Laman

Tanah Kurang Subur Ada Cara Merawatnya

Share

Tanah kurang subur atau tanah tandus di kawasan perumahan seringkali membantutkan hasrat untuk bercucuk tanam sekitar kediaman. Apatah lagi ramai kalangan kita yang di kawasan sebegini.

Namun begitu masalah tanah yang keras sebegini sebenarnya boleh diatasi dengan rawatan tanah yang betul. Ia memerlukan masa lebih kurang sebulan untuk kembali pulih sebelum sedia untuk bercucuk tanam.

Kaedah merawat tanah tandus ini dikongsi oleh Mahadzir Hashim boleh digunapakai untuk mereka yang mengalami masalah ini.

Cara rawat tanah kurang subur

Masalah tanah tandus yang banyak terjadi di kawasan perumahan atau kawasan tanah yang telah diambil topsoil.

Salah satu penyebab tanah tandus dan mati adalah faktor banyak semut api. Semut api ini musuh kepada cacing tanah. Kehadiran semut api mengakibatkan pupusnya cacing dan tanah menjadi tandus. Cacing tanah adalah antara faktor utama kesuburan tanah.

Langkah 1- hapuskan semut api dulu

Langkah pertama perlu dilakukan adalah menghapuskan sarang semut api jika ada, dengan menggunakan racun semut. Jangan gunakan minyak tanah kerana ia memberi kesan pada rawatan tanah nanti.

 

Langkah 2- Siram & gembur tanah kurang subur

Setelah seminggu mulakan penggemburan tanah dan siraman air. Sediakan kulit-kulit telur dan nasi basi. Biasanya ini adalah lebihan bahan dapur kita setiap hari.

 

Langkah 3 – Tabur kulit telur & nasi atas tanah

Seterusnya taburkan kulit telur dan nasi basi tadi atas gemburan tanah dan sebatikan. Siram air supaya tanah basah kalau tiada hujan.

Langkah 4 – Biarkan seminggu

Biarkan selama seminggu supaya bakteria dalam tanah memberi tindakan.
Jika ada cacing di tanah yang berdekatan ia akan mula menghuni tanah ini kerana sudah ada makanannya. Atau jika tidak ada, anda perlu mengisi tanah tadi dgn cacing-cacing utk permulaan.

 

Langkah 5 – Sedia untuk ditanam selepas sebulan

Dalam tempoh sebulan tanah tandus tadi akan menjadi tanah segar, subur dan bersedia menjadi tapak kebun dan semaian.

Sumber: Mahadzir Hashim

Mesti Baca: Recycle Tanah Lama Dalam Pasu Untuk Tanam Pokok Baru, Suburkan Tanah Semula Dengan Tip Ini!

Baca Lagi: 3 Langkah Mudah Untuk Suburkan Tanah Guna Tempe Busuk

Published by
Rose