Ada di kalangan anda yang menggunakan periuk ‘non-stick’ atau anti lekat di rumah? Bagi yang ada, sudah pasti anda berasa khuatir periuk kesayangan anda tercalar ketika dicuci selepas ia digunakan. Betul tak?
Seperti umum mengetahui, periuk dan kuali ‘non-stick’ sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa kerja memasak di dapur. Tetatpi tahukah anda, periuk yang mempunyai fungsi kelebihan anti lekat ini memerlukan penjagaan rapi?
Untuk pengetahuan anda, untuk mencuci periuk dan kuali ‘non-stick’ ini tidak boleh menggunakan berus pencuci sembarangan. Ini kerana, ia akan membuatkan permukaan periuk dan kuali mudah tercalar.
Ads
Maka oleh itu, anda disarankan untuk mencuci periuk dan kuali ‘non-stick’ anda dengan menggunakan span pencuci khas jenama Scotch Brite Scrub Dots ini.
Bukan sahaja memudahkan kerja mencuci anda, malah dengan penggunaan span pencuci khas ini akan melindungi permukaan periuk dan kuali ‘non-stick’ daripada sebarang kesan calar.
Selain itu, penggunaan span pencuci khas keluaran jenama Scotch Brite ini berkesan dan mampu membasmi kuman serta membersihkan kekotoran degil pada periuk anti lekat anda dengan sangat mudah.
Ads
Sekiranya anda mahu mendapatkan span pencuci khas ini, anda boleh membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tidak dinafikan, berlakunya bencana alam seperti banjir kilat boleh memberikan impak dan kesan yang buruk kepada anda. Bukan sahaja boleh menjejaskan kediaman anda malah ianya juga boleh memberikan cabaran yang besar dalam hidup anda.
Maka dengan itu, anda dinasihatkan serta disarankan melakukan beberapa langkah penting sebelum berlakunya banjir kilat supaya anda tidak akan menghadapi sebarang masalah di kemudian hari.
Jadi, mari kita lihat senarai lima langkah yang perlu anda lakukan sebelum berlakunya banjir kilat di kawasan kediaman anda.
1.Simpan Dokumen Penting
Langkah pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah untuk menyimpan semua dokumen penting dan barang berharga anda ke dalam bekas kalis air.
2.Simpan Air Bersih
Apabila berlakunya kilat, anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan air yang bersih untuk kegunaan seharian. Makan dengan itu, anda disarankan untuk menyimpan air yang bersih secukupnya.
3.Alihkan Kenderaan
Bagi anda yang tinggal di kawasan kediaman tanah rendah dan memiliki kenderaan seperti kereta atau motorsikal, anda disarankan untuk segera mengubah tempat dan meletakkan kenderaan anda di kawasan lain yang kurang berisiko banjir.
4.Sediakan Peralatan Kecemasan Secukupnya
Anda juga disarankan untuk menyediakan peralatan kecemasan seperti ubat-ubatan dan ‘powerbank’ untuk kegunaan kecemasan. Ini kerana, sekiranya berlaku banjir di kawasan kediaman anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran seperti bekalan elektrik terputus dan pergerakan keluar masuk yang lebih terhad.
5.Ambil Tahu
Langkah seterusnya adalah sangat penting untuk anda ambil tahu berhubung lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan yang berdekatan kediaman anda sekiranya berlaku banjir. Ianya sangat penting kerana membolehkan anda menempatkan dan menyelamat nyawa ahli keluarga anda daripada menjadi mangsa nahas banjir.
Diharapkan anda semua untuk sentiasa kekal berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca.
Dapatkan info amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ada di kalangan anda yang sememangnya pencinta dengan taman tema air dan gemar melakukan aktiviti lasak serta menyeronokan? Ini satu khabar gembiira buat anda semua!
Sebuah taman tema air terbaru, SplashMania di bawah kendalian dan projek pembangunan oleh Gamuda Land bakal dibuka dan beroperasi secara rasmi pada 6 Februari ini.
Dengan saiz keluasan tanah yang telah dibangunkan, anda boleh merasai pengalaman ‘When Nature Meets Fun’ di taman tema air SplashMania! Sangat menakjubkan!
Apa yang telah menarik perhatian IMPIANA, taman tema air SplashMania ini dibina dan dibangunkan dengan kawasan persekitaran lebih daripada 70% tumbuhan pokok semula jadi. Dengan ini, sudah pasti taman tema air ini akan mempunyai persekitaran yang segar serta menenangkan.
