Checklist Tanaman Pagaran Paling Cantik Untuk Laman Rumah. Selain menggunakan tembok dinding atau pagaran, kaedah lain yang boleh kita gunakan untuk mewujudkan privasi terhadap kediaman adalah dengan menggunakan tanaman.
Ramai orang lebih gemar memilih rumpun buluh sebagai screening atau penghadang untuk kononya kata nak privasi sangat tu. Sebanarnya, rumpun buluh memerlukan penjagaan yang rumit dengan daun nya yang mudah luruh. Bila dah luruh, anda perlu rajin kan diri untuk menyapu.
Ada tanaman renek dan jenis pokok yang lebih sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran menggantikan tembok yang keras. Antara tanaman yang sesuai dijadikan tanaman pagaran adalah:
1. Baphia Nitida
tanaman ini kerap dijadikan sebagai pagaran kerana ia berupaya mencecah ketinggian lebih 2 meter. Tanaman ini dikategorikan sebagai pokok. Dikenali dengan nama bafia atau Barwood, tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Yang penting, cantasan perlu dilakukan secara kerap untuk mengawal tumbesarannya.
2. Carmona Retusa
Kalau dulu-dulu, Cormona retusa atau nama tempatannya teh pagar ini kerap menjadi pilihan sebagai tanaman pagaran. Daun yang tak terlalu lebar dan padat, menjadikan tanaman renek ini mudah dibentuk.
Selain itu juga, Teh pagar ni ada khasiat kepada kesihatan. Daunnya direbus dan diminum ketika suam untuk merawat merawat batuk, cirit, cirit birit berdarah, sakit perut, demam panas dan merangsang peluh.
3. Duranta Gold
Duranta kuning mudah dibiakkan melalui keratan batang. Tanaman yang mempunyai bentuk daun seperti teh pagar namun sedikit lebar dan berwarna kekuningan. Menariknya, duranta mempunyai gugusan bunga berwarna ungu yang akan menghasilkan buah.
4. Ixora Siamensis
ixora siamensis dikenali dengan nama pokok jarum-jarum. Ia disebabkan oleh bentuk bunganya yang seakan jarum. Terdapat pelbagai warna bunga ixora seperti merah, putih, pink, kuning dan mempunyai madu. Kalau anda merancang untuk menarik serangga penghisap madu, pokok ini amat disarankan untuk dijadikan sebagai pagaran.
5. Ficus Benjamina / Nitida
Dua jenis tanaman ara ini sebenarnya dikategorikan sebagai pokok. Tetapi jika anda kerap memangkas, Ia mampu mengawal kadar pertumbuhan dan saiznya untuk membentuk pagaran. Pohon ara ini kerap di jadikan sebagai tanaman bonsai kerana tekstur daun dan dahannya mudah dilentur.
6. Gardenia Jasminoides
Pokok jasmin juga sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran kerana tekstur daunnya yang padat. Bunganya yang berwarna putih dan berbau harum menjadi terapi apabila ditiup angin. Selain itu juga, bunganya kerap dijadikan sebagai teh untuk amalan perubatan tradisional.
7. Aglaia Odorata
Pokok renek yang mempunyai aroma seakan bau lemon ini dikenali dengan nama mock lemon atau Pokok Wangian Cina. Kalau dijadikan sebagai tanaman pagaran, ia berupaya mencecah ketinggian 2 meter. Seperti pokok ara, tanaman ini juga di pilih untuk dijadikan sebagai bonsai.
8. Acalypha Siamensis
Acalypha siamensis dikenali dengan nama Teh Tehan. Kebiasaannya tanaman ini menjadi pilihan bagi tanam berkonsepkan formal seperti taman-taman di istana inggeris. kalau perhatian maze garden, Acalypha siamensis adalah tanaman yang digunakan untuk membentuk dinding. Tambahan, Tanaman ini mempunyai daya tahan terhadap sebarang jenis serangan penyakit dan mempunyai jangka masa hidup lebih lama.
9. Breynia Nivosa
Jika anda merancang laman atau kediaman konsep feeling seperti Jepun, tanaman ini perlu anda senaraikan sebagai tanaman pagaran. Mempunyai daun berwarna kemerahan dan ada juga putih-putih sedikit, tanaman ini mampu memberi tekstur tersendiri terhadap keseluruhan dekorasi kediaman anda. cantasan berkala perlu dilakukan untuk memastikan ia sentiasa kelihatan kemas.
10. Eugenia Oleina
Pokok kelat juga mempunyai pucuk berwarna merah. Puak akan bertukar warna hijau apabila ia menjadi matang. Pokok kelat antara tanaman pilihan utama untuk dijaikan sebagai tanaman pagaran kerana ia cepat membesar berbanding tanaman yang lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok hidup bukan hanya sekadar hiasan dalam rumah, tetapi mereka membawa banyak manfaat yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal.
Seperti perkongsian oleh Huda Zainal tentang pokok sesuai diletakkan dalam rumah sekaligus kurangkan tahap stress kita. Menarikkan?
Antara pokok yang sesuai ialah: Pothos
Lucky bamboo
Spider plant
English ivy
Monstera
Wandering jew
chinese evergreen
Flamingoblume
Snake plant
**
“Selain mampu membersihkan udara dalam rumah, menjadikan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah mampu mengurangkan tahap stress. Pokok hidup dalam rumah mampu mewujudkan rasa tenang dalam diri.
“Namun bagi yang tidak pernah membela pokok akan timbul kerisauan paling utama, takut pokok mati, terlupa siram ataupun kehadiran serangga dalam rumah.
“Bagi yang ingin menjinakkan diri dengan pokok hidup dalam rumah, teknik meletakkan pokok di dalam air adalah langkah pertama untuk bermula.
Meletakkan pokok yang mampu hidup dalam air sangat bagus untuk yang kesibukan kerana pokok yang diletakkan di dalam air tidak memerlukan penjagaan yang rapi berbanding yang ditanam dalam pasu bertanah.
“Banyak pokok yang mampu hidup tanpa tanah, hanya perlu direndam sahaja dalam balang berisi air.
IMPIANA : Dengan mewujudkan ruang yang hijau dan tenang di dalam rumah, kita dapat mengurangkan stress, meningkatkan kualiti udara, dan mencipta suasana yang lebih produktif dan harmoni. Jadi, tidak kira saiz rumah atau jenis pokok yang dipilih, setiap rumah pasti akan lebih indah dan sihat dengan kehadiran pokok hidup.
Capsicum atau lada bangala lebih sensitif perlu dijaga berbanding cili besar. Ia lebih mudah diserang perosak dan penyakit yang berpunca dari virus. Walaupun telah menggunakan biji benih yang berkualiti, ia bukan petanda anda selamat dari sebarang ancaman penyakit terutama yang berpunca dari tanah.
Tapi, Mell Akmal berjaya menghasilkan capsicum yang cantik macam beli dekat kedai dengan hanya pembiakan biji benih dari lada yang dibeli dari pasar. Apa yang perlu dilakukan?
CARA BIAK CILI CAPSICUM
1. Beli capsicum dkt pasar berdekatan
2. Ambil biji nya, dan rendam dalam air semalam
3. Biji yang terapung tu dibuang . Yg lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar sy pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Sy letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Gambar pertama usia anak pokok lebih dr 10 hari.
8. Bila dah besar sikit sy spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.