Tidak boleh dinafikan khasiat dan manfaat buah Avokado ini dan rugi jika tidak mengamalkannya.
Disebabkan itu juga harga buah ini agak mahal. Jadi kalau ada membeli avocado apa kata cuba untuk tanam sendiri. Ya pokok buah ini juga boleh ditanam dalam keadaan cuaca kita yang panas lembap.
Dikongsi oleh Donny Ien yang juga pengusaha nurseri buah-buahan, ini adalah cara betul menyemai biji avocado supaya tumbuh dengan baik.
Cara cambah benih avocado melalui biji
Saya kongsikan cara-cara menyemai biji avocado yang betul supaya tumbuh dengan baik.
1.Mula-mula pilih buah yang sudah masak, selepas makan isinya, ambil biji tersebut, kupas kulit luar sehingga bersih.
2. Beza biji avocado yang ada kulit dan tanpa kulit, tujuan membuka kulit supaya tunas cepat keluar apabila disemai di polibeg.
Ads
3.Apabila menanam dalam polibeg, pastikan bahagian yang tajam menghala ke atas, kerana akar akan keluar terlebih dahulu di bahagian bawah sebelum tunas tumbuh.
4. Tanam biji separuh kedalam polibeg, gunakan tanah kuning 70%, topsoil 30% supaya biji tidak mereput, jangan guna topsoil 100% kerana ia terlalu lembap dan akan merosakkan biji.
5.Selepas 1 bulan, tunas mula keluar dengan subur. Pastikan siram setiap hari supaya pokok tidak kering, tabur sedikit baja subur supaya cepat membesar.
Ads
Usia pokok avocado lebih kurang 1 bulan lebih, tunggu daun matang dulu, barulah saya akan buat teknik cantuman baji dengan tunas Avocado Russell.
Berdasarkan kajian saya, buah avocado di Sabah amat sukar di mungkin masih ramai yang belum menanamnya.
Ads
Kalau jumpa pun, harga boleh mencecah sehingga RM15 sekilo atau lebih bergantung pada lokasi dan jenis buah.
Untuk info, menurut kajian, amalan memakan avocado ini secara konsistan mampu menurunkan berat badan dan kolestrol, mengelakkan serangan jantung, mencegah katarak mata, mencantikkan kulit, melancarkan pencernaan dan elakkan kanser.
*Jadi apa tunggu lagi, tanamlah sepokok dua di halaman rumah, pokok avocado kahwin berbuah sekitar 3 tahun dengan penjagaan yang teratur.
Menanam keledek Jepun dalam pasu merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang tidak mempunyai ruang tanah yang luas tetapi masih ingin bercucuk tanam.
Jika mahu keledek Jepun yang ditanam ini banyak isi boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Cikwan Redzuan Jelani.
Tip tanam keledek Jepun dalam pasu
Tip tanam keledek Jepun dalam pasu
1. Beli keledek ini kemudian ambil ubi yang agak kecil dan basahkan sedikit.
2. Simpan keledek ini dalam bekas yang kedap udara dan letak tempat redup! Boleh letak tepi sinki supaya senang nampak, takut terlupa.
3. Selepas 2 minggu intai keledek dalam bekas tadi. Kalau dah keluar tunas, boleh pindahkan dalam polibeg!
Tip tanam keledek Jepun dalam pasu
4. Medium untuk keledek kena tanah yang peroi. Tanah tak boleh padat, jika padat nanti tiada ubinya.
5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya 2:1 iaitu 2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam!
6. Baja boleh juga baja organik. Tempoh tuaian hasil 2 bulan, yang ini baru sebulan. Cabut sebab tak nak ubi besar sangat! Nak saiz comel comel begini.
Iklim sekarang yang agak meruncing panas nya memang sesuai untuk kita tanam bawang. Al Maklumlah, bawang macam kambing tak suka air. Sebenarnya, untuk tanam bawang, kita perlu tentukan apa tujuan tanaman. jika untuk diambil daunnya, kaedah tanaman lain. Begitu juga untuk penghasilan bawang.
Berikut adalah perkongsian Azlina Mat Lazim cara untuk tanam bagi tujuan penghasilan daun bawang dan isi bawang.
1. Sediakan medium 2:1 (pasir dan tanah) untuk tanaman bawang
2.Potong sedikit bahagian kepala bawang untuk tujuan penghasilan daun bawang dengan cepat
3. Untuk hasilkan ulas bawang yang banyak dari sebiji bawang dewasa, Potong sedikit bahagian kepala dan akar.
4. Untuk bawang yang telah dibuang akar, Daunnya tidak boleh diambil kerana akan menyebabkan masalah sumber nutrien. lama kelamaan, bawang akan mati
5.Siraman hanya dilakukan apabila perlu. Bawang tak suka medium yang sentiasa basah kerana ia akan merosakkan bahagian isinya.
6. Tak perlu racun serangga untuk kawal perosak bawang. Ini disebabkan aroma bawang yang busuk memang tidak digemari oleh serangga perosak.
7. Penggunaan baja hanya dilakukan di awal-awal proses tanaman sahaja. Boleh gunakan apa sahaja jenis baja
8.Buang bunga bawang untuk elak isinya kurus dan tidak berkembang
9. Bawang boleh dituai apabila mencapai usia matangnya 2 bulan ke atas
10. Jenis bawang besar akan menghasilkan labu bawang nya yang banyak. manakala yang kecil sebaliknya.
Tip: Sisa potonggan bawang tadi jangan di buang. Rendam semalaman dan jadikan sebagai air siraman pada pokok
Pokok pisang memang banyak kegunaannya. Baik daripada daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya. Nak tanam pokok pisang pula ada caranya tersendiri, baru pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat.
Rupanya dengan menanam pokok pisang kaedah terbalik, boleh memperbanyakkan anak pokok dan pisang berbuah lebih rendah. Bagi yang nak ada tanah dan kawasan di rumah boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Joran Sempoiini.
Berikut perkongsian tersebut;
Atas permintaan sahabat malam tadi minta share gambar-gambar cara tanam pisang terbalik. Hasil tanam kaedah terbalik ini boleh banyakkan anak pokok dan katanya pokok berbuah lebih rendah.
Cara-Caranya:
1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
3. Begini keadaan setelah dibuang akar-akar halus.
4. Masukkan dalam keadaan terbalik.
5. Hasilnya 2 anak sulur sudah kelihatan.
6. 3 anak sulur. Tak ingat bila tarikh tanam. Kalau tak silap tak sampai sebulan. Siram pagi dan petang.
Info Ekstra!
Bila dah besar dan dah banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok je. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.
IMPIANA: Semoga perkongsian tanam pokok pisang kaedah terbalik ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanah nak tanam pokok pisang boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanam secara terbalik baru anak pokok banyak dan pisang berbuah rendah.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.