Berjimat, memang itu yang kita perlu lakukan di zaman ekonomi yang tidak stabil ni. Bukan sahaja berjimat pada keperluan, kehendak juga perlu di kawal. Selagi boleh jimast, kita usahakan.
Ni lagi salah satu cara untuk berjimat yang di kongsikan oleh شهيد شهداء Sabun pencuci pinggan ni memang lah tak mahal mana. Tapi kalau boleh berjimat apa salah nya kan. Dari 800ml, شهيد شهداء berjaya menghasilkan 5 liter pencuci pinggan
Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai..
Mudah je..
Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…!
Ads
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu)..
Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye
Ads
Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba
InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak..
Selamat mencuba untuk lebih jimat….
Ads
INFO TAMBAHAN
Saya syorkan buat sedikit sahaja dulu bagi suri rumah.. Sebab 2 liter pun dah amat banyak.. 🙂 lainlah kalau mereka yang ada restoran, catering DAN LAIAN-LAIN
Ada yang kata susah basuh sebab kena banyak guna air.. Hanya perlu kurangkan kuantiti sabun dari sebelumnya. Guna sikit untuk sekali basuhan
Masalah tangan kering.. Penyelesaiannya guna losyen atau pelembab tangan selepas basuh pinggan atau guna sarung tangan masa membasuh pinggan.. Sebab? Kekurangan kaedah ni adalah mengurangkan bahan pelembab di dalam sabun setelah digandakan larutan sabun.. Tu je.. 🙂
Larutan mendap? Hanya kocakkan botol sebelum ambil sedikit..
Cara gandakan ni bukan standard piawaian untuk perusahaan jual sabun patuhi kerana mereka banyak gunakan bahan-bahan yang perlu diambil perhatian.
Jadi, cara ni hanya untuk kegunaan sendiri bagi mereka yang benar² inginkan lebih penjimatan..
Ya, mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat RM2 RM3 untuk sabun apalagi RM5? Tapi tidak semua orang rasa itu nilai kecil apalagi mereka yang selalu mengorek tabung untuk beli bahan dapur lain……
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Almari yang menggunakan jenis pintu gelongsoran atau sliding, lama kelamaan pasti akan alami masalah pintu mudah keluar dari landasan atau tercabut. Dah letak semula dalam landasan, mesti akan terkeluar balik sampai ada yang bosan terus tak pakai pintu dah. Tapi, Basyeer Hulala ada penyelesaian mudah dan murah yang mungkin dapat membantu anda.
Untuk sesiapa yg ada masalah sliding door almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh diy tukar anti jump roller macam ni
Yang ada tulis V2 adalah jenis asal, Tak ada besi yang panjang macam tayar hijau tu sebagai anti jump. Besi tersebut macam spring. Mudah untuk tolak masuk roller ke dalam track
Boleh beli dekat shopee je tak sampai RM 5 Nak beli terus, boleh klik linik ni https://invol.co/cl45155
Kalau sliding door memang sama jenis dalam gambar first tu, cuma beli yang roller set saja. Yang lain tak perlu. Nak mudah guna gam lilin saja lekat dekat rail tu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebiasaanya, pelekat corakjubin oriantal yang viral ini dijadikan sebagai kemasan pada dinding atau backsplas. Sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi, tak bermaksud penggunaanya hanya di situ sahaja. ia di olah menjadi pelbagai keperluan lain seperti pada almari dan meja. Tak susah pun. Seperti diy hack meja ikea yang di lakukan oleh Impiana. hanya dengan modal RM 6, meja yang nampak kusam tampil lebih menarik dengan menggunkan pelekat viral ini
Anda mempunyai rumah yang dalamannya sangat kecil dan sempit? Mari saya beri satu idea yang menarik bagi seseorang yang anda ruangan kecil di dalamnya, iaitu, membuat diy sendiri pantry. Pantry yang saya maksudkan ini adalah tempat letak makanan yang anda boleh senang untuk di ambil dan kebiasaannya pantry ini, orang suka letak makanan-makanan ringan macam snack atau jajan ke. Itulah yang kebiasaannya pantry digunakan. Tapi kan, persoalannya, macam mana nak buat pantry tu? Apa Langkah-langkahnya yang betul dalam membina sebuah pantry? Mari saya kongsikan kepada anda.
Pertama sekali adalah mencari ruangan yang sesuai. Ini penting kerana anda perlu memikirkan ruangan yang statik untuk anda senang mengambil dan mencapai makanan tersebut. Kalau saranan saya, lebih baik hanya tambah sedikit ruangan di dapur untuk asingkan kawasan pantry sahaja. Itu saja sudah memadai sebenarnya.
Selepas itu, anda mesti ada almari atau membina sebuah tempat letak makanan tersebut, yang simple-simple sahaja. Tetapi dalam simple itu pun, lagi bagus kalau ia nampak minimalis atau megah. Walaupun ia nya sebuah pantry, jika kita membinanya dengan betul dan cantik, ia boleh menceriakan dan mencatikkan ruangan rumah kita.
Dan yang terakhir adalah, memasang langsir untuk menutupi ruangan pantry tersebut. Seperti mana saya katakan tadi, jika kita pandai mencantikkan sesuatu seperti ia hanyalah sebuah pantry, ia dapat memeriahkan ruangan dalaman rumah kita. Jadi, pemasangan langsir ini juga boleh menambahkan lagi kecantikkan dan kemegahan pantry ini. Walaubagaimanapun, ini hanyalah rekomendasi.
Maka dengan itu, selesailah saya dalam memberi tips untuk diy pantry di rumah. Anda boleh cuba dahulu jika berminat. Kalau jadi, boleh sarankan kepada rakan-rakan anda.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.