Laman

Tanam Tomato Secara Terbalik Guna Botol Mineral Je, Tapi Hasilnya Lumayan

Share

Tomato salah satu tanaman yang wajib ada di dalam kebun sayur anda. Akan tetapi, pokok tomato memerlukan ruang yang agak luas dan saiz pokoknya tinggi. Bagi anda yang mempunyai kekangan ruang, hal ini sangat membataskan.

IMPIANA nak cadangkan untuk anda gunakan teknik atau kaedah tanaman tomato “upside-down”. Kaedah ini banyak digunakan oleh negara-negara barat kerana ia lebih mudah untuk diselanggara selain hasilnya mudah untuk dituai. Tambahan, rimbunan tomato yang tergantung mengindahkan lagi landskap kitchen garden 

anda.

Tak perlu bekas yang mahal dan teknik susah. Dalam video yang dikongsikan Ankit’s Terrace Gardening tomato yang ditanam secara gantung hanya menggunakan botol plastik terpakai. Jom! kita lihat langkah-langkah mudah tanaman tomato dalam botol mineral yang menggunakan teknik upside-down ini

Published by
Impiana