
Salah satu bahan WAJIB ada stok untuk memuah kan kerja mak-mak cepat dan mudah memasak adalah stok cili kering yang telah dikisar. Namun kebiasaanya, stok cili kering kisar ni biasanya hanya tahan 1minggu atau paling lama pun 1 bulan. Roazura Bahari berkongsi teknik hasilkan cili kering kisar yang boleh tahan 3 bulan.
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan , buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili )
# air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jubin Tahan Lama, Tak Rosak Elak Pencuci Lantai Guna Bahan ‘Hydrochloric Acid’

Isi Kandungan
ToggleJubin Tahan Lama, Tak Rosak Elak Pencuci Lantai Guna Bahan ‘Hydrochloric Acid’. Jubin lantai perlu dicuci dengan menggunakan kandungan bahan yang sesuai bagi menjaga ketahanannya supaya permukaannya kekal berkilat dan tak rosak. Terutamanya pada lantai bilik air yang perlu kerap dicuci untuk menjamin kebersihannya.
Ada caranya untuk mencuci jubin lantai dengan cara dan bahan yang betul. Boleh rujuk perkongsian daripada Danial Zian ini sebagai panduan.
Satu dua menjak ni ramai yang aku tengok, bantai pakai stain remover jenis asid untuk cuci lantai. Lepas tu tiles tu rosak sebab dah kena ‘makan’ (bahasa betulnya: etch) oleh asid tu.
Kalau camtu, macam mana nak cuci lantai toilet betul tak? Paling kurang seminggu sekali kena la cuci. Kenapa nak kena cuci? Ada beberapa sebab. Contohnya, rambut gugur penuh atas lantai. Kadang bilik air yang takde proper ventilation, lantai jadi berlendir dan licin, bau hapak.
Yang parah lagi, kalau tiles jenis poros, start naik kulat yang hitam-hitam tu… nampak geli la. So harini aku breakdown sikit, cara nak cuci dan chemical/produk apa yang sesuai. Bukan main taram je kalau nak jaga tiles jangka masa panjang.
Cara Cuci Lantai & Bahan Sesuai Digunakan
Pertama: Guna Sabun Cuci Pinggan (Seminggu Sekali)
Paling basic pakai berus dan sental pakai sabun cuci pinggan. Sunlight la, Rimau ka, Glo ka, ikut suka. Yang ni, lantai berlendir dan berbau insyaAllah setel. Tambahan pula, sabun cuci pinggan ni sejenis degreaser. Kalau ada sisa shampoo dan conditioner, dia boleh cuci bersih dari lantai. Beza memang ketara. Aku buat gini dalam seminggu sekali.
Kedua: Bathroom Cleaner (Elak Hydrochloric Acid)
Bathroom cleaner ni penting kena tengok bahan. Kalau ada hydrochloric acid, tinggalkan. Jahanam tiles rumah. Contohnya Mr Muscle botol oren tu, haa walaupun dia bathroom cleaner, dia ada hydrochloric acid. Elakkanlah. Kebanyakkan stain remover memang pakai hydrochloric acid – biasanya botol warna coklat tu. Aku rasa sabun badang pun sama.
Kalau macam Harpics, dia pakai citric acid dan formic acid. Acid jugak tapi dia tak sekuat hydrochloric acid. Fungsi asid ni untuk apa? Untuk buang kerak-kerak daripada sabun mandi/sabun badan.
Kalau rajin cuci pakai sabun cuci pinggan tu, maka tak teruk la. Dua minggu sekali atau sebulan sekali boleh la pakai bathroom cleaner. Lagi satu, dia boleh disinfect/nyahkuman bilik air kita. Dan kulat-kulat degil pun mati. Tapi still kena sental la pakai berus.
Akhir sekali: Guna Clorox
Boleh ke pakai clorox je? Jawapan mudahnya boleh. Clorox ni alkali, old school la, bau dia busuk. Cuma, clorox ni dia tak bunuh kulat sebab dia tak meresap. Dia boleh cuci sekadar permukaan. Dan jangan sesekali gatal campur clorox dengan acid – menempah maut namanya. Serious, bahaya.
Kesimpulannya, clorox ni boleh pakai tapi ikut dose yang betul. Aku tak pakai la sebab bau dia, pastu dia tak berapa effective.
Aku tulis pepanjang ni apa yang korang dapat? Korang perlukan dua product je sebenarnya. Satu, sabun cuci pinggan. Dua, sejenis bathroom cleaner yang BUKAN hydrochloric acid. Mr Muscle botol putih tu boleh pakai, selamat untuk tiles.
Tak perlulah bazir duit beli produk ngarut-ngarut yang merosakkan tile.
Satu-satunya masa boleh pakai acid: untuk buang kesan karat. Sekali tu je. Bukan pakai hari-hari.
Okay gitulah. Semoga bermanfaat.
Mesti Baca:KESAN KUNING Pada Jubin Bilik Air Hilang, Cuma Sembur & Biar 15 Minit Tanpa Perlu Sental!
Baca Lagi Di Sini:DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!
Artikel Menarik:Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai/Jubin, Tukang Rumah Kongsi Caranya
IMPIANA:Jadi nak cuci jubin lantai bilik air, pastikan guna bahan yang betul barulah ia kekal bersih, tahan lama dan tak mudah rosak.
Sumber: Danial Zian
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 TIP Ringkas Bina “Kitchen Garden” Untuk Newbie Yang Nak Cuba Sendiri

