Tambah Garam untuk Hasilkan 5 Liter Pencuci Pinggan Dari 400ml Sabun

Share

Berjimat, memang itu yang kita perlu lakukan di zaman ekonomi yang tidak stabil ni. Bukan sahaja berjimat pada keperluan, kehendak juga perlu di kawal. Selagi boleh jimast, kita usahakan.

Ni lagi salah satu cara untuk berjimat yang di kongsikan oleh شهيد شهداء Sabun pencuci pinggan ni memang lah tak mahal mana. Tapi kalau boleh berjimat apa salah nya kan. Dari 800ml, شهيد شهداء berjaya menghasilkan 5 liter pencuci pinggan

Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan… ok tak?

Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai..

Mudah je..


Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…!


Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu)..

Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye

Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba

InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak..
Selamat mencuba untuk lebih jimat….

INFO TAMBAHAN 

  1. Saya syorkan buat sedikit sahaja dulu bagi suri rumah.. Sebab 2 liter pun dah amat banyak.. 🙂 lainlah kalau mereka yang ada restoran, catering DAN LAIAN-LAIN
  2. Ada yang kata susah basuh sebab kena banyak guna air.. Hanya perlu kurangkan kuantiti sabun dari sebelumnya. Guna sikit untuk sekali basuhan
  3. Masalah tangan kering.. Penyelesaiannya guna losyen atau pelembab tangan selepas basuh pinggan atau guna sarung tangan masa membasuh pinggan.. Sebab? Kekurangan kaedah ni adalah mengurangkan bahan pelembab di dalam sabun setelah digandakan larutan sabun.. Tu je.. 🙂
  4. Larutan mendap? Hanya kocakkan botol sebelum ambil sedikit..

Cara gandakan ni bukan standard piawaian untuk perusahaan jual sabun patuhi kerana mereka banyak gunakan bahan-bahan yang perlu diambil perhatian.

Jadi, cara ni hanya untuk kegunaan sendiri bagi mereka yang benar² inginkan lebih penjimatan..

Ya, mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat RM2 RM3 untuk sabun apalagi RM5? Tapi tidak semua orang rasa itu nilai kecil apalagi mereka yang selalu mengorek tabung untuk beli bahan dapur lain……

Published by
Impiana