Hartanah adalah aset yang ingin dimiliki oleh semua orang. Ini kerana hartanah boleh digunakan untuk mendapatkan duit tambahan, juga ada hartanah yang akan memberi pulangan yang tinggi dari tahun ke tahun.
Lagi-lagi jika hartanah yang berada di lokasi strategik seperti di tengah ibu kota, Kuala Lumpur dan di tepi KLCC.
Baru-baru ini, tular apabila sebuah tanah seluas 0.356 ekar (sekitar 15,500 kaki persegi) di belakang pusat membeli-belah Avenue K yang berdekatan KLCC dibuka untuk jualan.
Difahamkan terdapat sebuah rumah banglo yang telah usang dan telah lama dibiarkan kosong di tanah tersebut.
Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah harga jualannya diletakkan pada RM69 juta! Ini bermakna ia memakan kos sebanyak RM4,500 bagi setiap kaki persegi.
Harga yang diletakkan bagi tanah tersebut mengejutkan rata-rata pengguna media sosial yang berasa tidak berbaloi untuk membeli hartanah itu.
“6.9 juta pun dah tak berbaloi, apatah lagi 69 juta. Baik beli pulau,” kata seorang pengguna X.
Namun ada juga yang merasakan harga itu berpatutan bagi pembinaan bangunan tinggi di bandar Kuala Lumpur.
Beberapa individu berkata tanah tersebut boleh diubah menjadi tempat letak kenderaan untuk mengait keuntungan. Namun ada yang berpendapat ia akan memakan masa yang panjang untuk mendapat semula pulangan modal.
Timbul perdebatan jika harga tersebut berbaloi dengan saiz dan lokasi hartanah itu. Namun di Kuala Lumpur, nilai lokasi seringkali melebihi saiz hartanah itu sendiri.
Sebagai konteks, harga tanah di sekitar kawasan KLCC berbeza, dengan laporan yang menunjukkan nilai RM1,100 bagi setiap kaki persegi
, yang bersamaan dengan sekitar RM4.78 juta setiap ekar.Pada April tahun ini, sebuah tanah pegangan bebas di Kuala Lumpur dengan keluasan 2.46 ekar telah dibeli pada harga RM69.18 juta oleh Eupe Corp Bhd bagi pembinaan bangunan tinggi.
IMPIANA : Tak hairan lah harga sebegitu, yelah lokasi sebelah KLCC pula kan.
Mesti Baca: Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP)
Baca Lagi Di Sini: KOMPILASI TIP Penting DAPUR Cantik Selesa, Bersih & Praktikal Dari Segi Rekaan Serta Penjagaan
Artikel Menarik: Ubah Suai Rumah, Penting Bayar Ikut Progress Kerja Elak Risiko Ditipu Kontraktor