Kitchen Garden ataupun di dalam Bahasa Malaysia nya Taman Dapur juga dikenali sebagai potager atau kailyaird (Scotland), adalah ruang tanaman yang berasingan dari seluruh laman di kediaman.
Taman dapur boleh menjadi ciri utama landskap selain menjadi sumber herba, sayur-sayuran dan buah-buahan, tetapi ia juga sering menjadi ruang taman berstruktur dengan reka bentuk berdasarkan corak geometri berulang. (SUMBER)
Kecil, menarik, dan praktikal. Sudah tentu ramai pemilik kediaman kini sudah mempunyai kesedaran untuk menjadikan ruang balkoni atau pun ruang laman sebagai tempat untuk mereka bercucuk tanam sayur-sayuran.
Sebenarnya ia tidak memerlukan ruang yang banyak pun, ini kerana kebanyakkan jenis sayuran boleh ditanam di dalam pasu. Contohnya tanaman seperti pandan, kunyit, kobis, cili dan sebagainya. Bagi newbie yang mahu mula berjinak-jinak untuk tanam sayur, disini IMPIANA kongsikan tip mudah sebelum anda mula.
- Kenal pasti tempat yang sesuai untuk membina edible garden. Tidak semestinya ruang yang diperuntukkan untuk membinanya perlu besar. Yang penting ia mudah untuk dicapai dan berhampiran dengan water tap untuk memudahkan penyiraman.
- Tempat yang bakal dipilih perlulah mempunyai pengamatan cahaya sekurang-kurangnya lapan jam untuk tumbuhan jenis berbuah dan empat jam untuk yang berdaun.
- Lakar sebuah pelan reka bentuk untuk mudah mengenal pasti jenis dan kuantiti tanaman yang boleh ditanam. Ini penting untuk memastikan tumbuhan dapat membesar dengan sihat dan rapi. Jika tumbuhan yang disemai tumbuh terlalu rapat, ia akan menyebabkan tumbuhan tersebut bantut.
- Tanam tumbuhan bercampur untuk memberi kepelbagaian terhadap edible garden. kawal penanaman tumbuhan yang cepat untuk di tuai seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya untuk mengelak dari berlakunya lambakkan.
- Pastikan tumbuhan kegemaran di tanam terlebih dahulu. Ada antara pemilik gemar menanam tumbuhan yang kelihatan menarik dan cantik. Ini akan menyebabkan lambakkan tumbuhan yang tidak dimakan hingga memberi masalah untuk melakukan penyemaian benih tumbuhan lain.
- Untuk ruang sempit, pilih bekas atau pasu yang ringan untuk memudahkan penyelenggaraan. Bahan terbuang seperti botol plastik, kotak kayu dan sebagainya boleh digunakan sebagai bekas tanaman.
- Edible garden memerlukan penyelenggaraan yang kerap untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Ia perlu dilakukan setiap hari untuk memastikan tiada sarangan penyakit datu serangga yang terdapat di dalam kebun.
- Tumbuhan perlu di siram pada awal pagi dan lewat petang. Untuk mereka yang tidak mempunyai masa terluang untuk melakukannya, sediakan sebuah sistem penyiraman automatik untuk memastikan tumbuhan sentiasa mendapat keperluannya.
- Siraman perlu dilakukan terus ke permukaan tanah. Jika di siram di atas daun, ini akan menyebabkan air bertakung dan boleh melemahkan daun.
- Gunakan semua sisa dapur seperti kulit telur, sayuran yang telah rosak, serbuk kopi atau teh yang telah digunakan dan sebagainya sebagai baja organik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Sendiri Rod Langsir Eyelet Dari Batang Paip PVC

Impiana lihat sekarang bagai menjadi satu kebiasaan pemilik memilih langsir jenis eyelet. Mungkin disebabkan ia lebih mudah untuk dipasang. Tapi, langsir eyelet ni perlu pakai rod khas. Di pasaran terdapat pelbagai design dan saiz rod langsir eyelet. Tapi bagi anda yang tak berapa ada bajet atau susah nak dapatkan rod langsir eyelet, boleh cuba DIY sendiri hanya dengan bajet RM 20 sahaja menggunakan paip PVC seperti yang di kongsikan oleh A’Ain Aminu’din ni
Bahan-bahan:
-pipe end cap x 4pcs,
-pipe hook x 6pcs,
-nut n screw (boleh guna cable tie),
-L bracket beli dekat DIY x4pcs,
-pvc pipe 8 kaki x 2pcs,
-Spray hitam RM6,
-Langsir beli dekat DIY RM29 sekeping x 4pcs.
Cara-cara:
1. Padankan pipe end cap pada PVC yang telah siap di potong dan semburkan cat hitam pada keseluruhan batang paip.
2. Sementara tunggu cat kering, padankan bahagian L bracket dengan pipe hook menggunakan skru. Ia akan menjadi tempat untuk sangkut rod langsir nanti
3. Tebuk lubang untuk dilekatkan L bracket tadi
4. Cat pada rod telah kering sepenuhnya, boleh lah dipasangkan langsir
Puas cari design yang sesuai dengan dekor rumah jenis langsir eyelet. Tapi banyak design yang menarik jenis langsir klip. Tak perlu risau. Anda tebuk je lubang sendiri untuk pasang eyelet. Nak tahu caranya [klik sini]
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI