Nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam. Tapi, Puan Oggy Bungsu cuba biakkan pak choi dari keratan tunggul tak berakar menjadi pula. Apa yang dilakukan oleh Puan Oggy? Jom kita lihat langkah-langkah tanam pakchoi dari keratan tunggul yang dibeli dari pasar.
Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye
1. Sediakan medium tanamana yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choi tu, rendam dalam air paip biasa dalam 30 minit
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kulit Telur + Cuka, Atasi Masalah Bunga Dan Buah Gugur Sebelum Masanya!
Isi Kandungan
ToggleKulit telur memang banyak khasiatnya terutamanya untuk tanaman. Jika selalu mengalami, bunga atau buah kerap gugur sebelum waktunya, kita boleh cuba semburan kulit telur dan cuka ini untuk mengatasinya.
Baca perkongsian daripada Ardi Tani ini sebagai rujukan;
Kulit telur mengandung sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5.5gram. Selain itu kulit telur juga mengandungi fosfor, magnesium, natrium,kalium,seng,mangan,besi dan tembaga.
Kandungan kalsium sangat bagus sebagai Baja organik bagi tanaman.
Menggunakan baja kulit telur dapat merangsang pembentukan bulu akar, mengeraskan batang tanaman dan merangsang pembentukan biji.
Sebelum menggunakan kita mesti keringkan terlebih dahulu kulit telur tersebut.Kemudian boleh la tumbuk bagi hancur dan boleh la ditabur ke tanah.
Jika bunga atau buah selalu gugur sebelum masanya Kita juga boleh gunakan kulit telur untuk atasinya.Caranya seperti berikut.
Bahan-Bahan:
200gram Kulit telur ayam
1 liter Cuka organik (apa-apa cuka makanan yang biasa kita guna dekat dapur)
1.5liter Bekas
Cara Membuat:
1. Ketuk atau ramas kulit telur bagi jadi sepihan kecil.
2. Sangai(goreng tanpa minyak) kulit telur tadi sehingga berwarna hitam di dalam kuali.Boleh juga keringkan dalam oven.
3. Masukkan hasil sangai tadi ke dalam bekas dan tuang cuka ke dalam bekas.
4. Buih-buih akan muncul, biarkan sehingga buih tu hilang.
5. Tutup bekas dan peram 20 ke 30 hari.
6. Tapis cecair tu dan simpan.
Cara Menggunakannya:
- 3ml cecair tadi campur 1 liter air.Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok.Nak siram terus pun boleh jika malas.
Kulit telur dapat mengurangan keasidan tanah. Juga bertindak sebagai kawalan serangga terumatanya untuk siput, semut.
Macam-macam cara yang boleh dibuat dengan kulit telur ini untuk dijadikan baja. Selamat membuat Baja kulit telur untuk jimat perbelanjaan berkebun kita.
Semoga bermanfaat & selamat Mencuba!
IMPIANA : Jadi jika nak ‘kuatkan’ pokok dan nak atasi masalah bunga serta buah kerap gugur sebelum masanya boleh cuba campuran kulit telur dan cuka ini. Memang berkesan, jimat kos dan paling penting, semula jadi.
Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Sumber:Ardi Tani
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Panduan Lokasi Untuk Anda Hasilkan Gambar OOTD Yang Sempurna
Memilih lokasi yang tepat untuk mengambil gambar OOTD (Outfit of the Day) adalah langkah penting dalam memastikan penampilan anda ditonjolkan dengan sebaik mungkin.
Lokasi yang menarik bukan sahaja memberikan latar belakang yang cantik tetapi juga membantu mencipta suasana yang selaras dengan gaya pakaian anda.
Sama ada anda mengambil gambar di rumah, di taman, di kafe atau di kawasan bandar, setiap lokasi menawarkan keunikan tersendiri yang boleh mempengaruhi hasil akhir gambar anda.
Oleh itu, pemilihan lokasi yang sesuai adalah kunci untuk menghasilkan gambar OOTD yang menawan dan berkesan.
- Dinding Neutral:
- Cari dinding yang berwarna neutral seperti putih, kelabu atau beige. Latar belakang yang sederhana membantu pakaian anda menonjol dalam foto yang diambil.
- Taman atau Kawasan Hijau:
- Taman dengan tumbuhan hijau atau bunga-bunga yang cantik boleh memberikan latar belakang yang segar dan ceria. Cahaya semula jadi di kawasan ini juga membantu menghasilkan gambar yang terang dan jelas.
- Kawasan Bandar atau Jalan Raya:
- Kawasan bandar dengan bangunan berwarna-warni, mural atau grafiti boleh memberikan suasana urban yang menarik. Jalan raya yang unik juga boleh menjadi latar belakang yang hebat.
- Kafe atau Restoran:
- Kafe atau restoran dengan dekorasi yang cantik dan suasana yang santai boleh menjadi tempat yang bagus untuk mengambil gambar OOTD. Pilih tempat dengan pencahayaan yang baik dan elemen dekoratif yang menarik.
- Interior Rumah:
- Jika anda ingin mengambil gambar di dalam rumah, pastikan kawasan tersebut kemas dan mempunyai pencahayaan yang baik. Pilih sudut dengan dekorasi yang menarik seperti rak buku, sofa yang cantik atau tanaman hiasan.
- Pantai atau Tepi Laut:
- Pantai dengan pemandangan laut dan pasir yang luas memberikan latar belakang yang menenangkan dan cantik, sesuai untuk pakaian musim panas atau kasual.
