Tambah Garam, Mudah Dan Cepat Tanggalkan Sisa Minyak Sambal Tumis Pada Bekas Plastik

Share

Mesti ramai alami kesukuran untuk bersihkan bekas simpanan makanan plastik yang mempunyai sisa minyak seperti sambal tumis dan kari. Dah dibasuh dengan sabun berkali-kali pun masih ada kesan minyaknya. Hafiza Zanuddin

berkongsi cara mudah dan cepat membersihkan bekas makanan plastik yang mempunyai sisa minyak degil.

Saya hanya nak kongsi petua mak cik saya. Tak pasti, sama ada orang dah lama praktikkan atau saya baru tahu.

Asalnya mak cik saya bagi tahu tip ni untuk nak jimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan. Rupanyer dalam 2 minggu saya dah amalkan, saya perasan, tips ni boleh hilangkan kesan minyak yang susah nak tanggal di bekas plastik.

Masuk kan sedikit sabun(tak kisah brand ape pun), lepastu tambah sesudu garam dalam bekas pencuci.

Ni lah antara kotoran degil yang selalu meninggalkan kesan di bekas walaupun dah basuh.

Kaedah cucian macma biasa haja. Gunakan span dan tak perlu direndam dan bilas bersih

Published by
Impiana