Kailan merupakan sayuran yang rendah kalori dan tinggi serat, malah merupakan pilihan yang baik untuk diet yang seimbang. Sayuran ini juga menjadi pilihan masyarakat Malaysia terutamanya dek rasanya yang sedap lagi-lagi bila dimasak dengan rencah ikan masin.
Boleh buat bertambah nasi dibuatnya. Jadi memang sesuai kalau nak ditanam di halaman rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.
Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!
Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini.
Tip kalau nak mula tanam kailan
1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
Ads
3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.
4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
5. Siram 2 kali sehari pagi dan petang.
Ads
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua penjagaan kailan
Boleh siram dengan air basuhan beras
Guna baja tahi ayam
Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Dalam budi daya tanaman pokok tak kiralah tanaman apa pun ada dua jenis pemangkasan iaitu pemangkasan bentuk dan pemeliharaan. Pemangkasan bentuk dilakukan untuk mengawal tumbesaran tanaman manakala pangkasan pemulihan bagi tujuan produktiviti, pencegahan dan pengawalan penyakit dan sebagainya.
Utuk tanaman lemon, ke dua-dua jenis pemangkasan ini digunakan. Untuk peringkat usia 1-3 tahun, pemangkasan bentuk dilakukan untuk melatih dahan-dahan pokok lemon menjadi kuat. Dengan pemangkasan ini, kerangka atau cabang yang kukuh dan sihat dapat dibentuk dan secara tidak langsung tanaman mempunyai tahap imunisasi yang tinggi terhadap sesuatu penyakit
Cara memangkas pokok lemon
Pemangkasan bentuk terbaik untuk pokok lemon di peringkat awal tumbesaran adalah dengan format 1-3-9 (1 batang utama+ 3 dahan primer + 9 ranting sekunder). Produktiviti lemon bergantung kepada bentuk pokok. Selagi besar pokok, lagi banyak buah yang bakal dihasilkan.
Kepadatan daun perlu dikurangkan untuk memastikan setiap bahagian struktur pokok menerima cahaya matahari. Apabila setiap bahagian tanaman terkena cahaya matahari, ia mengurangkan risiko serangan penyakit.
Pemangkasan pemeliharaan dilakukan pada tanaman yang sudah mengeluarkan hasil. Ia bertujuan menyeimbangkan semula tanaman disamping menggalakkan penghasilan putik atau bunga yang baru. Pemangkasan pemeliharaan biasanya dilakukan setelah buah dituai.
Selain itu juga, sahabat laman boleh cuba resepi hormon dari redbull sebagai penggalak buah bagi pokok yang malas [klik sini untuk artikel lengkap]
Pokok Fiddle Fig Leaves atau dikenali juga sebagai Fiddle Leaf Fig (Ficus lyrata) semakin popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah kerana daunnya yang besar dan menarik. Namun, menanam dan menjaga pokok ini memerlukan perhatian dan penjagaan yang betul.
‘Pokok ikea’ ni tetap hot selalu, setiap post di media sosial mesti orang tanya cara penjagaan pokok ni.
Jadi kali ini Puan Mier Hasan nak kongsikan lagi ilmu. Semoga pokok-pokok kita kekal sihat dan semakin gemuk.
1) Pokok ni perlukan sunlight juga ya. Jadi mana yang nak letak indoor make sure ada sedikit pencahayaan macam balcony, tepi tangkap, tepi sliding. klo boleh bwk ler kluar pokok tu skali skala biar release tension pokok tu dok tempat gelap.
2) Seeloknya buka polibag dan tanam dalam pasu lain. Tambah tanah biar pokok tu boleh bernafas. Macam mana pokok nak besar kalau rumah dia kecil.
3) Siram ikut kead tempat. Kalau indoor seminggu skali pun dah cukup. Kalau tempat panas sehari sekali.
4) Seminggu sekali bagi la baja. Biar dia makan. Baja organik paling sesuai. Boleh juga cari baja kopi, kat nursery ada juai. Kalau baja organik boleh letak seminggu sekali. Kalau baja kimia 2 minggu sekali ya.
5) Last but not least, sembang-sembang la dengan pokok ini. Tip menanam pokok mak saya ni, pokok kan benda hidup.
Banjir bukan sahaja menjejaskan harta benda seperti kereta dan rumah malah hasil tanaman juga terkesan.
Terutama anak pokok durian yang ditenggelami air dalam jangka masa yang lama, ini boleh menyebabkan akar menjadi lemas dan pokok mati akibat kekurangan oksigen. Namun, jangan panik! Terdapat beberapa cara berkesan untuk menyelamatkan anak pokok durian daripada musnah akibat banjir.
Pernah berdepan dengan situasi banjir yang menenggelamkan kebun duriannya, Tok Alang Channel telah berkongsi cara paling berkesan untuk merawat pokok durian selepas banjir.
2 cara selamatkan pokok yang ditenggelami air banjir
Usaha saya menyelamatkan pokok-pokok durian yang digenangi air. Ada dua kaedah yang boleh dipraktikkan dan keduanya menggunakan;
Chitosan berfungsi untuk memulihkan, menguatkan dan menyuburkan kembali sel-sel pokok yang reput dan rosak (klik SINI untuk beli di Shopee)
Racun kulat Aliette fungsinya untuk merawat & mencegah serangan kulat yang mereputkan akar & batang pokok durian yang rata-rata masih muda.
1. Kaedah siraman
Kaedah ini menggunakan Chitosan sebagai bahan utama untuk memulihkan sel pokok yang sudah mati dan lemah akibat ditenggelami air.
Caranya, campur Chitosan ikut sukatan yang ditetapkan dalam air berisi baldi.
Kemudian campur dengan racun kulat – untuk merawat serangan kulat yang mereputkan akar dan batang pokok durian yang masih muda.
Kacau rata dan siram keliling pangkal pokok untuk merawat akarnya. Chitosan dan racun kulat akan dapat bantu pemulihan pokok yang sudah kekuningan ini.
2. Kaedah semburan
Masukkan Chitosan mengikut sukatan ke dalam air bersama dengan racun kulat.
Kemudian letakkan baja foliar berasas amino asid bersama dengan racun serangga 505 dan juga gam pertanian.
Masukkan dalam alat penyembur dan sembur pada seluruh pokok termasuk pangkalnya. Sembur sehingga semuanya basah dan air menitik.
Insya-Allah jika dipraktikkan cara ini pokok akan pulih.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.