Mesti ramai alami kesukuran untuk bersihkan bekas simpanan makanan plastik yang mempunyai sisa minyak seperti sambal tumis dan kari. Dah dibasuh dengan sabun berkali-kali pun masih ada kesan minyaknya. Hafiza Zanuddin berkongsi cara mudah dan cepat membersihkan bekas makanan plastik yang mempunyai sisa minyak degil.
Saya hanya nak kongsi petua mak cik saya. Tak pasti, sama ada orang dah lama praktikkan atau saya baru tahu.
Asalnya mak cik saya bagi tahu tip ni untuk nak jimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan. Rupanyer dalam 2 minggu saya dah amalkan, saya perasan, tips ni boleh hilangkan kesan minyak yang susah nak tanggal di bekas plastik.
Masuk kan sedikit sabun(tak kisah brand ape pun), lepastu tambah sesudu garam dalam bekas pencuci.
Ni lah antara kotoran degil yang selalu meninggalkan kesan di bekas walaupun dah basuh.
Kaedah cucian macma biasa haja. Gunakan span dan tak perlu direndam dan bilas bersih
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Daki Tebal Pada Lantai Dan Dinding Bilik Air, Berus Dengan Cuka Dan Baking Soda
Isi Kandungan
ToggleMencuci jubin terutamanya di dapur mahupun bilik air bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Lebih lagi jika ada kotoran yang sudah lama tidak dicuci atau degil. Oleh itu, sedikit tekanan atau tugas menyental perlu dilakukan.
Tahukah anda, Menyental akan mengakibatkan permukaan jubin anda calar dan menghakis lapisan perlindungannya? Ada yang mengambil langkah mudah dengan menggunakan bahan peluntur berat untuk mencuci kotoran degil pada jubin. Namun, masalah lain pula yang timbul. Ia memberi ancaman kepada kesihatan.
Jadi apakah cara yang paling berkesan untuk mencuci jubin di bilik air dan dapur tanpa perlu menyental dengan teruk dan tidak membahayakan kesihatan? Apa kata kita guna bahan ajaib yang banyak membantu dalam tugas-tugas pembersihan di rumah iaitu baking soda. Namun sebelum menggunakan nya, anda perlu campurkan dengan beberapa bahan lain untuk menjadikan ia lebih berkesan.
Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
- Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
- Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
- Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
- Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
- Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
- Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air. - Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
- Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
- Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus. - Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Cuci Periuk Nasi Semudah A,B,C, Barulah Nasi Tak Cepat Basi
Isi Kandungan
ToggleMencuci periuk nasi antara perkara penting yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan nasi daripada cepat menjadi basi. Mungkin anda pernah mengalami situasi apabila nasi yang dimasak pada waktu pagi, sebelah petangnya nasi sudah menjadi basi.
Periuk nasi jenis dengan perangkap wap perlu dicuci bahagian tersebut. Mungkin ramai yang masih tidak tahu, bahawa bahagian penutup perangkap wap periuk nasi boleh dicabut untuk dicuci.
Jika terlalu lama perangkap wap ini tidak dicuci, segala wap-wap nasi akan terkumpul sehingga menjadi berkerak. Kerak-kerak yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan nasi yang baharu dimasak menjadi cepat basi.
Sebenarnya ada cara mudah, cepat dan praktikal untuk membersihkan periuk nasi. Berikut perkongsian daripada Nurul Ain Ibrahim
CARA MEMBASUH PERIUK NASI:
1. Basuh dan bersihkan periuk nasi. Didihkan air dan cabut bahagian wap periuk nasi. Campurkan sekali. Kemudian letak lemon.
BELI LEMON DI SINI
2. Lap-lap bahagian penutup di bahagian bawah. Tunggu mendidih lagi. Buang air. Kemudian lap sehingga kering. Hasilnya periuk nasi akan berbau wangi. Bau haruman lemon sangat menyegarkan.
3. Jika ada soda bikarbonat pun boleh guna juga. Masukkan ke dalam air yang direbus dan kemudian lap-lap. Kesan-kesan kerak nasi atau apa-apa sahaja bau yang memualkan boleh dihilangkan. Hasilnya nasi yang dimasa tidak cepat basi akibat wap-wap yang terperangkap di bahagian ‘perangkap’ wap nasi.
BELI PERIUK NASI DI SINI
IMPIANA: Boleh jadikan aktiviti mingguan. Luangkan masa pada waktu hujung minggu untuk membersihkan periuk nasi terutama apabila anda jenis kerap memasak.
Sumber: Nurul Ain Ibrahim
Kredit foto (top image): Freepik
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Tikar Getah Berkedut Dengan Tip Memotong Ini!
Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka. Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah. Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
LANGKAH 4
Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI