Tanaman Bertasbih, Apa Hukum Meletakkan Tanaman Di Dalam Bilik Air

Share

Indoor plant merupakan salah satu elemen penting dalam menghasilkan sebuah dekorasi kelihatan lebih menarik dan segar. tetapi, Melangsir portal Mufti Wilayah Persekutan, Impaian tertarik dengan satu soalan mengenai tanaman yang diletakkan di dalam bilik air.

Soalan

Assalamualaikum, Maaf bertanya, apa hukum kalau kita meletakkan pokok di dalam tandas? Sebab ada orang kata yang pokok juga berzikir dan tidak elok letak di dalam tandas. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ringkasan Jawapan Meletakkan Tanaman Di Dalam Bilik Air

Larangan berzikir di dalam tandas itu hanya tertakluk kepada manusia yang ditaklifkan mengikut hukum syarak. Manakala, tumbuhan pula tidak menerima beban hukum untuk mengikut hukum syarak sepertimana yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia. Oleh itu, jelas bahawa menanam pokok di dalam bilik air adalah diharuskan kerana tumbuhan tidak menerima beban hukum sepertimana manusia. Selain itu, tiada nas atau dalil syarak yang melarangnya.

Huraian Jawapan

Allah SWT telah menciptakan makhluk-Nya tanpa sesuatu yang sia-sia. Penciptaan makhluk seperti tumbuhan, haiwan, langit dan bumi yang sentiasa berzikir memuji-Nya menunjukkan bahawa tanda kebesaran Allah SWT yang tidak dapat diciptakan oleh setiap makhluk. Ini sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran.

Baca Juga: Ramai Tak Perasan, Bilik Air Kotor Antara Punca Rezeki Terhalang

Firman Allah SWT:

سَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَـٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

(Surah al-Isra’, 44)

tanaman dalam bilik air

Published by
Impiana