Semalam cili padi kampung, hari ni kita cerita pulak pasal lada solok. Lada solok banyak digunakan dalam masakkan pantai timur. Selain di buat solok lada yang enak dimakan dengan nasi kerabu, ia juga sesuai di gunakan untuk membuat young tou fu, lada jeruk dan pelbagai lagi. Rasenya lebih enak dan rangup jika dibandingkan dengan lada hijau biasa.
Tapi, biasa lah nya pokok lada. Mudah diancam dengan pelbagai penyakit yang selalu menyerang pokok cili. Oleh itu, Ben Safwam berkongsi cara untuk tanam solok lada di laman rumah sahaja tapi hasil buahnya memang lebat.
Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat,tahan penyakit seperti lalat buah,bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.
- Semai dari anak benih atau nak senang, terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan Dah stabil dah subur. Ada stok sedikit.
- Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 bag tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.
Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian. - Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.
Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus.
Pokok cili suka cahaya terus. - Cara siram dan pembajaan serta tips :
Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang. - Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.
- Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.
- Bila buah dah lebat,stop baja buah. Teruskan dengan baja subur.
- Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar.
Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah ,sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat. Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun. - Jangan lupa cakap-cakap dengn pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah.
- Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI