Kunyit, antara tanaman herba yang mesti ada di kebun. Walaupun ia mudah untuk dibiakkan, namun ramai yang gagal mengekalkan pertumbuhan kunyit yang optimum. Antara isu yang kerap dialami adalah sebahagian daun menguning dan kering.
Azizi Manap berkongsi tip dan cara untuk atasi masalah ini di Facebook:
Nak cerita cara saya tanam kunyit. Sebab Ada jumpa beberapa post yang kunyitnya kering, layu dan mati.
Saya juga baru je belajar menanam guna Polly beg ni baru sangat dalam 4-5 bulan lebih kurang. Pengalaman saya, kunyit memerlukan kondisi lembap dan tidak terlalu panas. Jika terdedah di bawah terik matahari ditambah dengan tanah yang kering, ia akan menyebabkan daun mula kekuningan. Tambahan, jika pokok terdedah kepada terik matahari petang.
IKLAN
Di rumah, saya tanam di dalam polibeg dan disusun di tepi rumah yang terlindung dengan pokok rambutan. Hasilnya daun lebih lebar dan hijau. Untuk baja, saya smenggunakan baha urea atau nasi basi yang diletakkan sikit-sikit pada tanah lepas digemburkan
Penyediaan medium tanaman
1 bahagian Sekam bakar
3 bahagian Sabut kelapa (cocopeat)
IKLAN
Alhamdulillah Dari 3-4 pokok kini sy mendapat 37 pokok
IKLAN
Kebaikkan guna cocopeat, medium tanamanya tidak cepat kering dan tak eprlu siraman yang kerap. Jika musim hujan, walau terdedah paa hujan yang banyak medium nya tidak bertakung air mahupun padat. Hal ini menggalakkan pertumbesaran akar secara sihat. Secara tidak langsung hasil daun pun lebar dan isi kunyit banyak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tip pilih katil untuk si kecil, jangan beli sebab nampak cantik je. Mungkin kita biasa sahaja dengar tentang kanak-kanak cedera di dalam katil tidur/cot disebabkan terjatuh, tersangkut, terhantuk dan sebagainya. Sudah tentu kita tidak dapat membayangkan jika ia terjadi kepada anak kita sendiri.
Memang benar malang tidak berbau, kalau nak jadi, memang terjadi tiada siapa yang dapat menghalang. Oleh itu, alternatifnya adalah untuk mencegah di peringkat awal iaitu dalam situasi ini adalah pemilihan katil tidur yang selesa, sesuai, selamat dan praktikal untuk anak-anak kita.
Disebabkan itu, IMPIANA ingin membantu anda membuat pilihan yang tepat ketika membeli katil demi keselesaan dan keselamatan anak-anak anda ketika sedang lena dibuai mimpi.
BAWA ANAK ANDA UNTUK MENCUBA KATIL DAN TILAM
Semasa anda melakukan survey katil, pastikan anda membawa bersama anak anda untuk mencuba katil dan tilam yang dijual. Walaupun di zaman moden ini sudah banyak dijual secara online, adalah lebih baik untuk anda pergi ke pusat jualan dan biarkan anak mencubanya.
CARI KATIL YANG MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN YANG TINGGI
Tidak dinafikan, untuk membeli katil sebegini, anda kena berbelanja lebih, tetapi disini kita membicarakan tentang keselamatan anak kita yang dalam fasa membesar dan tidak dapat kita bayangkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja mereka masuk ke kamar tidur. Elakkan katil yang tinggi. Ini untuk memudahkan anak anda bangun dan tidur dengan mudah serta mengurangkan kadar kecederaan incase anak anda terjatuh dari katil.
PILIH KATIL KANAK-KANAK YANG DIPERBUAT DARIPADA SOLID WOOD
Katil sebegini nampak kukuh dan kuat serta berupaya menampung berat anak anda ketika mereka bermain. Jika anda ingin membeli katil kerangka besi, periksa dengan teliti pemasangan skru dan peralatan lain. Ini adalah untuk memastikan katil tidak bergoyang serta runtuh semasa anak anda ingin memanjat naik ke atas katilnya.
BELI KATIL DENGAN KERANGKA YANG SELAMAT
Konteksnya adalah untuk membeli design katil yang bahagian hujungnya tidak tajam. Ini termasuklah material yang diperbuat daripada kayu atau besi. Ini untuk mengelakkan anak anda daripada terhantuk sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
ELAKKAN AKSESORI DALAM KATIL YANG BERBAHAYA
Tahukah anda terdapat kes ada bayi yang mati dalam katil sendiri? Ya, ada. Ini kerana aksesori tambahan seperti kusyen serta mainan lembut yang berbahaya. Elakkan terlalu penuhkan katil bayi dengan aksesori serta mainan yang boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak sengaja ketika bermain.
