Labu merupakan antara tanaman yang sesuai ditanam ketika musim panas. Ini kerana, tanaman labu memerlukan suhu antara 25-35 darjah untuk merangsang penghasilan bunga dan mempercepatkan tempoh matang labu yang ingin dituai.

Tetapi rupanya, masih ramai yang tidak tahu bahawa buah labu tidak akan terbentuk tanpa pendebungaan. Jadi anda perlu lakukan sendiri pendebungaan secara manual jika tiada serangga pendebunga yang hadir. Pendebungaan perlu dilakukan ketika bunga betina dan bunga jantan sedang mekar.

Jadi bagaimana untuk mengenalpasti bunga betina dan bunga jantan yang sedang mekar? Mari kita semak perkongsian dari Tuan Ashraf Shuib ini.

Kalau biar saja bunga labu tu jadi buah, besar kemungkinan buah tu tak jadi. Jadi, saya kahwinkan bunga labu tu. Kena kahwin waktu pagi, dalam jam 8 pagi hingga 10 pagi. Masa ni bunga baru kembang.

Boleh tengok step yang saya buat untuk kahwinkan bunga labu pada setiap gambar.

Ini bunga labu betina. Nampak tak bahagian bawah kelopak bunga tu, macam bentuk bulat. Bahagian tu dipanggil ovul.

IKLAN

Ni pula bunga jantan. Bawah kelopak bunga tu takda bulat. Berbeza dengan bunga betina.

Cara nak kahwinkan bunga labu ni, kena petik bunga jantan.

Buang kelopak bunga jantan, nanti dapat bahagian tengah.

Sapu debunga bunga jantan pada bahagian tengah bunga betina.

Ni rupa bahagian dalam bunga betina. Belum sapu dengan debunga jantan lagi.

Ni bahagian dalam bunga jantan yang dah sapu debunga kat bunga betina.

Ni bahagian dalam bunga betina yang dah disapu dengan debunga jantan.

Tunggu beberapa hari. Kalau bunga betina tak kuning, maksudnya perkahwinan bunga labu tu menjadi.

Masa pokok sedang membesar, pokok akan keluarkan bunga jantan dulu, kena tunggu sampai bunga betina keluar, baru boleh kahwinkan bunga tu.

Pokok labu ni, semai biji labu, ambil dari buah labu yang beli di pasar.

Semoga bermanfaat.