘antihistamines’. Ubat jenis antihistamine tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun di Malaysia, sesetengah negara lain pula menyekat pemberian ubat ini kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, ada juga di bawah umur 6 tahun (USFDA).
Kenapa?
Ubat antihistamine telah dilaporkan boleh menyebabkan kesan TEKANAN PERNAFASAN (respiratory depression) jika diberi kepada kanak-kanak dan boleh membawa maut. Maka dalam kes yang tular ini, tidak kira sama ada dicampurkan ke dalam susu atau minuman apa sekali pun, ubat batuk atau ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah 2 tahun atau diberikan dengan dos yang berlebihan kepada kanak-kanak lebih 2 tahun.
Benarkah susu meneutralkan ubat?
Jika ingin dibincangkan mengenai interaksi antara ubat dan makanan mungkin konteksnya terlalu luas. Bertumpu kepada susu, memang ada sesetengah ubat dan antibiotik menjadi kurang berkesan jika diberikan bersama-sama susu, contohnya antibiotik ciprofloxacin, doxycyline dan tetracycline kerana kandungan kalsium di dalam susu. Adalah TIDAK BENAR beranggapan SUSU MENEUTRALKAN SEMUA JENIS UBAT.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.