Masyarakat kini lebih gemar memilih tumbuhan hanya berdasarkan rupa fizikalnya sahaja bukan disebabkan keperluan.

Pernahkah kita terfikir, mengapa dan kenapa tumbuhan herba dipilih menjadi sebahagian landskap kediaman ketika dahulu? Hakikat yang tidak di ketahui atau dilupakan adalah setiap tumbuhan itu mempunyai khasiat dan keperluannya di dalam hidup.

Mari kenali 5 tanaman herba yang kaya dengan khasiat ini.

1.Orthosiphon aristatus (misai kucing)

Tanaman HERBA Bukan Hanya Penyeri Laman Rumah, Kaya Dengan Khasiat!

    • Herba renek ini berasal dari keluarga Lamiaceae yang boleh mencapai ketinggian 1.5 meter
    • Memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik yang tinggi dan bersaliran baik untuk tumbesaran yang optimum
    • Lakukan cantasan berkala untuk mengawal tumbesaran pokok.
    • Mudah dibiakkan melalui keratan batang.

Khasiat:

    • Melawas kencing, merawat darah tinggi, melegakan kekejangan pinggang: Segenggam daun misai kucing direbus bersama dua gelas air sehingga tersisa separuh daripadanya. Saring dan diminum dingin setiap malam sebelum tidur.
    • Merawat keputihan wanita: Rebus daun misai kucing dan sedikit daun beluntas. Ketika rebusan mula menggelegak, tambahkan satu sudu teh jintan hitam dan 10 biji lada hitam. Saring dan diminum setiap hari sehingga masalah keputihan selesai
    • Mengurai masalah diabetes – Ambil 16 lembar daun misai kucing yang direbus bersama dua gelas sehingga tersisa separuh daripadanya. Saring dan diminum setiap hari.

2. Michelia alba (cempaka)

Ads

Tanaman HERBA Bukan Hanya Penyeri Laman Rumah, Kaya Dengan Khasiat!

    • Tumbuhan renek ini mempunyai batang berkayu dan boleh mencapai ketinggian lebih daripada 1 meter.
    • Tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari terik namun tetap memerlukan cahaya matahari secara langsung untuk tumbesaran yang sihat dan penghasilan bunga yang banyak.
    • Memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik tinggi dan lembap.

Khasiat:

    • Menghilangkan bau badan : Ambil semangkuk bunga cempaka dan semangkuk daun sirih kemudian direbus bersama 2 liter air. Jadikan air rebusan sebagai mandian.
    • Melegakan radang saluran pernafasan: 15 gram bunga cempaka di rebus bersama 500 ml air sehingga tersisa separuh darinya. Tapiskan dan diminum ketika masih hangat.
    • Membesarkan saluran prostat: 30 gram daun cempaka, 30 gram daun misai kucing dan 30 gram daun senduk direbus bersama 700 ml air sehingga tersisa separuh. Saringkan dan diminum ketika hangat sebelum tidur

3.Acalypha hispida burm. (ekor kucing)

Tanaman HERBA Bukan Hanya Penyeri Laman Rumah, Kaya Dengan Khasiat!
Acalypha Hispida
    • Tumbuhan renek ini boleh mencapai ketinggian 3 meter.
    • Memerlukan cahaya matahari yang terus namun tidak terlalu panas.
    • Pastikan tanahnya sentiasa dalam keadaan lembap namun tidak bertakung untuk pokok yang sihat.
    • Mudah dibiakkan melalui biji benih atau melalui keratan batang.
    • Sesuai ditanam di dalam pasu.

Khasiat:

Ads
    • Vitiligo: Ambil segenggam daun ekor kucing bersama ½ ibu jari kencur. Tumbuk sehingga halus dan di tampal pada bahagian yang dijangkiti vitiligo.
    • Luka berdarah: Sediakan segenggam bunga misai kucing yang telah dicuci bersih. Tumbuk sampai halus dan letakkan pada luka yang berdarah dan dibalut dengan kain bersih.
    • Mengubati radang usus: Ambil 25 gram bunga ekor kucing untuk direbus sehingga mendidih. Saringkan dan diminum ketika hangat.

