Bagi pemilik kediaman yang sentiasa inginkan sentuhan hijau dan natural dalam kebanyakan sudut dalam kediaman, pastinya anda tercari-cari idea yang boleh digunakan bagi menyerlahkan sisi pokok dan tanaman yang ingin ditampilkan.
Pencinta tanaman hiasan semestinya tidak asing lagi dengan terrarium. Ia merupakan tanaman hiasan yang direka dan biasanya diletakkan dalam bekas kaca khas bersama tambahan lapisan medium seperti pasir, kerikil, pasir serta tanaman succulent.
Tanaman terrarium kini menjadi trend dalam dunia interior dan landskap. Rupa bentuk yang menarik adalah daya tarikan utama bagi sebuah terrarium. Ada bermacam bentuk kaca yang boleh digunakan untuk memperindahkan reka bentuk terrarium anda.
1) Bebola
Paling banyak digunakan sebagai bekas transparan terrarium ialah bekas berbentuk bebola. Kebiasaannya, terrarium dengan bentuk bebola menjadi pilihan para pemilik kediaman untuk diletakkan di atas meja kerja mahupun bilik tidur.
2) Berbucu
Bentuk berbucu di bahagian atas dan segi lima di bahagian bawah menjadikan terrarium kesayangan anda kelihatan sangat bergaya. Kesan maskulin muncul kerana garis-garis aluminium pada bekas hanging plant yang menghiasi lelangit rumah.
Tambahan pula, rantai bahagian atas, terrarium jenis ini boleh berubah menjadi dekorasi hanging plant yang juga menarik.
3) Segi Lima
Bentuk bekas yang unik pilihan para pencinta tanaman hiasan bentuk segi lima. Dengan bentik segi lima yang terkesan tidak tertatur, namun pada akhirnya terrarium kelihatan simetri serta menarik dari pelbagai sudut. Gabungan warna dusty pink pada sudut lekukan bekas dengan warna hijau tanaman di dalam terrarium.
Ads
JENIS TANAMAN
Bukan sahaja bentuk bekasnya yang unik, pemilihan jenis tanaman yang digunakan juga faktor penting.
Ads
CRYPTANTHUS BIVITTATUS
Jenis tanaman terrarium ini memiliki bentuk seperti bintang. Dedaunnya pula tumbuh menghala ke sisi atau horizontal, kaku dan memiliki warna yang berbagai seperti merah, pink, coklat dan hijau.
ECHEVERIA-PULIDONIS
Jenis tanaman succulent berbentuk kelopak bunga yang sedang merekah ini adalah tanaman pilihan bagi para pencinta terrarium. Tanaman ini seringkali kita lihat di dalam setiap rekaan DIY terrarium.
Ads
CRASSULA OVATE
Tanaman ini juga termasuk dalam jenis tanaman succulent yang popular sebagai tanaman penghias terrarium yang ada di rumah. Bentuk tanaman ini kecil namun memiliki bentuk daun seperti jempol manusia.
Sumber: Amy Mohd
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Umum tahu, kulit telur kaya dengan kalsium. Kalsium antara elemen atau nutrient penting untuk pastikan tumbesaran sihat tanaman. Tapi ramai tak tahu cara betul proses kulit telur untuk dijadikan baja. Sebab itu, kulit telur yang digunakan pada baja menjadi punca untuk mengundang penyakit pada tanaman jika tak di proses dengan betul.
Ibrisam Wossali berkongsi cara beliau proses kulit telur untuk dijadikan sebagai baja untuk tanaman.
Nak beli biji benih sayuran berkualiti, menjadi tapi murah, boleh beli online dekat sini https://invol.co/cl13dtb
Saya ada buat satu posting berkenaan pokok kantan. Nak suruh pokok rajin berbunga kena selalu beri serbuk kulit telur dan baja bunga. Oleh itu ramai yang bertanya macam mana nak buat serbuk kulit telur tu…. Oklah di sini saya kongsikan cara saya memproses kulit telur menjadi serbuk.
Caranya mudah sahaja :
1. Kulit telur sebaiknya dibasuh terlebih dahulu selepas ambil isinya. Kemudian simpan dalam satu bekas kumpul sehingga banyak.
2. Sehari sebelum memprosesnya, jemur kulit telur sampai kering dan garing. (Tak jemur pun tak apa, boleh terus tumbuk jer 🤣🤣🤣)
3. Saya suka guna bekas besar senang nak tumbuk kulit telur dengasn sekali jalan jer…. (sebab saya malas nk buat keje berulang kali 🤣🤣🤣)
4, Agak-agak dah hancur boleh tapis guna penapis sayur. Tujuannya nak dapatkan serbuk yang halus sikit. Kalau malas, tak perlu tapis dah boleh simpan atau terus guna serbuk tu….
5. Jika tapis, ada baki yang tertinggal tu tumbuk lgi. Ulang sampai habis….
Nota:
* Kulit telur yang tidak di basuh selepas di ambil isinya akan menghasilkan serbuk telur berbau hanyir sedikit dan busuk.
* Kulit telur yang di jemur terlebih dahulu akan lebih senang hancur di tumbuk/blender berbanding yang tak di jemur.
*Serbuk kulit telur yang paling halus/menjadi serbuk lebih cepat kalsiumnya di serap oleh akar pokok.
*Serbuk telur ini amat sesuai untuk semua pokok bunga dan pokok sayur. Tak ada sukatan/masa yang khusus penggunaannya.
* Kulit telur yang tak di hancurkan sekadar di pecah2kan pun boleh terus di letakkan kat pokok. Tapi mengambil masa sedikit utk hancur dan serap ke dlm tanah.
