Kangkung goreng belacan, siapa yang tidak menyukainya bukan? Selain enak dimakan, kangkung juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Dalam 100 gm kangkung, terkandung protein, lemak, karbohidrat, dan serat. Kangkung juga mengandungi vitamin A 6,300 SI, vitamin B1 0.07 miligram (mg), dan vitamin C (32 mg).
Sebenarnya anda boleh sahaja menanam sendiri pokok kangkung. Tak susah pun nak tanam pokok kangkung selain tidak perlu kawasan tanah yang luas. Melalui perkongsian yang dipetik dari grup Berkebun Di Rumah dikongsikan tip untuk menanam kangkung di dalam baldi.
LANGKAH DEMI LANGKAH MENANAM SAYUR KANGKUNG DI DALAM BALDI:
1. Sediakan tapis dan baldi yang sama saiz diameternya supaya tapis dapat ‘duduk elok’ di dalam baldi
2. Isikan air dalam baldi (biasanya untuk baldi 15 liter, isi air dalam 10 liter). Masukkan 50 ml baja A dan 50 ml baja B. (rujuk gambar)
3. Pastikan air mencecah paras tapis tadi. Tidak terlalu tenggelam. Hanya paras-paras tapis sahaja.
4. Tabur benih kangkung dalam tapis. Tidak perlu tanah sebab benih kangkung besar. Jika benih bayam, sawi dan kailan, boleh gunakan tuala kecil sebagai lapik dan tabur benih di atas tuala.
Ads
5. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama tiga ke empat hari sehingga benih bercambah. Selepas itu bolehlah diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
6. Selepas benih kangkung bercambah, sembur setiap seminggu dua kali atau sekali dengan bancuhan 5 ml Sri Anak untuk 1 liter air (rujuk gambar).
7. Selepas 25 hari sudah boleh dipetik dan dimasak.
Ads
Selain kangkung, sayur-sayuran lain yang boleh ditanam dengan menggunakan teknik ini ialah bayam, sawi dan ulam-ulaman seperti selom, kesum,pudina dan juga pegaga.
Dalam keadaan sekarang ini, lebih baik jika kita berjimat-cermat. Sayur-sayuran misalnya jika kita boleh tanam sendiri, lebih elok kita tanam sahaja. Secara tidak langsung kita dapat menjimatkan wang dapur. Selamat mencuba!
Musim panas dah bermula. Sudah pasti pendingin hawa atau aircond sudah pati senti “on”. Sampai bil elektrik akhir bulan, boleh terjojol mata lihat jumlah bayaran yang melambung.
Sebenarnya, ada cara yang mudah untuk anda berjimat ketika menggunakan aircond. Selain memastikan aircond di selenggara dengan baik, tetapan penggunaan atau mode juga penting dalam menentukan kadar penggunan elektrik.
Bagaimana untuk menyejukkan ruang dan dalam masa yang sama anda masih boleh berjimat? pertama sekali, kenaili mode yang terdapat pada alat kawalan aircond anda. Kebiasaanya, terdapat dua mode iaitu “cool” dan “dry”
Sebelum itu, kenal pasti simbol yang mewakili setiap mode. Untuk simbol empinggan salji atau snowflake mewakili mode “cool” manakala untuk “dry” diwakili simbol titisan air.
Namun, untuk penjimatan tenaga yang efisien, anda digalak menggunakan tatapan mode “dry” atau titisan air. Kenapa mode “dry”? Mode “dry” berfungsi secara optimal di mana kompresor hanya berfungsi hanya apabila sensor mengesan perubahan suhu di dalam ruang. Mode ini juga dapat memastikan suasana dalam ruang sentiasa dalam keadaan nyaman dan memastikan kelembapan sebanyak 60%.
Tidak seperti mode “cool”, kompresor akan berjalan secara maksimum selagi ia dibuka dan menyebabkan udara sesuatu ruang lebih kering.
Bukan saja buahnya sedap dan kaya dengan vitamin serta mineral, kulit pisang juga sangat kaya dengan kalsium, megnesium, sulfur, potossium, fosphat dan sodium. Kesemua bahan ini amat penting buat kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, pertumbuhan galak dan penghasilan bunga dan buah yang tinggi.
Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman.
Berikut, IMPIANA kongsikan 10 kegunaan kulit pisang di laman :
1. SEMBURAN BAJA Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terurai membolehkan nya memberikan nutrien apabila digunakan sebagai semburan foliar (baja dalam bentuk cecair)
Cara-cara membuat semburan kulit pisang :
Bahan yang diperlukan – kulit pisang, garam, kulit telur.
Campurkan semua bahan ke dalam air dan terus semburkannya kepada daun. Anda juga boleh mengisar semua bahan ini dengan menggunakan mesin pengisar.
2. NUTRIEN TAMBAHAN
Kulit pisang merupakan antara elemen yang mudah untuk terbiodegradasikan (dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria). Jadi salah satu cara terbaik ialah dengan menjadikannya sebagai timbunan kompos atau baja.
Caranya ialah hanya cincang atau rendam kulit pisang terlebih dahulu dan uraian tersebut akan meningkatkan kandungan kalium dan fosforus dalam baja atau kompos anda.
3. MENYUBURKAN POKOK TOMATO
Tomato adalah antara sayur yang mudah untuk dijaga tetapi untuk menjadikan tomato anda lebih subur, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit pisang. Kandungan seperti kalium, besi dan kalsium yang terdapat dalam kulit pisang akan membolehkan tomato mendapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang musim.