4.Mussaenda erythrophylla (janda kaya)

Tanaman HERBA Bukan Hanya Penyeri Laman Rumah, Kaya Dengan Khasiat!

    • Memerlukan cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk penghasilan bunga yang optimum.
    • Tidak memerlukan siraman yang banyak cukup sekadar medium tanaman dalam keadaan sedikit lembap.
    • Pastikan tanahnya sentiasa di gembur untuk pengudaraan akar yang sihat.
    • Kerap lakukan pangkasan untuk menggalakkan kudup bunga baru tumbuh.

Khasiat:

Ads
    • Mengurangkan panas badan dan demam: Rebus 10 gram batang pokok janda kaya, 12 gram batang janda kaya yang telah dikeringkan bersama 5 gram terung ungu dan 5 gram daun pudina sehingga mendidih. Disaring dan diminum ketika suam.
    • Radang ginjal (niphitis): Rebus 30 gram batang dan akar pokok janda kaya bersama 25 gram dukung anak (Phyllanthus urinaria), 30 gram hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan 60 gram akar lalang (Imperata cylindrica) ke dalam 600 ml air sehingga mendidih. Saringkan dan diminum hangat air rebusan tersebut setiap malam sebelum tidur.
    • Radang pernafasan (bronkhitis): Sediakan 15 gram batang janda kaya, 75 gram lidah buaya (Aloe vera), 5 gram kulit limau mandarin (Citrus nobilis) 10 gram kencur (Kaempferia gelanga) kemudian direbus bersama 500 ml air hingga tersisa separuh daripadanya. Kemudian disaring dan diminum airnya.
    • Pendarahan pada kandungan (uterine bleeding): Anda memerlukan 15 gram batang pokok janda kaya, 1 biji buah mentega (Diospyros kaki) yang kemudiannya direbus ke dalam tiga cawan air sehingga mendidih. Saring dan diminum ketika masih hangat.
    • Mencegah dan mengatasi kanser payudara: 15-30 gram batang janda kaya yang telah dikeringkan dan 30 gram tapak dara (Chataranthus roseus) direbus ke dalam 600 ml air sehingga tersisa 300 ml. Lalu disaring dan dijadikan air rebusan tersebut sebagai minuman.
    • Radang mata (konjunktivitis): Rebus 30-60 gram akar janda kaya yang telah dikeringkan dan beberapa kuntum bunga kekwa kering sehingga mendidih dan dijadikan sebagai minuman secara rutin sehingga sembuh.

5.Gloriosa superba (kembang songsang)

Tanaman HERBA Bukan Hanya Penyeri Laman Rumah, Kaya Dengan Khasiat!

    • Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 2.5 meter
    • Memerlukan kawasan yang menerima cahaya matahari terus dan sesuai juga pada ruang yang mempunyai sedikit teduhan.
    • Memerlukan pengamatan cahaya sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk tumbesaran yang sihat.
    • Amat memerlukan medium tanaman yang mempunyai kandungan organik yang tinggi dan bersaliran baik.
    • Sediakan struktur khas untuk memberi kemudahan kepada kembang songsang memanjat dan mudah diurus.

Khasiat:

    • Ekzema, kurap dan kegatalan: Ambil umbisi pokok kembang songsang kemudian dicuci bersih. Parutkan umbisi tersebut dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.
    • Melegakan ketegangan sendi: 3 gram umbisi kembang songsang, 10 gram halia merah (Singiber officinale rosc. ) dan 10 gram temulawak (Curcuma xanthorrhiza) dicuci dan direbus bersama 1 liter air sehingga tersisa 250 ml. Saring setelah air rebusan dingin lalu airnya diminum.
    • Radang sendi : Sediakan 3 gram umbisi kembang songsang segar, 30 gram akar hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan 30 gram daun dewa (Gynura segetum). Rebuskan herba-herba tersebut bersama 1 liter air sehingga ia tersisa menjadi 250 ml air. Apabila air rebusan tersebut mula dingin, saringkan dan diminum secara rutin sehingga pulih.

Baguskan tanaman-tanaman herba ini, sesuai sangat ditanam di laman kediaman masing-masing.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI