Laman

Tanam Pak Choi Dari Keratan Tunggul Tak Berakar Pun Menjadi, Ini Caranya

Share

Nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam. Tapi, Puan Oggy Bungsu cuba

biakkan pak choi dari keratan tunggul tak berakar menjadi pula. Apa yang dilakukan oleh Puan Oggy? Jom kita lihat langkah-langkah tanam pakchoi dari keratang tunggul yang dibeli dari pasar.

Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye

1. Sediakan medium tanamana yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.

2. Selasai potong pak choi tu, rendam dalam air paip biasa dalam 30 minit

3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.

 

Published by
Impiana