Bukan itu sahaja, taman tema air SplashMania bakal menyediakan sebanyak 24 gelongsor air mengagumkan dan mempunyai lebih 15 tarikan utama yang menarik kepada para pengunjung. Sudah pasti, para pengunjung yang bakal datang di taman tema air SplashMania akan merasai pengalaman yang menyeronokkan!
Jadi, tunggu apa lagi? Mesti ramai yang sudah tidak sabar dan berasa amat teruja dengan pembukaan taman tema air SplashMania yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Bersempena promosi pembukaan, harga tiket dijual dengan harga RM79 untuk dewasa manakala bagi warga emas dan kanak-kanak pula RM63 sahaja, bermula sekarang sehingga 31 Mac depan.
Untuk lebih info dan maklumat lanjut, sila layari di laman sesawang rasmi SplashMania.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
5 perkakas untuk dapur sempit, bijak guna ruang. Kebanyakan kediaman zaman kini mempunyai saiz dapur yang terhad. Jadi, pemilik perlu menggunakan segenap ruang dapur dengan bijak. Selain pemilihan warna, pemilihan perabot juga memainkan peranan yang penting dalam memaksimumkan penggunaan ruang dapur yang sempit.
Berikut ialah senarai 5 perkakas bijak untuk dapur bersaiz kompak:
1. Kaunter Pulau Mudah Alih
Untuk dapur bersaiz kompak, lebih bijak jika anda menggunakan kaunter pulau mudah alih yang boleh dipasang dan dilipat untuk memberikan lebih banyak ruang apabila tidak digunakan. Ini boleh membantu meningkatkan ruang dan kebolehgerakan dalam dapur bersaiz kompak. Pastikan untuk memilih yang sesuai dengan gaya dan keperluan dapur anda.
2. Besi Gantung
Adakalanya kabinet atau rak dinding akan memakan ruang. Terdapat pilihan lain seperti hanging bar yang mempunyai pelbagai kegunaan. Ia membolehkan anda menyimpan perkakas dapur dan perkakas lain secara vertikal, menjimatkan ruang lantai dan menjadikan perkakas mudah dicapai.
Besi gantung yang dipasang di dinding adalah pilihan yang baik untuk menyimpan periuk, kuali, dan perkakas dapur yang sering digunakan. Anda boleh memilih besi gantung yang dipasang secara langsung ke dinding atau yang dilengkapi dengan pemegang boleh tanggal untuk membolehkan pelarasan mudah.
3. Rak Sudut
Sebaiknya ruang di dapur kompak ini dimanfaatkan. Lazimnya, ruang sudut dapur sering diabaikan kerana kesukaran untuk mencapai di samping saiz ruang yang terhad. Dengan mengaplikasikan rak sudut sebagai ruang simpanan tambahan, ini menjadi penyelesaian yang sangat berkesan untuk memaksimumkan ruang penyimpanan.
Terdapat pelbagai jenis rak sudut di pasaran yang anda boleh sesuaikan dengan kegunaan dan cita rasa anda. Pastikan untuk memilih rak sudut yang sesuai dengan keperluan penyimpanan anda dan tetap mempertimbangkan aksesibilitinya supaya anda boleh dengan mudah mengambil barang-barang yang anda perlukan semasa memasak.
4. Rak Bawah Sinki
Ruang bawah sinki adalah salah satu tempat yang sering diabaikan tetapi sangat penting untuk menyimpan barang-barang dapur. Kebiasaannya ruang ini menjadi tempat simpanan barang pencuci dan tong sampah. Namun, tanpa sistem rak khas tersedia, ruang bawah sinki tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan meletakkan rak bawah sinki, dapat memberi ruang tambahan yang lebih sistematik.
Pastikan untuk mengukur ruang di bawah sinki anda dengan teliti sebelum memilih rak penyimpanan untuk memastikan ia sesuai dengan ruang yang ada dan dapat memaksimumkan ruang penyimpanan yang tersedia.
5. Tong Sampah Tersembunyi
Lazimnya, kita lebih gemar meletakkan tong sampah pada sudut dapur padahal sudut tersebut boleh digunakan bagi tujuan lain. Anda boleh memasang tong sampah di dalam kabinet dapur untuk menyembunyikannya dari pandangan tetapi masih mudah diakses. Terdapat pelbagai jenis sistem kabinet yang direka khas untuk menampung tong sampah, termasuk sistem laci yang boleh ditarik keluar dengan dua atau tiga tong untuk mengasingkan sisa dan bahan kitar semula.
Menggabungkan tong sampah tersembunyi dengan elemen-elemen penyimpanan yang bijak adalah kunci untuk menjaga dapur bersaiz kompak anda supaya sentiasa kemas, bersih, dan teratur.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.