- Bangunan Bersejarah:
- Lokasi bersejarah atau tempat yang mempunyai seni bina yang unik dan latar belakang yang menarik boleh menambah nilai estetik pada gambar OOTD anda.
- Tempat Dengan Elemen Seni:
- Galeri seni, pameran atau kawasan dengan dekorasi seni boleh menjadi latar belakang yang kreatif dan menarik. Elemen ini boleh menambahkan dimensi visual pada gambar anda.
- Teras atau Balkoni:
- Jika anda mempunyai balkoni yang dihias dengan baik, ini juga boleh menjadi lokasi yang bagus untuk mengambil gambar OOTD. Pencahayaan semula jadi dan pemandangan luar boleh menambah daya tarikan pada gambar.
- Tempat dengan Tema Spesifik:
- Lokasi dengan tema tertentu seperti taman bunga, pasar malam atau festival boleh memberikan latar belakang yang sesuai dengan gaya pakaian anda dan mencipta suasana khas dalam gambar.
Dengan memilih lokasi yang tepat, gambar OOTD anda bukan sahaja akan menunjukkan pakaian anda dengan jelas, tetapi juga mencipta suasana dan latar belakang yang memperkuat gaya keseluruhan anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Baja Hampas Kopi Boleh Lebatkan Daun Dan Bunga
Isi Kandungan
ToggleMemang umum tahu, banyak bahan dapur yang menajdi rakan kebun anda. Salah satunya ialah kopi. Kenapa kopi? apa khasiat kopi pada tanaman? Sue Haiza berkongsi khasiat hampas kopi yang mungkin ramai tak tahu dan kurang paham.
Mungkin ramai yang sudah tahu khasiat baja organik ini dan telah menggunakan hampas kopi untuk tujuan kesuburan tanaman
Info ini adalah untuk kita menambah pengetahuan dan jika sesuai bolehlah kita praktikkan semasa kita bercucuk tanam
Pada pendapat saya, penggunaan bahan organik seperti ini adalah mengikut kesesuaian tanah dan tanaman kita. Begitu juga dgn khasiat kulit telur yang saya telah kongsikan sebelum ini. ada yg berjaya menggunakannya..ad pula yang sebaliknya. apapun, yang terbaik adalah dengan cara mencuba dan berkongsi pengalaman.
Baca juga: Ramai Tak Faham Fungsi Kulit Telur Sebagai Baja Organik
ok,mari kita tinjau khasiat hampas kopi ini.
kopi secara umumnya mengandung nitrogen dan nutrisi lain yang bagus untuk kesuburan tanaman. antaranya adalah ;
1.Kafein
kandungan kafein yang terdapat dalam kopi membantu tanaman kita daripada serangan hama atau ulat serangga. bau kafein pula menghalang serangan rama2.
walaubagaimanapun, penggunaan kompos dari kopi ini hanya sesuai untuk tanah yang mempunyai tahap keasidan yang rendah.
jika penggunaanya salah, ia menyebabkan tumbuhan mengalami keracunan hasil dari kafein, gagal tumbuh dan membesar dgn sihat. dgn itu jangan terlalu kerap menabur hampas kopi ya
2. Khasiat asid
kopi mempunyai kandungan asid yang berguna untuk mengimbangi keasidan tanah.
3. Mineral
Kopi mengandung mineral, protein, dan unsur lainnya yang dapat menyuburkan tanaman. Kandungan mineral utama kopi adalah kalsium, kalium, besi, fosfor dan kromium, yang sangat disukai cacing tanah. Cacing tanah yang mendapat cukup nutrisi sihat ini dapat menyuburkan tanaman. Selain itu, kandungan mineral tersebut ini juga sangat penting semasa proses pertumbuhan. Serbuk kopi juga mengandungi karbon dan gas nitrogen. Ditambah potassium, magnesium, dan tembaga yang mana sangat berguna kepada tanaman.
4. Protein
hampas kopi mengandungi Lignin dan selulosa yang sangat bermanafaat untuk tanaman.
5. Melebatkan daun.
boleh campurkan hampas kopi dan siram di sekitar pokok.
ok,mari kita teliti kan bagaimanakah cara untuk menghasilkan hampas kopi. selepas menggunakannya sebagai minuman, saringkan hampas kopi dengan air dan biarkan kering.
kemudian,boleh dah ditabur pada sekitar pokok. walau bagaimana pun,jangan terlalu kerap menabur serbuk kopi pd tanaman. cukup lah dengan menabur sekali seminggu sahaja .
Sebenarnya,cara yang lebih efektif adalah dengan mengeringkan nya dan hasilkan baja kompos daripada hampas kopi yang tersebut.
Cara hasilkan baja hampas kopi
Bagaimana menghasilkan baja kompos daripada kopi? caranya adalah dengan mencampurkan serbuk kopi yang telah dikeringkan dengan bahan organik seperti sisa sayuran, sisa makanan,cengkerang telur atau roti yang telah basi.
jika ingin maklumat lanjut,bolehlah mempelajarinya dgn lebih detail
Apapun,bagi saya yg baru bermula untuk bercucuk tanam, cukuplah sekadar menabur hampas yang kering sahaja.
Contoh tumbuhan yang sesuai adalah seperti cili,kacang panjang,tomato,lobak dan lain2.
semoga bermanafaat. kongsi ilmu,kongsi pengalaman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI