Daun pandan memang selalu sangat kini gunakan dalam hidangan, jadi elok sangat kalau tanam sendiri di rumah. Bila-bila nak pakai boleh ambil saja.
Walau pun begitu ada juga yang dah cuba tanam tapi tak hidup atau tak subur pokoknya. Kalau ini yang jadi masalahnya boleh ikut perkongsian Jue Jerry ini.
Beliau menanam pokok pandan menggunakan dua cara, dalam pasu menggunakan tanah dan juga tanpa tanah, cuma rendam dalam bekas berisi air.
Tip jika nak tanam pokok pandan dalam pasu & dalam air
Saya tanam pandan dalam pasu sebab rumah tiada tanah semuanya bersimen. Cara saya:
1. Dalam satu pasu pastikan cuma tanam 1 atau 2 pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
Ads
2. Kalau ada daun yang rosak, buang.
3. Gembur tanam dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.
4. Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
5. Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
Ads
6. Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, Insya-Allah akan hidup subur.
7. Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam yang sama untuk makan jentik-jentik.
Boleh letak pandan ini di dapur, selain untuk mewangikan dapur, ia juga boleh elak lipas datang.
Orang perempuan ni, aksesori memang banya dan boleh jadi peni nak simpan. Silap-silap, almari besar pun belum tentu muatkan semua baju, tudung, beg dan sebagainya. Seperti tudung, kalau dilipat bukan sahaja susah untuk disuaipadankan, silap-silap tak jumpa dan langsung tak jumpa. Jangan ingat, melipat tu kaedah simpanan tudung terbaik ye. Ada macam-macam cara yang lebih kemas dan mudah yang boleh anda praktikkan. Kali ni, impiaan kongsi beberapa barang yang sesuai menjadi tempat simpan tudung cara bijak bawah RM 5 yang boleh anda beli di shopee
Ni lagi jimat ruang. Bukan sahaja sesuai untuk baju dan selaur sahaja, tudung pun leboh banyak boleh dimuatkan. Satu penyangkut baju boleh muat 2-3 tudung. Kalau ada 9 ruang penyangkut, lebih banyak boleh 19-23 helai tudung boleh dimuatkan. Nak beli penyangkut jimat ruang ni, klik je sini https://invol.co/cl3k4cu
Bukan je sesuai untuk simpan aksesori seperti beg, tudung pun tersusun rapi. 1 penyangkut boleh muatkan 11 helai tudung dengan harge RM 4.95 je. Nak beli, klik sini https://invol.co/cl3k4fk
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang beranggapan memilih rona monokrom dalam design dekorasi rumah kerana mahukan keseimbangan atau inginkan gaya minimalis kerana hanya ada dua warna sahaja. Kali ini, IMPIANA ingin berkongsi kisah pasangan suami isteri yang memilih tema ini dek cintakan cintakan negeri kelahiran masing-masing Pahang dan Terengganu yang mempunyai warna bendera yang sama.
Pn Syahidah Razak merupakan seorang guru yang bertugas di negeri Pahang berkongsi kepada IMPIANA tentang rasa cintanya dan suami terhadap paduan dua warna menarik ini iaitu hitam dan putih. Dalam kediamannya yang berkeluasan1500 kaki persegi, tercetusnya idea dekorasi menokrom ini setelah menonton rancangan tv luar negara
“Kami pernah cuba menggunakan pelbagai kombinasi warna untuk menghiasi ruang tamu, namun kami berasa tidak selesa dengan pilihan tersebut dan mengambil keputusan untuk mengecat warna kegemaran kami iaitu hitam serta putih”, kata cikgu ini yang mengajar subjek geografi.
Mempunyai ruang tamu yang memanjang sebegini ada kalanya agak sukar untuk dibahagikan penggunaan ruang dan menghias. Untuk itu, pemilik mestilah merancang pembahagian yang betul agar ia nampak praktikal. Elak konfik penggunaan ruang, pemilik menyediakan ruang keluarga dan ruang tamu secara berasingan. Ruang keluarga, tidak menggunkan sebarang perabot untuk menghasilkan ruang yang lebih ruang. Hanya permaidani dan bantal kecil memberi keselesaan optimum saat menonton tv.
Tambahan ruang keluarga ini memberi peluang kepada anak pemilik untuk melakukan sebarang aktiviti dengan bebas. Sebaliknya di ruang tamu. Keselesaan tetamu diutamakan. Sofa empuk secekupnya disedikan bagi memuatkan kapasiti tetamu yang ramai dalam satu masa.
Selain itu, segala kelengkapan yang ada dalam rumah ini dibeli dengan hasil ‘Garage sale’ yang mana mereka akan menjual segala perabot lama tetapi masih lagi berkualiti untuk membeli kelengkapan dekor yang baru.
Penulis memuji hasil kerja pasangan cikgu ini kerana berjaya mendekor rumah tanpa mengupah mana-mana pereka dalaman terutamanya dalam kerja mengecat. Ia adalah intepretasi mereka sendiri untuk menjadikan rumah ini indah dan selesa untuk didiami.
Sebaik sahaja menerima kiriman gambar tambahan daripada pemilik, penulis tertarik dan kagum dengan idea dekorasi yang ditampilkan oleh pasangan ini terutamanya di bahagian ruang makan hingga ke dapur.
Di bahagian ini terdapat tiga jenis meja makan. Pertama, terdapat set meja makan 6 tempat duduk yang disediakan khas oleh pemilik untuk menjamu tetamu yang datang bertandang. Kedua, di bahagian dapur, terdapat meja kaunter dua tempat duduk. Akhir sekali di sebelah dapur dipasang meja makan buka tutup untuk pemilik menikmati santapan bersama.
P.s: Perkataan yang berwarna biru adalah pautan untuk artikel yang berkaitan dengan artikel ini. Klik untuk meklumat lanjut.
Walaupun ia nampak redundance, tetapi elemen praktikal amat penting disini kerana pemilik mungkin tidak mahu membazir tenaga untuk mengemas setiap hari di meja makan utama kerana kapasitinya yang besar. Di meja kaunter pula selalunya dijadikan tempat makan ringan seperti sarapan sebelum keluar pergi bekerja. Meja lagi 1 pula bertindak sebagai ruang makan pemilik kerana beliau mendiami rumah ini bersama suami dan masih lagi belum mempunyai anak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Salah satu aksesori wajib di ruang tamu tentulah televisyen, bukan? Tanpa sebuah TV rasanya bagai tidak lengkap ruang ini.
Terdapat pelbagai cara nak “display” televisyen bagi melengkapi ruang tamu kediaman tetapi tidak semua cara sesuai. Jika tak kena gayanya, mungkin akan tampak bersepah dan serabut dengan wayar yang berselirat dan perhiasan yang berhabuk.
Jadi kali ini IMPIANA ada himpunkan beberapa idea kabinet tv dengan ruang penstoran agar sudut ini akan sentiasa tampil kemas dan menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.