Laman

Tanam Kangkung Dalam Tapis Tak Guna Tanah Dan Tak Perlu Siram

Share

Ramai yang minat dan teringin sangat nak tanam sayur sendiri kan? Tapi ada beberapa perkara yang sentiasa menjadi alasan dan halangan. Antaranya ialah, tak ada masa, tak sempat nak siram, nanti pokok mati, peralatan nak berkebun mahal, tak ada ruang dan macam-macam lagi lah.

Ni, sini LAMAN impiana nak ajak semua tanam kangkung dengan tidak menggunakan modal yang tinggi, paling mudah di tanam, tak perlu ruang yang luas, tak perlu siram hari-hari dan yang paling penting, cepat dituai.

Berikut adalah langkah-langkah untuk tanam kangkung hanya dengan menggunakan besen dan penapis yang telah disediakan oleh Baja AB Plus Premium

1) Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah

2) Sediakan satu bekas berlubang-lubang kecil untuk bubuh biji benih kangkung. Pastikan saiz bekas tersebut lebih kurang sama.

3) Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.

4) Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh)

5) Apabila pokok kankung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh diletakkan kepada cahaya matahari. (pastikan paras air kena kepada akar pokok)

6) Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.

8) Apabila sudah 3 ke 4 minggu pokok kankung sudah boleh di tuai dimasak belacan

 Sumber:Baja AB Plus Premium

Published by
Impiana