Pokok Ketumbar Jawa sering digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan mahupun untuk penjagaan kesihatan.
Rasanya sedap dan wangi bau daunya.Daunnya pula boleh dicampur dalam kuah tomyam sebab baunya sama macam daun ketumbar.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Shariffuddin Ar Lambensa ini sebagai panduan untuk menanamnya di sekitar rumah.
Tip supaya pokok Ketumbar Jawa daun lebat dan banyak.
Cara-Caranya:
Setiap kali pokok Ketumbar Jawa menghasilkan bunga, pastikan bunga dipotong.
Bunga yang dipotong boleh dijadikan ulam.Ambil bunga muda sahaja yang baru naik, barulah ia lembut tak lah beduri tajam.
Ini kerana apabila pokok berbunga, pertumbuhan menjadi perlahan. Apabila bunga ketumbar jawa dipotong ianya akan menghasilkan anak-anak pokok yang merimbun dan sentiasa ada pucuk baru muncul di setiap pokok.
Jangan lupa membaja sekali setiap minggu sebagai nutrisi pemakanan pokok.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Khasiat Lain:
- Daun Ketumbar Jawa ini direbus dan diminum untuk merawat demam, diabetes dan radang paru-paru.
- Akarnya juga boleh direbus dan diminum untuk merawat batuk, selsema, merangsang peluh, menghentikan pendarahan rahim dan lain-lain.
- Rebusan daun dan akar Ketumbar Jawa juga boleh merawat demam kuning, merangsang haid dan lain-lain.
- Malah boleh juga dimasukkan di dalam masakan seperti sup, tomyam, telur goreng, rendang dan sebagainya.
Mesti Baca: Fobia Anak Ketuk Skrin LED, Televisyen Rumah Samtilla Tergantung Tinggi Macam Dekat Klinik
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI