Seronok bila pokok yang ditanam hidup subur dan gemuk.
Tanam Pokok Bayam Subur Dan Gemuk. Ini Cara Buat Baja Buat Sendiri!
Seperti perkongsian Enkay Nik Mustaffa ini. Punyalah subur pokok bayam, sebesar telapak tangan. Puas hati makan. Lagi best sebab bayam yang subur itu adalah kerana penggunaan baja yang dihasilkan sendiri iaitu baja cecair bokashi.
“Saya suka tanam bayam. Sekali saja tanam, biarkan satu pokok matang, nanti akan tumbuh la anak bayam di mana mana tempat. Alihkan saja ke dalam pasu. Diam tak diam, dah 7 tahun produce baja sendiri,”- tulisnya.
Ads
Beliau turut berkongsi cara membuat Bokashi. Katanya cara yang dilakukan ringkas sahaja. Sesiapa saja boleh buat.
Tanam Pokok Bayam Subur Dan Gemuk. Ini Cara Buat Baja Buat Sendiri!
Alat :
– Tong sampah/tong cat yang ada penutup, dipasangkan paip- senang nak ambil air peraman.
– Penapis – menapis sisa supaya paip tidak tersumbat.
– Gula merah/bokashi bran
– Sisa dapur yang tidak berlemak dan berminyak
– Optional bahan booster lain seperti tempe, Yakult, belacan boleh add on secara berkala.
Caranya:
1. Basuh sisa makanan yang tidak habis seperti mee goreng, mee rebus dan sebagainya supaya minyak dapat dikeluarkan secara maksimum. Sejatkan sekejap supaya tidak berair.
2. Gaulkan sisa dengan gula merah/bokashi bran dengan ratio 1:1.
3. Masukkan ke dalam tong yang telah siap dipasang penapis.
4. Cecair bokashi boleh dituai selepas tiga hari peraman.
5. Cairkan dengan ratio 1:10 air tanpa klorin dan boleh guna sebagai siraman 2kali seminggu.
Ads
Bila tong penuh, peram selama 3 bulan dan boleh digunakan sebagai media tanaman. Campurkan 1:1 dengan tanah topsoil.
Ekstra tip :
Ads
1. Kalau komposisi antara bahan dan agen peraman cukup, insha-Allah tak busuk. Cuma tak boleh dimasukkan lemak ayam, daging, tenusu, telur.
2. Kalau ada ulat, itu normal asalkan baunya tidak busuk. Bokashi akan berbau manis. Ulat tu adalah ulat bsf yang berfungsi mempercepatkan penguraian sisa makanan. Kalau tak nak ada ulat, kena tutup dengan plastik supaya lalat tidak boleh hinggap.
3. Tong apa pun tak kisah, boleh dgunakan. Yang penting adalah bahan yang digunakan untuk buat bokashi ni. Kalau tak ada bokashi bran, boleh guna gula merah saja. Cuma ratio perlu sama banyak.
Menanam cendawan kukur atau cendawan kukur kering di rumah semakin popular di kalangan penggemar tanaman organik.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Memang kreatif dan sejuk mata memandang, apabila ruang laman tepi rumah dihias dengan landskap simple menggunakan batang pokok cempedak dan batu putih sebagai hiasan utama. Memang menarik dan mudah, pemilik kediaman boleh buat seperti seperti yang dilakukan oleh Abi Tifb ini.
Harini belajar-belajar buat landskap, kalau cantik Alhamdulillah..kalau jadi bahan ketawa ya pakcik ok aje. Buat sedikit-sedikit balik keje baru buat.
Batang pokok cempedak pakcik sapu dengan minyak diesel..aduhai baunya tak tahan..pergi nurseri jumpa pula orkid ni (RM18 sepokok x 2). Kemudian pakcik tanam dalam pasu (RM50) beli DIY..sama buat tiang nya balut dulu dengan tali jut (RM85 tali jut) bajet semue ni seperti berikut.
Pagar RM3,000
Batu Putih hiasan (RM25x 1 bag) total RM750
Pokok Bonsai RM1200 sama pasu
2 Pokok Pandan dan pasu sekali RM160.
Bahan Di Perlukan:
Batang Pokok Cempedak
Diesel
2 pokok Orkid
Pasu
Tali Jut
Batu Putih Hiasan (Polish) 30 beg
Info Ekstra!
Beli batu putih hiasan jenis ‘polish’ supaya lumut tak melekat. Namun sebaiknya jika warna bertukar hitam atau berlumut, sembur batu putih tersebut dengan Clorox sebulan sekali. Kalau kerap hujan buat sebulan 2 kali insyallah macam baru dan mudah.
Atau boleh juga rendam batu putih tersebut dengan cat putih balik..masuk mesin mixture dan tuang cat putih.
Sapu batang pokok dengan minyak diesel untuk elakkan anai-anai dan semut.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.