Bawang putih antara ramuan yang selalu kita gunakan dalam masakan dan ia mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Jika suka berkebun, boleh cuba tanam bawang putih sendiri di rumah. Ada jenisnya yang sesuai ditanam di negara kita dan caranya menanamnya juga kena betul. Barulah menjadi bawang putih yang ditanam.
Fahamkan perkongsian daripada Mahadzir Hashim ini sebagai panduan jika nak belajar asas tanam bawang putih.
Kaedah Asas Penanaman Bawang Putih;
1. Pemilihan Benih
Terdapat 2 jenis bawang putih yang diimport kita harus kenal;
i) Softneck– kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia di tanam pd musim panas di China dan Korea.
ii) Hardneck- Kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
Di sebabkan cuaca kita yang panasnya,jenis softneck sesuai ditanam di negara kita dan memberi hasil positif.
Pilih bawang yang baik dan segar sahaja untuk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yang matang sahaja.
Ads
2. Media Tanah sediakan:
2 bahagian tanah pasir
1 bahagian cocopeat
1 bahagian tanah organik
3. Cara Tanaman:
Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian akarnya ke bawah.Kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jangan terlalu ke dalam benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman di perlukan pagi dan petang.
Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini.
Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi. Daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakan perkembangan bawang. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
Proses diulang pada tiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
Ads
4. Tuaian
Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan mencabut kerana akan menjejaskan bawang.
Bersihkan sisa tanah yang melekat dibawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.
Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil untuk kegunaan atau disimpan.
NOTA:
1. Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak di letakkan di tempat berbumbung atau ternaung.
2. Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
Ads
3. Untuk anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
Moga bermanfaat
Info Ekstra!
Pastikan ulas bawang dalam kedudukan berdiri sebelum dikambus.
Peringkat daun bawang perlu dipotong hingga tinggal seinci atau 3cm. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
IMPIANA: Memandangkan bawang putih boleh tahan juga mahal harganya, boleh cuba tip dan cara betul tanam bawang putih ni.Pastikan pilih jenis bawang putih yang sesuai iya.
Cara Tanam Pokok LEMON Menjadi Guna Biji Benih, Pilih Bersaiz Besar! Selain menggunakan anak pokok, pokok lemon juga boleh disemai dengan menggunakan biji benih. Namun pastikan pilih biji benih yang bersaiz besar, dipotong sedikit kulit dan bijinya sebelum direndam semalaman.
Bukan apa, buah lemon ni banyak khasiat dan kegunaannya, baik untuk kesihatan, kecantikan diri mahupun digunakan dalam masakan. Jadi eloklah kita tanam sendiri sepokok di laman rumah.
Untuk faham lebih lanjut cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih boleh rujuk perkongsian tip daripada Puan Liyana Mohd Poad ini sebagai panduan.
Ikut semua langkah mudah berikut;
1. Potong 2 lemon.Korek ambil bijinya yang bersaiz besar.
2. Rendam semalaman di dalam satu bekas selepas disunatkan. Air hanya perlu paras lemon sahaja. Tak perlu banyak.
3. Ini bentuk biji lemon selepas disunatkan dan direndam semalaman.Senang aje nak sunatkan. Hanya potong sedikit kulit dan sedikit biji secara menyerong. Guna pisau lipat lebih mudah.
5. Tebuk begini mangkuk polisterine supaya mudah disemai.
6. Begini jadinya.
7. Sediakan tanah hitam, sekam padi mentah dan sedikit cococopeat halus hingga penuh bekas. Siram bagi lembap.Tanam biji lemon anggaran 0.5cm.Letak di tempat cahaya 8pagi-12 tengahari cukup.Saya letak atas batu disekat dengan pagar.
8. Setelah 3 minggu.Bagi cahaya penuh.
9. Setelah sebulan setengah.
10. Hampir dua bulan.
11. Selepas 11 bulan.
12. Banyak daun daun baru yang keluar selepas ditabur dengan Epsom salt bulan lepas.Kepentingan utama epsom salt adalah untuk merawat tanah, pokok dan daun serta elak dari makhluk perosak.
13.Cantik kan.
14. Buang semua daun daun yang tua supaya nutrien sampai ke atas.
Info Ekstra!
Apabila semai dari biji untuk cepat tumbuh saya guna tiga benda aje.Air beras yang diperam, baja tinja kambing dan epsom salt untuk rawat tanah dan kesuburan setiap minggu.
Kalau guna biji benih ni ambik masa bertahun untuk berbuah.Saya punya ni baru 11 bulan.Mungkin dalam sebulan dua lagi saya akan kahwinkn pokok lemon ni dengan dahan hibrid yang sudah berbuah.
Menanam pokok-pokok ini di kawasan teduh dan sejuk bukan sahaja memberikan kehijauan yang menyegarkan, tetapi juga membantu dalam menambah kualiti udara di dalam rumah.
1. Serai aceh
2. Kunyit
3. Kucai
4. Pudina
5. Pegaga
6. Keladi minyak
7. Keladi sulur
8. Keladi lambuk
9. Sambung nyawa
10. Ketumbar jawa
IMPIANA : Pastikan untuk memilih pokok yang sesuai dengan keadaan persekitaran dan kemampuan anda dalam menjaga tanaman. Dengan penjagaan yang betul, pokok-pokok ini pasti akan tumbuh subur dan menghiasi ruang anda dengan indah.
Buat Sendiri RACUN ORGANIK, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun! Bagi yang suka berkebun, memang geram apabila pokok mahupun tanaman tak sihat dan bermasalah pada bahagian daun dan batang. Seperti diserang kulat/hama/kutu/ulat beluncas dan sebagainya.
Sebenarnya dengan menggunakan bahan-bahan dapur yang semula jadi seperti bawang putih, cili padi dan halia berkesan dijadikan semburan racun organik bagi mengatasi masalah ini.
Untuk faham lebih lanjut, boleh cuba buat sendiri semburan racun organik di rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Umaira Binti Othman.
Alhamdulillah sejak guna racun organik ni tak de dah ulat beluncas ke anak rama-rama ke makan. Kadang depa buat sarang dekat daun tu untuk anak-anak depa makan.
Jadi saya pun buat la racun organik ni. Dia patutnya ada sukatan dia tapi saya tak ikut. Alhamdulilah menjadi walau pun tak ikut sukatan tu. Pucuk baru dah tumbuh.
Bahan Diperlukan:
5 batang cili api
4 ulas bawang putih
1 buku kecil halia
air Secukupnya
1 sudu sabun basuh pingan
Cara Membuat:
1. Kisar cili api, bawang putih, halia dan air agak-agak macam botol bawah ni. Kalau nak banyak bahan-bahan tadi gandakan la.
2. Selepas itu tapis, gaul sebati dengan sabun basuh pingan, saya guna Glo tu. Gaul sampai sebati, tapis lagi selepas itu simpan dalam tempat gelap 24 jam besok dah boleh guna.
3. Saya letak tempat gelap sebulan tak ingat ada buat racun organik ni. Alhamdulilah lagi lama simpan lagi kuat bau dia. Mungkin sebab tu ulat/lebah/lalat tak datang dah.
*Bancuhan tu tadi kena campur dengan air paip. Saya tak sukat pun, cuma agak-agak nak kuat kan bau dia je.
IMPIANA: Ada masalah ulat beluncas selalu makan pucuk daun, boleh cuba buat sendiri racun organik ni dah sembur sendiri pada pokok nanti. Boleh lihat hasilnya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.