Pudina dan kesum antara tanaman yang mudah dibiakkan namun ramai gagal memastikan tanaman mereka terus hidup. Kedua-dua tanaman ini memerlukan habitat yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Jadi, kebiasaanya untuk tanaman yang memerlukan kelembapan yang tinggi sesuai di biakkan menggunakan kaedah 3T (tanam, tinggal dan tuai) atau mudah kata hidroponik. Teknik ni juga sesuai buat yang tak ada masa nak menyiram pokok
Sebelum ni, IMPIANA pernah kongsikan cara pembiakkan daun kesum menggunakan teknik 3T ni, kali ni kita kongsikan pula teknik puan Raudzah Arippin menggunakan teknik yang sama untuk pudina
Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube.
IKLAN
IKLAN
Ini gambar-gambar terbaru. Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya.
Ok, kalau mahu cuba boleh ikut langkah-langkah berikut ini :
IKLAN
1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.
2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar. 3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.
4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan. 5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.
6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)
7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebuah interior design yang dikeluarkan oleh NU INFINITY ini yang diberi nama “The Opulent 30”, boleh dijadikan sebagai sebuah rumah orang kayangan kerana banyak corak marble yang diterapkan dalam rumah tersebut. Tambahan lagi, dengan kombinasi warna hitam pula, lagi menampakkan lagi kemegahan dan exclusive rumah tersebut.
Selain daripada itu, apa yang boleh bahaskan secara ringkas adalah, pelan lantai terbuka, dan kemewahan ruang yang disediakan dalam projek ini menuntut pendekatan yang berbeza daripada projek sebelumnya. Makna khas diberikan kepada setiap tempat dengan menciptanya sedemikian rupa sehingga ia diambil oleh minda separa sedar, supaya setiap ruang yang berasingan memancarkan keperibadiannya sendiri sambil dikaitkan dengan rentetan ciri reka bentuk, kemasan, atau suasana. Yang pertama ialah pemikiran dan reka bentuk untuk warna, corak, dan keghairahan pelanggan untuk memiliki haiwan, walaupun tidak semestinya sifat zodiak Cina, terjalin dalam reka bentuk.
Justeru, adalah perlu untuk menyemak butiran untuk menonjolkan kemewahan dan tahap kecanggihan yang dimaksudkan untuk projek ini dengan menggabungkan bahan mewah seperti marmar asli, keluli tahan karat logam berus, pencahayaan ambien yang diletakkan dengan teliti dalam kerja terbina dalam., dan akhirnya secubit bahan moden seperti kemasan dinding plaster bertekstur dan cermin berwarna untuk membawa kemodenan ke dalam ruang.
Jadi, apa yang boleh saya katakan sebagai konklusi tentang design rumah ini adalah, rumah seperti ini, hanya sesuai untuk orang yang bujang yang sudah lama ataupun bujang tua. Ini kerana, warna-warna yang diterapkan dalam rumah ini, tidak sesuai untuk sesebuah keluarga kerana ia tidak menampakkan kemesraan ataupun kegembiraan seseorang yang sudah berkahwin.
Memiliki sebuah kolam ikan sudah pasti keperluan penyelenggaraanya yang membeban terbayang di fikiran anda. namun tidak bagi remaja yang berusia 19 tahun ini. Kolam yang dibina tidak perlu penyelenggaraan major selama dua tahun. nak tahu apa rahsianya?
“Saya telah membina kolam pertama yang terletak di bahagian hadapan sudut kediaman ini ketika saya berusia 15 tahun. Ianya berlaku apabila air terjun yang dibina perlu dimusnahkan dek menjadi sarang ular hingga perlu memanggil bomba untuk mengeluarkannya. Dari situ, bermulalah minat saya untuk membina semula kolam ikan sebagai hiasan penyeri kediaman ini,” jelas remaja yang lebih mesra dipanggil Vinosh. Minat yang amat mendalam didorong semangat ingin tahu terhadap ekosistem sesebuah kolam membuatkan Vinosh berusaha melakukan beberapa pencarian dan kajian.
Mengenali sifat ikan, pemilihan vegitasi yang bersesuaian dan keperluan sokongan yang lainnya menyebabkan Vinosh lebih memahami apa yang diperlukan dalam membina sebuah kolam. Sehinggalah tiba kepada pemilihan komponen utama iaitu pam. Pam yang bakal digunakan berperanan menjamin kualiti air agar sebarang hidupan akuatik yang bakal mendiami kolamnya hidup secara lestari. “Pemilihan dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan apa yang dibelanjakan tidak sia-sia. Satu demi satu produk saya kaji dalam semua aspek untuk menjamin kepentingan sistem kolam yang bakal saya bina. Lantaran itu, kajian dan keperluan yang telah saya tetapkan amat selari dengan sistem Oase yang di tawarkan oleh Glomedic,” Tambah Vinosh dengan yakin.
