Ramai beranggapan untuk menanam lobak merah ia memerlukan batas. Memang benar, ini kerana lobak merah memerlukan tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan ubi yang panjang. Oleh hal yang demikian, batas adalah penyelesaian yang terbaik untuk menghasilkan lobak merah yang cantik. Namun, tidak mustahil untuk anda tanam lobak di dalam pasu jika kena pada caranya.
Bekas tanaman
Memandangkan lobak memerlukan kondisi tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan umbisi yang cantik, anda memerlukan pasu atau bekas yang mempunyai ke dalam minimum 1.5 kaki.
Biji benih
Dapatkan benih lobak dari variati Chantenay atau Nantes. Elakkan menanam lobak merah dari variati Imperator kerana ia dari variati yang panjang. Untuk variati tersebut, anda memerlukan bekas atau pasu yang ber kedalaman lebih 2.5 kaki. Selain itu juga, benih lobak merah mini atau bulat seperti lobak merah mini romeo juga amat sesuai ditanam di dalam pasu
Semaian
Lobak merah mempunyai tekstur biji benihnya yang sangat halus. Oleh itu, ia akan memberi sedikit masalah untuk anda melakukan semaian terus pada medium tanaman. Tambahan pula, risiko tanaman tidak menjadi lebih tinggi.
Ads
Untuk proses semaian paling cepat dan mudah, anda perlu sediakan sehelai kertas tisu yang telah ditaburkan sedikit benih lobak merah. Lipat tisu tersebut menjadi 4 segi seperti poket dan renjis kan sedikit air untuk melembapkan tisu tadi.
Masukkan tisu yang telah dilembapkan tadi ke dalam plastik atau zip lock bag untuk mengelakkan ia cepat kering. Simpan plastik berisi tisu lembap tadi di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 hingga 7 hari. Selepas 7 hari, barulah anak lobak merah boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman
Medium tanaman
Lobak merah memerlukan medium tanaman jenis peroi dan sedikit berpasir. Campuran terbaik untuk tanaman lobak merah adalah 2:1:1 (Tanah hitam/loam/topsoil):pasir sungai:kompo. Gaul semua media sehingga rata dan masukkan ke dalam bekas tanaman sehingga penuh.
Ads
Semai anak pokok
Buat lubang pada kedalaman 2 inci sebesar jari telunjuk dengan jarak 5 inci setiap satu. Masukkan benih yang telah bercambah tadi ke dalam setiap lubang dan kambus lubang tadi dengan tanah yang nipis kemudian disiram. Letak anak pokok di bawah tempat separa teduhan selama seminggu atau sehingga ia betul-betul stabil
Siraman dan penjagaan
Lakukan siraman 2 kali sehari setiap awal pagi dan lewat petang. Apabila hujan, siraman tidak perlu dilakukan dan pastikan medium tidak bertakung air dan basah. Cabut rumput dan rumpai untuk mengurangkan kadar saigan dengan lobak merah.
Ads
Pembajaan
Untuk dapatkan lobak yang sihat dan besar, kurangkan penggunaan baja. Ini kerana penggunaan baja yang berlebihan dan kerap hanya daun nya sahaja yang merimbun namun hasil lobaknya kecil. sebaiknya, gunakan baja kompos pada lobak merah anda dan elakkan penggunaan baja bernitrogen tinggi
Tuai
Lobak merah sedia tuai apabila mencapai usia 60 hingga 90 hari mengikut variati. Sebelum di tuai, pastikan tanah di sekitar lobak merah digembur terlebih dahulu untuk memudahkan ia mudah di atrik dan mengurangkan risiko ubinya terpatah
Sumber: http://tanomkinotuan.blogspot.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang menyewa atau baru pindah masuk ke rumah baharu, item seperti perabot dan perkakas lain merupakan kelengkapan yang harus ada. Tetapi bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing, tidak semuanya wajib beli baru. Anda boleh gunapakai semula perabot yang lama, ataupun DIY sendiri mana yang boleh. Lebih jimat dan bijak.
Melalui perkongsian saudara محمد اكمال اذىذى , disebabkan bajet yang terhad beliau telah mengambil langkah bijak untuk bina sendiri rak tv untuk ruang tamu kediamannya. Dan hasilnya, tidak mengecewakan!
Hanya dengan menggunakan paip pvc, sebuah rak tv yang moden dan ringkas telah terbina.
Mari ikuti perkongsiannya.
RAK TV DARI PAIP PVC
Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ini projek asal bole letak tv je…
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
– pvc class 7
– join 3way & 4way
– aerosol spray flat black
– rubber wood
1.Rancang terlebih dahulu bentuk dan saiz rak tv yang ingin dibina sebelum menyediakan bahan keperluan.
2. Pasang dan sambungkan paip pvc dengan menggunakan joint
3. Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
4. Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.
5. HASILNYA
KOS YANG TERLIBAT :
1.Paip class 7 x3 batang – RM19
2. Cat – RM20
3. joint – RM20
4. Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130 tapi yang diguna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni sekitar RM30
Idea yang cukup kreatif dan bernas ini sesuai sangat untuk anda yang mahu jimat dan sukakan cabaran ketika menghias rumah. Selamat Mencuba!
Katil, bukanlah perabot wajib ada dalam sesebuah bilik tidur. Yang penting adalah sebuah tilam yang memberi keselesaan ketika beradu. Ramai beranggapan bilik tampa katil tak kemas dan tak cantik. Anda silap. Berikut idea bilik tidur tanpa katil yang memang cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dapur kecil mahupun besar saiznya, perkara utama yang eprlu diperhatikan adalah penyusunan dan penyimpanan keperluan. Ia termasuklah susunan atau cara penyimpanan bahan makanan, peralatan memasak, pinggan dan mangkuk serta pelbagai lagi. Ini kerana, dapur adalah jantung bagi sesebuah kediaman dan kebanyakkan masa di peruntukkan di dapur berbanding ruang lain.
Oleh itu, bagi memberi keselesaan kepada isi rumah untuk berada dan memperuntukkan masa di dapur, ia perlu dalam keadaan kemas, tersusun, selesa dan cantik. Antara peralatan memasak yang selalu menajdi masalah penyimpanan dan susunan adalah kuali dan periuk. Jika tidak bijak meyusun, ia bakal memakan ruang. Berikut idea susunan periuk dan kuali di dapur yang sesuai dipraktikkan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.