Ada benarnya sebarang urusan ‘tambah tingkat’ kediaman atau ubah suai rumah jangan gopoh untuk terus panggil kontraktor atau tukang buat. Sebaiknya, lantik jurutera struktur untuk memeriksa dan menilai terlebih dahulu, demi keselamatan penghuni kediaman dan ruang tambahan yang dibina.
Saya selalu menasihatkan klien yang ingin tambah tingkat dari 1 tingkat ke 2 atau 3, jangan terus cari kontraktor. Itu step yang salah.
Lantik Jurutera Struktur
Projek jenis ini, pastikan kena ada jurutera struktur. Ini memang kepakaran mereka. Arkitek boleh design tapi untuk memastikan keselamatan struktur, jurutera struktur adalah wajib.
1. Pemeriksaan & Pengiraan Struktur Asal
Pertama sekali, kita tak tahu kekuatan struktur asal rumah adakah mampu untuk menampung berat tambahan tingkat. Jadi jurutera struktur perlu buat pemeriksaan dan kiraan struktur asal.
Kadang kala bila tambah tingkat, rumah sebelah pula dinding retak. Kerana apa? Kontraktor main sambung je tanpa nasihat jurutera.
2. Kelulusan Ubahsuai Bangunan
Kedua, drawing struktur diperlukan untuk kelulusan ubahsuai bangunan. PBT nak tengok juga design struktur baru dan paling penting nak tahu siapa jurutera yang terlibat.
Ads
Pra syarat kelulusan tambahan bangunan juga memerlukan drawing struktur jadi nak tak nak kena engage dengan jurutera.
3. Kiraan & Simulasi Struktur
Ketiga, jurutera akan mengeluarkan lukisan struktur berdasarkan kiraan dan simulasi yang telah dibuat. Senang cerita, mereka dah check struktur sedia ada dari bawah tanah ke atas tanah, mereka akan design semula.
Besi Y berapa semua jurutera akan letak spesifikasi. Jangan risau.Kat sini arkitek dan jurutera akan bekerjasama untuk memastikan design yang klien puas hati dan juga selamat.
Ads
Memang akan ada fee untuk kerja design struktur. Kena ingat juga, untuk CCC, sign jurutera di borang G diperlukan ya.
Nak buat ubah suai, pastikan selamat. Jangan gopoh terus panggil tukang buat.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat pemilik kediaman yang ingin ubahsuai rumah dengan menambah tingkat sedia ada, jangan gopoh terus panggil tukang buat. Sebaiknya, lantik Jurutera Struktur dahulu untuk memudahkan urusan ubahsuai serta untuk menilai kembali struktur demi keselamatan kediaman yang didiami.
Kedua-dua golongan berkeluarga dan bujang pasti menginginkan tempat tinggal yang cantik dan selesa namun, sudah tentu kriteria kediaman sempurna mereka berbeza bergantung pada keperluan masing-masing.
Kali ini IMPIANA menampilkan sebuah kediaman dengan ukuran 842 kaki persegi yang dimiliki oleh seorang jejaka yang masih lagi belum berkeluarga. Menurut Ahmad Fakhri, kediamannya yang terletak di Setapak ini ditatarias dengan konsep moden maskulin. Konsep tersebut dipilih kerana ia amat dekat dan menggambarkan personaliti dirinya sendiri.
Pemilihan warna, perabot dan aksesori lain amat penting bagi menzahirkan konsep ini kerana menurutnya amat mudah untuk lari darikonsep jika kita “overdo”. Jadi, penggunaan warna gelap pada perabot dab dinding tumpu adalah pilihan yang terbaik buat konsep ini. Disamping itu, rona neutral memainkan peranan penting bagi memberikan keseimbangan pada ruang.
Sebagai seorang pereka bentuk dalaman professional, sudah menjadi kebiasaan buat pemilik untuk menghias ruang kediaman klien. Jadi apabila sudah memiliki kediaman sendiri,sudah tentunya pemilik teruja dan tidak sabar untuk mengubahsuai setiap ruang mengikut citarasanya. Walaupun dengan saiz yang terhad, pemilik bijak menyusun atur tanpa perlu melakukan renovasi yang besar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cerita dapur sempit ni pasti ramai wanita kat luar sana mengeluh dan berbunyi kalau ada dan miliki dapur yang terhad keluasannya. Jangan lah marah Encik suami, sian dia dah beli rumah bagi isteri tersayang duduk kena marah pula sebab dapur sempit.