Kolam pertama yang dibina telah menggunakan sistem tapisan Biotec 5.1. Sistem penapis dari jenis ini dilengkapi dengan sistem sokongan penuh untuk membekalkan oksigen untuk kolam berskala kecil di samping berupaya melakukan proses nutrifikasi dan nitrifikasi apabila sumber nitrat berlebihan di dalam air. Untuk pam, ia telah menggunakan Aquamax Eco Premium 6000 dan disokong dengan UV Clarifier dari jenis Bitron 36 dan Aerator AquaOxy 200 untuk memastikan kualiti airnya sentiasa dalam keadaan baik.
Set sistem lengkap untuk kolam mini Vinosh kini telah mencapai usia lebih dua tahun dan sepanjang itu juga tiada keperluan untuk mengosongkan kolam untuk tujuan penyelenggaraan. “Apa yang saya perlu lakukan hanyalah mencuci sistem tangki utama (backwash) dan menambah kuantiti air jika perlu untuk memastikan aras air sentiasa mencukupi,” terang Vinosh lagi.
Yakin dengan produk yang disediakan Glomedic, keluarga Vinosh berhasrat untuk memiliki sebuah lagi kolam untuk menempatkan ikan-ikan koi nya yang semakin membesar. Lantaran sekali lagi, Glomedic diberi kepercayaan untuk membekalkan segala keperluan yang telah disenaraikan oleh Vinosh untuk membina kolam ikannya yang baru.
Namun kali ini sedikit berbeza, kolam yang bakal dibina berskala besar. Oleh itu, Vinosh telah mendapatkan khidmat dari Glomedic untuk melakukan tugas-tugas earth work. Selesai tugas-tugas menggali kolam mengikut reka bentuk yang telah di tetapkan, Vinosh mula membina kemasan di sekeliling kolam dan dinding air terjun yang diidamkan.
Untuk kolam ini, Glomedic telah membekalkan sistem tapisan Biotec screenmatic 36 yang dilengkapi dengan ScreenMatic untuk menapis bendasing dalam tujuan memudahkan penyelenggaraan, pam berkapasiti 15 hingga180 watt memandangkan kolam ini bakal menjadi habitat kepada ikan koi kesayangan Vinosh. Kualiti air perlu di tahap optimum bagi mengelak masalah dan penyakit. Oleh itu, sistem kolam ini dibantu oleh UV clarifier Britron 110, Aerator AquaOxy 480 dan Skimmer Aquaskim 20. Semua sistem yang dibekalkan dilengkapi dengan buku panduan sebagai kemudahan kepada Vinosh untuk menyambungkan setiap komponen yang digunakan.
Untuk memastikan aliran air di kawasan air terjun dalam keadaan baik, Vinosh telah menggunakan Filtoclear 6000. Ia dilengkapi dengan pam dan UVC bagi memastikan dinding atau batuan di kawasan air terjun tidak mudah berlumut. Hal ini perlu, kerana reka bentuk yang dihasilkan oleh Vinosh terdiri daripada bongkah-bongkah batuan semula jadi yang disusun secara bertingkat dan sedikit sukar untuk dicapai bagi tujuan penyelenggaraan. “Setelah lima bulan kolam baru dibina, ikan koi tidak pernah langsung mengalami sebarang masalah atau penyakit. Tambahan lagi ia lebih cepat membesar. Ini menunjukkan habitat yang saya bina amat ideal untuk tumbesaran ikan koi saya,” tambah Vinosh sambil tersenyum puas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, untuk memasang jubin pada dinding rumah sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi bagi melaksanakan hasrat anda itu.
Tetapi kini, ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi anda yang berhasrat untuk memasang jubin pada dinding dengan kos perbelanjaan yang rendah.
Bagi anda yang kurang berkemampuan, anda amat disarankan untuk menggunakan 3D ‘wallpaper’ ini yang ternyata bukan sahaja murah malah boleh menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Walaupun hanya menggunakan 3D ‘wallpaper’ dan bukan jubin yang sebenar, lihatlah hasilnya iatetap membuat ruang dalaman rumah anda tampak lebih bergaya dan mewah.
Sekiranya anda mahu mendapatkan 3D ‘wallpaper’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik disini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.