Halia memang sering digunakan dalam pelbagai resipi masakan kita seharian. Memang berbaloi jika kita tanam sendiri, memastikan kegunaannya setiap hari dalam masakan kita.
Nak tanam halia dalam pasu dan dapat hasil yang besar dan gemuk? Jom, ikuti panduan ringkas dari Irma Sheky. ini!!
Cara penanaman halia ini pun mudah, tanam dalam pasu saja pun boleh.
1. Sediakan pasu besar (yang boleh muat 5 – 6 beg tanah) & isikan 4 beg tanah 3 in 1 beli d nurseri atau campur separuh tanah hitam.
2. Beli halia tua. Cari halia jenis besar baru dapat hasil besar. Kalau tanam halia kecil biasa lama nak tunggu dapat hasil besar.
3. Kerat halia jadi lebih kurang 3 inci panjang & tanam sedalam 1/2 jengkal dari tinggi tanah. Jadikan 2 tongkol / ketul rizom halia untuk 1 pasu besar DIY & dijarakkan 1 jengkal antata keduanya. Tanamkan secara ‘terbaring’ / ‘terlentang’ supaya lebih banyak keluar tunas.
4. Siram 2 kali sehari (pastikan tanah tak bertakung air) sampai naik daunnya lebih kurang 2 kaki. Kemudian baru tambah 1 beg tanah lagi, penuhkan dalam pasu.
– Ini pula cara saya supaya daunnya cepat naik meninggi, bila dah umur 3 bulan boleh kurangkan siraman kepada 1 kali sehari, asalkan daunnya tidak kering.
– Boleh siram guna air basuhan ikan, air basuhan beras, kulit bawang, kulit telur kering, nasi dingin atau tanamkan perut ikan. Paling kerap guna baja sisa dapur ni dalam 2 kali seminggu saja ya.
– Setelah pasu dah penuh dengan batang & daun halia jika ia berbunga, pastikan bunganya dari warna hijau bertukar kepada merah baru sesuai untuk gali. Tapi jika untuk buat baka, tunggu sampai daunnya banyak mati baru gali, Insya-Allah dan sesuai buat induk.
– Kalau tanam atas tanah biasa usia 6 – 8 bulan halia dah boleh tuai sebab mudah digembur, tapi dalam pasu begini hanya boleh gembur sikit saja, Jadi biasa dalam 10 bulan baru gali barulah dapat hasil puas hati.
Selamat mencuba dan semoga anda berjaya menikmati hasil tanaman halia yang segar dan berkualiti tinggi, semuanya dari kebun sendiri. Selamat berkebun dan semoga berpuas hati dengan setiap ulas halia yang anda hasilkan!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!
Sumber: Irma Sheky
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.