Isteri kena la pandai dan bijak bila mengemas dan menyusun ruang dapur agar selesa dan sesuai dengan keadaan. Jom IMPIANA share kan sikit langkah macam mana untuk anda semua.
Manfaatkan ruang tengah di antara kabinet dapur atas dan kabinet dapur bawah. Ruang tengah ini biasanya ditampal dengan jubin untuk mengelakkan dinding menjadi kotor dan berminyak. Namun, ruang ini anda boleh jadikan sebagai ruang kedua untuk menyimpan pinggan atau mengantung perkakasan memasak seperti senduk, pengepit, gunting dan sebagainya. Secara tidak langsung, anda boleh menjimatkan sedikit sebanyak ruangan dalam laci kabinet dapur anda.
2. Di bahagian belakang pintu dapur juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengantung periuk, kuali, kain lap atau barang-barang yang anda rasa relevan untuk diletakkan di tempat tersebut. Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti sukar pula nak tutup/buka pintu dapur.
3. Di bahagian belakang pintu dapur juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengantung periuk, kuali, kain lap atau barang-barang yang anda rasa relevan untuk diletakkan di tempat tersebut. Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti sukar pula nak tutup/buka pintu dapur.
4. Jika rajin, buat label di kabinet dapur agar barang tidak disimpan secara sesuka hati. Secara tidak langsung, ini akan membantu mendisplinkan diri anda dan juga penghuni yang lain.
5. Bagi menambahkan lagi kekemasan dalam dapur, gunakanlah balang-balang yang kedap udara dan sama saiz untuk menyimpan bahan-bahan masakan agar ia nampak selari dan teratur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Di dalam setiap rumah yang ada di Malaysia, mesti ada kipas siling. Lagi-lagi, di ruang tamu. Kalau kipas siling tak ada dekat ruang tamu, jenuhhh kita. Melainkan ada penghawa dingin, tak apa lah. Lagipun, suis kipas siling itu, mesti kita akan terus tekan apabila masuk ke rumah. Ia dah jadi seperti satu kewajiban dah. Oleh kerana itu, pemilihan kipas siling sangat penting dan di sini, saya akan menunjukkan beberapa kipas siling yang berbentuk moden dan cantik malah berkualiti kita yang boleh kita dapat di pasaran supaya ia sesuai dengan keselesaan keluarga.
Mari kita saksikan senarai kipas angin siling yang terhangat sekarang ini.
MIDEA 5 BLADES CEILING FAN
Kipas siling Midea 5 Blades ini, menjadi banyak tumpuan orang ramai kerana kipas ini mempunyai 5 bilah berjenis ABS dan kepanjangannya 56 inci yang sudah pasti dapat memberikan pusaran angin yang kuat dan laju. Bukan itu sahaja, kecanggihan kipas ini, ia boleh mengubah kelajuan kipas dengan 3 level. Dengan hanya 3 level kelajuan putarnya, sudah dapat menyejukkan suasana bilik atau dalaman rumah.
KHIND CEILING FAN 60” CF615
Seterusnya adalah kipas siling Khind 60 inci CF615. Kipas ini hanya mempunyai 3 bilah sahaja tetapi dengan 3 bilah ini, ia sudah memadai kerana kipas ini diperbuat dari material logam. Panjang setiap satu bila tersebut adalah 60 inci. Kehebatan kipas ini yang saya boleh katakana, ia mempunyai 5 level kelajuannya dan pada level 1 sahaja, ia sudah mampu memusing dengan kelajaun 240m sepadu dalam masa seminit. Boleh bayangkan tak bagaimana kesejukkannya dari kipas itu.
DEKA DK50L CEILING FAN with LED LAMP
Dan yang terakhir adalah kipas siling Deka DK50L yang di mana kipas ini mempunyai 4 bilah dan disertakan dengan lampu ditengahnya. Keunikkan atau kelainan kipas ini, lampu ditengah yang menjadi sasaran ramai orang. Ini kerana lampu tersebut mempunyai 3 pilihan cahaya lampu. Sangat berbaloi kipas ini kerana ia telah menjimat kita untuk memasang lampu siling jika tiada kerana kipas ini sudah datang sekali dengan lampu.
Maka, itu sahajalah yang dapat saya kongsikan jenis-jenis kipas siling yang terhangat sekarang ini di Malaysia pada tahun 2022. Jadi, apa tunggu lagi? Beli lah sekarang!
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.