Hanya letakkan dua kulit pisang di bahagian bawah dan tambahkan semula tanah untuk menutup kulit pisang tersebut. Anda juga boleh letakkan benih tomato di atas kulit pisang yang ditutupi dengan tanah tadi.
4. BAJA BENIH
Memandangkan kulit pisang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, jadi ia juga sangat baik dijadikan baja untuk benih.
Caranya ialah dengan potong beberapa kulit pisang ke dalam kepingan kecil dan tanam ke dalam tanah, letakkan betul-betul di bawah lapisan atau di bahagian bawah bekas tanaman.
Pastikan benih tidak menyentuh kulit pisang secara langsung pada masa penanaman kerana ia mungkin akan mer0sakkan akar kecil mereka.
5. KHASIAT UNTUK TANAH
Anda boleh menjadikan tanah anda mengandungi lebih nutrien dengan hanya menanam kulit pisang ke dalam tanah.
Gali tanah, letakkan kulit pisang dalam keadaan meratakannya dengan menghadapkannya ke bahagian atas dan tutup kulit tersebut dengan tanah yang sama. Lama-kelamaan kulit pisang tersebut akan mengeluarkan beberapa nutrien penting seperti besi, kalsium, kalium, dan fosforus.
6. MENGAWAL SERANGGA AFID
Potong kulit pisang atau gunakan pisang kering sepanjang satu hingga dua inci dan tanamkan di sekitar pohon yang dijangkiti afid. Afid ialah sejenis serangga kecil daripada keluarga Aphididae yang mer0sakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya.
Bau kulit pisang tersebut dikatakan akan membuatkan afid akhirnya hilang daripada pokok tersebut.
Selain itu, anda juga boleh hanya gantungkan kulit pisang pada pokok yang dij4ngkiti serangga afid dan tidak lama kemudian pasti serangga tersebut akan hilang dari situ.
7. CUKA PISANG
Tumbuh-tumbuhan berasid seperti tanaman taman, rhododendrons, beri biru dan azalea mendapat manfaat daripada semburan cuka pisang. Cuka boleh meningkatkan kuantiti asid dan kandungan besi di dalam tanah jika digunakan dalam jumlah yang sedikit.
Hal ini membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dalam keadaan lebih baik dan mengeluarkan daun yang lebih sihat. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit pisang, air dan cuka.
8. AIR RENDAMAN KAYA NUTRIEN
Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari.
Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.
9. PERANGKAP SERANGGA
Potong kulit pisang dan letakkannya di dalam bekas plastik dan tuangkan sedikit pati cuka epal ke dalamnya. Lubangkan penutup bekas plastik berisi semua bahan tersebut supaya serangga seperti lalat buah-buahan boleh masuk ke dalamnya dengan tujuan untuk memerang kapnya.
Bau cuka dan pisang boleh menarik perhatian serangga tersebut untuk masuk ke dalam bekas yang akhirnya akan membuatkan mereka m4ti di dalam cecair tersebut.
10. PENARIK KUPU-KUPU DAN BURUNG
Burung dan rama-rama berfungsi dalam proses pendebungaan tumbuhan. Dengan meletakkan kulit pisang masak atau mencincang kulit pisang dapat menggalakkan kehadiran burung dan kupu-kupu ke taman anda.
Pisang mungkin menarik kedatangan lebah, tebuan dan ulat beluncas, jadi jangan lupa untuk membuangnya sebelum matahari terbenam bagi mengelakkan kehadiran serangga per0sak ke taman anda pada waktu malam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada beberapa tempat ni memang kita selalu terlepas pandang bila waktu mencuci. Impiana kongsikan ‘spot’ yang biasanya kita tak ambil remeh.
1) Bakul Baju Kita selalu lupa peranan bakul baju ni sebenarnya mengangkut baju-baju kita yang bersih tapi bila bakul kotor, bagaimana keadaan baju kita sebenarnya? Cukup sekadar sentiasa mengelap bakul ini dengan span basah dan biarkan ia kering.
2) Mentol Lampu Semasa kita sibuk mencuci ‘frame‘ lampu, sebenarnya kita lupa mentol dalam lampu tersebut. Sebenarnya mentol lampu ini lagi banyak mengumpulkan kotoran dan habuk-habuk luar.
3) Bekas pisau Bakteria dan kotoran boleh memasuki lubang-lubang tempat penyimpanan pisau yang sering kita gunakan.Oleh itu, nak selamat kita wajib bersihkannya at least sebulan sekali dengan merendam bekas pisau di dalam air panas.
4) Tilam Apabila anda menukar cadar, jangan lupa untuk membersihkan sekali tilam. Hanya dengan menaburkan BAKING SODA untuk 15 minit dan kemudian vacuumnya semula, bau dan beberapa kotoran akan hilang.
5) Sofa Banyak bakteria dan kotoran yang berkumpul pada sofa yang kita tak pernah tahu. Jadi apa yang kita perlu buat, ialah dengan menabur baking soda seperti di atas dengan membersihkannya semula selepas 20 minit .
6) Remote control, Keyboard Komputer, Handphone dan barang elektronik yang sering dipegang Paling penting sebelum mencuci, buka dan keluarkan bateri dari barangan ini terlebih dahulu. Cuci dan bersihkannya dengan menggunakan cotton pad atau cotton bud yang di basahkan dengan cuci di celah-celah barang tersebut.
7) Stering Kereta Spray dan cucikan sahaja dengan menggunakan tuala basah. Ini dapat mengurangkan bakteria dari hinggap di steering yang selalu kita sentuh.
8) Tombol Pintu Basahkan tuala dengan cuka dan gosokkan pada setiap tombol pintu di rumah. Cuka berperanan menanggalkan kesan degil kotoran pada besi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.