Salah satu bahan WAJIB ada stok untuk memuah kan kerja mak-mak cepat dan mudah memasak adalah stok cili kering yang telah dikisar. Namun kebiasaanya, stok cili kering kisar ni biasanya hanya tahan 1minggu atau paling lama pun 1 bulan. Roazura Bahari berkongsi teknik hasilkan cili kering kisar yang boleh tahan 3 bulan.

Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet

1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan , buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili )


# air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.

4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang