Tanam PADI Dalam Pasu Pastikan Air Mencukupi & Guna Baja Kopi, 4 Bulan Dah Boleh Tuai! Siapa sangka daripada berniat untuk menambah ilmu penanaman padi dalam pasu di laman rumah, selepas 4 bulan kini ia boleh dituai untuk kegunaan sendiri.
Hanya sekadar suka-suka, seorang suri rumah tidak menyangka percubaannya menanam padi di dalam pasu di laman rumahnya di Taman Lavender Height di sini berhasil.
Bermula dengan satu pasu sahaja, kini Siti Aai Shah Rahman Shah, 33, mempunyai 50 pasu pokok padi sawah dan sembilan pasu padi huma.Lebih menggembirakannya apabila padi tersebut kini sudah boleh dituai selepas empat bulan ditanam dan dalam proses untuk dijadikan beras.
Malah perkongsian Siti Aai Shah di aplikasi TikTok mengenai perjalanannya menjadi ‘pesawah moden’ turut menarik perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang berhasrat mempelajarinya.
Beli Benih Padi ‘Online’
Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, dia menanam padi bukannya untuk tujuan komersial sebaliknya sekadar mahu menambah ilmu.
“Lagi pun saya tengok di laman sosial, konsep tanaman padi di dalam pasu ini sudah biasa di Indonesia dan dari situ saya terfikir untuk mencubanya.
“Jadi saya beli benih padi di platform e-dagang dengan harga RM1 untuk satu pek 10 gram,” katanya.
Ujarnya, selepas empat hari menanam benih tersebut, dia teruja apabila melihat sudah ada pertumbuhan.
Ads
Tip Penanaman Padi Dalam Pasu
Katanya, apabila masuk hari ke-20 pokok padi sudah jelas kelihatan dan dari situ dia mendapati tanaman tersebut tidak terlalu sukar penjagaannya.
“Paling penting perlu pastikan sumber air mencukupi dan gunakan baja bersesuaian. Untuk baja, saya guna baja kopi dan ia nampaknya sesuai.
“Jadi sejak hari pertama tanam, saya akan buat catatan dan masuk 90 hari, ia dah mula menguning dan sekarang sudah boleh dituai,” katanya.
Ujar Siti Aai Shah, dia kini menunggu mesin padinya sampai bagi membolehkan padi yang telah dituai diproses menjadi beras.
Ads
Tambahnya, dia tidak menyangka ramai yang berminat untuk belajar cara penanaman padi dengannya termasuk Tunku Azizah selepas berkongsi di platform media sosial.
“Tujuan saya berkongsi tentang teknik penanaman padi dalam pasu adalah untuk membuka minda masyarakat yang usahakannya tidaklah sesukar mana, malah kosnya juga tidak tinggi.
“Manalah tahu ilmu ini boleh jadi keperluan pada masa akan datang,” katanya.
Ads
Pendapatan Sampingan Pokok Strawberi
Selain tanaman padi, bekas usahawan ini turut menanam pokok strawberi yang kini menjadi sumber pendapatan sampingannya apabila mendapat permintaan.
“Saya pun mula berkecimpung dalam tanaman ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) bagi mengisi masa lapang dan sekarang ia dah jadi satu keseronokan untuk saya.
“Bila duduk membelek pokok-pokok ini pun dah jadi satu ‘healing’ buat saya,” katanya.
Bilik air yang bersih dan wangi merupakan impian bagi setiap penghuni rumah.
Sebenarnya ada cara mudah untuk buat sendiri pewangi bilik air ni. Barulah bilik air kekal sentiasa wangi. Tak perlu beli pewangi mahal-mahal, hanya gunakan 2 bahan je. Memang mudah dan menjimatkan.
Cuba buat sendiri pewangi bilik air seperti yang dikongsikan oleh Puan Azlin Alias ini. Memang mudah dan menjimatkan.
Tips jimat namanya. Insyaallah bilik air sentiasa wangi Dan ubat gegat tu Tak cepat kecut.
Bahan-Bahan:
Pelembut Pakaian
Ubat Gegat
Bekas lilin/ bekas kosong
Cara Membuat:
1. Masukkan ubat gegat ke dalam bekas lilin.
2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.
3. Selepas itu, letakkan di sudut bilik air.
Siap! Semoga bermanfaat.
Selamat Mencuba.
Impiana : Menariknya tip ini. Wangikan bilik air guna 2 bahan je. Memang mudah dan jimat. Boleh cuba nanti.
Air merupakan keperluan asas bagi setiap kehidupan dan sehingga 90% daripada berat tumbuh-tumbuhan adalah air. Oleh itu, air yang mencukupi adalah amat penting bagi tanaman. Kekurangan air boleh cepat memberi kesan yang negatif terhadap tanaman dan tanaman boleh mati hanya selepas beberapa hari tanpa air.
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda cara memasang sistem pengairan automatik untuk tanaman anda di rumah. Terdapat juga pelbagai alternatif yang lain yang boleh memudahkan pengairan tanaman, pencarian di dalam Google boleh memberikan anda pelbagai idea berkaitan dengan perkara ini. Contoh keyword yang anda boleh gunakan adalah ‘water plant while away’, ‘self watering plant’, ‘siram pokok masa cuti’, dan lain-lain.
Tapi kali ini IMPIANA ingin menjemput anda menyertai WORKSHOP IMPIANA secara maya dengan mempelajari dengan lebih mudah untuk memiliki sistem ini dan boleh buat sendiri dengan hanya beli atas talian di SHOPPE ; Smart Watering Plant Project by Aiszzy
Dah beli jom sertai Workshop IMPIANA sebab banyak lagi benda yang anda boleh buat dengan Smart Watering Plant Project ni.
Pokok perlukan penjagaan yang sempurna, kadang kala terlupa siram kadang-kadang terlebih siram. Dengan sistem siraman pintar ini ia dapat dilakukan tepat pada masa yang sesuai dengan hanya dihujung jari anda.
Sertai WORKSHOP IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda di
Pokok Ketumbar Jawa sering digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan mahupun untuk penjagaan kesihatan.
Rasanya sedap dan wangi bau daunya.Daunnya pula boleh dicampur dalam kuah tomyam sebab baunya sama macam daun ketumbar.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Shariffuddin Ar Lambensa ini sebagai panduan untuk menanamnya di sekitar rumah.
Tip supaya pokok Ketumbar Jawa daun lebat dan banyak.
Cara-Caranya:
Setiap kali pokok Ketumbar Jawa menghasilkan bunga, pastikan bunga dipotong.
Bunga yang dipotong boleh dijadikan ulam.Ambil bunga muda sahaja yang baru naik, barulah ia lembut tak lah beduri tajam.
Ini kerana apabila pokok berbunga, pertumbuhan menjadi perlahan. Apabila bunga ketumbar jawa dipotong ianya akan menghasilkan anak-anak pokok yang merimbun dan sentiasa ada pucuk baru muncul di setiap pokok.
Jangan lupa membaja sekali setiap minggu sebagai nutrisi pemakanan pokok.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Khasiat Lain:
Daun Ketumbar Jawa ini direbus dan diminum untuk merawat demam, diabetes dan radang paru-paru.
Akarnya juga boleh direbus dan diminum untuk merawat batuk, selsema, merangsang peluh, menghentikan pendarahan rahim dan lain-lain.
Rebusan daun dan akar Ketumbar Jawa juga boleh merawat demam kuning, merangsang haid dan lain-lain.
Malah boleh juga dimasukkan di dalam masakan seperti sup, tomyam, telur goreng, rendang dan sebagainya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.