ELAK GUNA CAT YANG ADA VOC
Bilik tidur anak anda mestilah bebas daripada cat yang mempunyai kadar Volatile Organic Compounds (VOC) yang rendah atau lebih baik tiada langsung. Ini kerana cat sebegini mempunyai cecair kimia yang tidak baik untuk sistem pernafasan kita. Kalau tidak elok untuk golongan dewasa, bagaimana nasib anak kita yang masih lagi baru dilahirkan di dunia?
AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN
Sentiasa pastikan keselamatan persekitaran bilik anak anda terjamin dan bebas daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan anak anda tergugat kesihatannya. Ingat, anak anda adalah amanah dari yang Maha Esa.
Langsir antara elemen penting dalam dekorasi sesuatu kediaman. Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.
Jadi, untuk memilih design dan saiz langsir yang bersesuaian untuk kediaman anda, ada beberapa perkara yang perlu diperincikan
LEBAR LANGSIR
Salah: kebiasanya, lebar tingkap akan diukur mengikur bingkainya. jadi, railling yang dipasang pun mempunyai saiz lebih kurang lebar tingkap tersebut. Teknik ini kan menyebabkan lebih banyak daun langsir menutupi tingkap dan secara tidak langsung menghadkan ketelusan cahaya yang memasuki kediaman. Tambahan, ia akan menyebabkan impak visual kediaman kelihatan lebih kecil dan sempit
Betul: Cara terbaik untuk mendapatkan impak yang lebih menarik dengan menggunkan langsir adalah dengan memastikan reeling atau rod langsir mempunyai kelebaran lebih pada bahagian kiri dan kanan tingkap Berikut adalah formula asasnya:
1. Ukur lebar bingkai tingkap. (Katakan 100 inci)
2. Kirakan 25% darinya (25% dari 100” adalah 25”)
3. Bahagikan dengan 2 (25” bahagi 2 adalah 12 1/2 inci)
Anda sebaiknya memanjangkan railing/rod 12 1/2 inci ke kiri dan kanan tingkap. (Dalam kes ini, anda perlu beli railing/rod 125”)
KETINGGIAN LANGSIR
Salah; Kebiasaanya, ramai lebih gemar memilih untuk meletakkan rod langsir betul-betul di atas bingkai tingkap. Namun, keadaan ini akan memberi impak visual kurang menarik. Ia akan menyebabkan siling rumah kelihatan lebih rendah. Bila dah rendah, sudah pasti kita akan berasa sempit
Betul: Ketinggial langsir yang ideal adalah dengan meletakkan rod langsir lebih tinggi. Kalau boleh sampai atau hampir ke siling untuk mendapatkan impak double volume. Kalau ada cornice, elak dari menutupi bahagian tersebut.
PANJANG LANGSIR
Pastikan langsir yang dipasang tidak tergantung di bahagian kaki. Untuk dapatkan kesanvisual double volume, pastikan langsir mencecah lantai.
Wanita dari Terengganu telah berkongsi di Media Sosialnya mengenai pokok kesayangannya telah dicuri pada 13 September. Beliau meminta bantuan orang ramai untuk membantunya menjejaki pokok ini.
Rus Majida Hassan, 34, melalui laman Facebook berkata, pokok jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon yang dikesan hilang pada petang Isnin tidak dijual di nurseri biasa.
“Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki oleh orang lain dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.
“Tolong bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini dan agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan. Ralat sungguh kerana ia mencapai saiz yang tidak dimiliki orang lain.
“Ini membuatkan pokok-pokok tersebut mudah untuk dicam sekiranya dijumpai. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku,” katanya.
“Ralat sungguh ralat kerana pokok-pokok ini saya dah bela selama hampir 3 tahun dan mencapai saiz yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini membuatkan pokok2 ini mudah untuk dicam sekiranya dijumpai.
Terima kasih kepada semua yang sejak petang semalam sehingga ke saat ini bertubi-tubi membantu saya untuk menjejak pokok-pokok ini dan memberikan kata2 semangat buat saya. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku.
Sekiranya ada yang dah terbeli pokok ni, saya takkan minta semula pokok ni. Saya cuma nak dapatkan detail si penjual (nama, no telefon, no acc bank, lokasi) supaya dapat membantu siasatan polis. Harap dapat berlaku jujur dengan saya.
Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat.
Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda, sungguh saya tidak redha dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah!”
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.