*Selain sbg baja, kulit telur ni juga dpt mengawal kehadiran siput2 perosak tanaman sayur dan pokok bunga…
Ini 10 Jenis Pokok Mudah Hidup Yang Sesuai Ditanam Sebagai Pagaran
SPESIES SESUAI MUDAH TANAM
Anda boleh memilih untuk menanam tanaman pagaran yang rendah atau yang tinggi bergantung kepada keperluan peribadi anda. Namun secara prinsipnya, tidak semua perkarangan kediaman kita perlu ditonton oleh jiran kerana ada kalanya kita dan mereka memerlukan sedikit privasi.
Terdapat pelbagai spesies pokok renek berbunga pelbagai ketinggian yang menarik sesuai untuk dijadikan pokok pagaran. Namun, pemilihan warna, saiz dan bentuk bunga pokok renek adalah subjektif dan peribadi. Terpulang kepada cita rasa dan keinginan masing-masing. Berikut disenaraikan 10 spesies pokok renek berbunga yang sesuai dijadikan pokok pagaran.
Bougainvillea (Bunga Kertas)
Pokok bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Bunganya nipis kelihatan seperti kertas cukup mempesonakan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu. Ia boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi.
Bunga kertas sering kali digunakan sebagai pokok pagaran. Struktur daunnya yang lebat dapat membentuk hadangan pandangan dari luar laman. Batang pokok bunga ini agak keras, berduri dan bercabang-cabang. Bukan sahaja kerana warna dan rupa bentuknya yang sungguh asyik mata memandang tetapi sifatnya cukup senang dijaga membuatkan bunga kertas begitu popular di segenap kawasan dari kota metropolis sehinggalah ke pedalaman desa.
Bunga kertas mudah untuk dibiakkan iaitu melalui keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik ataupun pasu. Ia memerlukan cahaya matahari penuh. Elakkan persekitaran yang lembap. Pengudaraan persekitaran yang tidak baik akan menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria.
Ixora (Siantan)
Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti.
Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, amat sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.
Tumbuhan ini biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.
Hibiscus rosa sinensis (Bunga raya)
Bunga raya, Hibiscus rosa sinensis merupakan bunga kebangsaan kita. Justeru, menanam ratu tumbuhan tropika ini di halaman kediaman kita akan menyerlahkan sifat kebanggaan serta kecintaan kepada negara.
Bunga raya adalah sejenis spesies pokok renek berbunga sama ada merah, merah jambu, putih, kuning atau jingga, berbentuk rimbun menegak dan mempunyai tekstur sederhana kasar. Kebiasaannya, ketinggian pokok bunga raya ialah antara dua hingga tiga meter. Berikutan kecantikan dan keunikan bunganya, dikategorikan sebagai tumbuhan renek tahan lasak dan malar hijau, ia kerap dijadikan pokok pagaran yang popular.
Jasminum sambac (Melur)
Bunga Melur juga dikenali Bunga Melati atau nama saintifiknya Jasminum sambac terdiri dari pelbagai variasi. Spesies yang paling biasa ditemui adalah tiga jenis utama iaitu duke of tuscany,maid of orleane dan star jasmine.
Melur termasuk tanaman perdu yang batangnya berkayu. Warna bunganya putih dan berbentuk bintang dan berbau wangi. Spesies dengan ketinggian 1.5 meter ini mempunyai daun-daun kecil yang banyak dengan rimbunan bunga mengikut susunan kelopak-kelopak kecil. Kerana keharuman bunganya dan mekar sepanjang tahun, spesies ini mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia menjadi elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan.
Tanah yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang yang matang atau kaedah tut. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya. Ia juga memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk tumbesaran dan berbunga.
Gardenia augusta (Bunga Cina/Melur Cina)Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.
Spesies ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 hingga 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkan pertumbuhan akar.
Michelia pumila (Cempaka telur)
Cempaka telur atau nama saintifiknya Michelia Pumila. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya pada waktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga.
Melastoma malabathricum (Senduduk)
Pokok senduduk atau nama saintifiknya Melastoma malabathricum merupakan pokok renek yang biasa dijumpai di dalam belukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 meter. Namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 meter. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang, daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai lima kelopak dengan stamen berwarna kuning di tengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih.
Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa Greek. Buahnya menjadi makanan kegemaran burung. Selain ditanam untuk tujuan perubatan ia juga boleh menjadi tanaman pagaran yang baik.
Gardenia jasminoides (Kembang cina)
Gardenia jasminoides atau pokok bunga kembang cina merupakan spesies renek berkayu yang mempunyai ketinggian 2 meter. Daunnya berwarna hijau, berbentuk bulat, ringkas dan terletak dalam susunan berhadapan. Bunganya pula berwarna putih dan berbau wangi. Manakala buahnya berwarna oren dan berbentuk oval dengan ukuran panjang 1.5 inci. Kerana keharuman, bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi.
Tabernaemontana coronaria (Susun Kelapa)
Tabernaemonta coronaria atau pokok susun kelapa merupakan tumbuhan herba renek dengan ketinggian di antara 1 hingga 1.5 meter. Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bunga berwarna putih dan berbau harum dengan kelopak bersusun dan agak besar. Daunnya akan mengeluarkan sedikit getah putih jika dipatahkan. Spesies ini boleh dibiakkan melalui kaedah keratan batang atau biji benih.
Mussaenda erytrophylla (Pokok Janda kaya)
Pokok janda kaya atau nama botaninya Mussaenda erytrophylla merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai kanopi daun yang merimbun dan lebat. Kebiasaannya pokok ini mempunyai dua jenis variasi bunga berbentuk seperti bintang iaitu bunga yang berwarna merah dan yang berwarna putih.
Spesies yang dikatakan berasal dari Filipina dan Ghana ini boleh tumbuh di antara 1.5 hingga 2 meter tinggi dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau tut. Ia sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh dan bersaliran baik.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.