Taugeh memang sedap digoreng, masak gulai lemak dan pelbagai lagi. Tapi, kalau nak beli taugeh yang dijual dipasaran selalu tak tahan lama dan tak berapa cantik. Tambahan, ada juga yang ragu-ragu dengan kebersihannya.
Apa kata kita tanam sendiri. Tak susah pun dan dalam masa 3 hari anda dah boleh tuai. Nora Valo
ada cara paling mudah dan menjadi tanam taugeh. Hanya menggunakan balang plastik kuih raya yang terpakai je.Artikel berkaitan:
Guna Baja Roti “Expired” Je, Sayur Pak Choi Jadi Saiz Mega Macam Ni
Ni Cara Tanam Pokok Kari Rendang Dan Daun Merimbun Dalam Pasu
Cara-cara:
1. Rendam kacang 24jam. Tak payah banyak-banyak, segenggam pon dah cukup.
Lepas 24jam, kacang dah mula bercambah.
2. Buang air rendaman, transfer kacang ke dalam balang plastic. Nak letak tisu boleh, tak letak pon takpe.
3. Tutup balang, Simpan balang kat tempat gelap/balut dgn plastic hitam.
4. Siram 2kali sehari. Caranya letak air dalam balang lepas tu goncang-goncang sikit, lepas tu buang air dia.
5. 3-4hari dah boleh dituai. Kalau nak simpan lama, Penuhkan air, letak dalam peti ais.
Hasilnya lepas 3-4hari. Gemuk-gemuk macam beli kat kedai.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.