Pernah tak anda rasa perbuatan atau perkara yang anda selalu lakukan di rumah sebenarnya merosak dan menyerabutkan lagi keadaan rumah? Seperti contoh, anda mengantung terlalu banyak cermin di dalam rumah. Bila terlalu banyak cermin di dalam rumah, ia perlu sentiasa dibersihkan supaya sentiasa nampak cantik dan bersih. Bukan kah itu akan membazirkan masa kerana anda perlu peruntukkan satu tempoh masa yang lama untuk mebersihkannya?
Selain itu, terdapat banyak lagi perkara yang dilakukan tanpa sengaja atau anda sendiri tidak perasan yang menyebabkan kediaman anda kelihatan serabut dan tidak kemas. Di sini Impiana senaraikan 13 perkara dan lepas membaca artikel ini, periksa kediaman anda. Jika ada, lakukan perubahan segera.
1. Katil sofa
Perabot ini memang diakui banyak kegunaannya dan ianya bersifat dua dalam satu, katil digabungkan dengan sofa. Tetapi perasan tak, kalau kita sudah ada bilik tidur yang maha selesa, kenapa perlu kita bazirkan membeli katil sofa yang jauh lebih mahal daripada produk sofa yang lain. Mungkin jika rumah anda terbuka untuk ‘couchsurfing’
idea ini boleh diteruskan, kalau tidak, baik tukar sahaja katil sofa anda dengan sofa baru seperti L-shape sofa. Kan lagi molek begitu.2) Terlalu banyak plastik
Selalunya kita pasti akan menyimpan beg plastik yang diterima sewaktu membeli barangan runcit. Tanpa kita sedari, kita sudah menggunakan terlalu banyak ruang untuk menguruskan beg plastik dengan alasan “mana tau, nanti boleh pakai”. Tanggapan ini salah sebenarnya. Daripada anda biarkan kabinet anda tersumbat dengan terlalu banyak plastik, apa kata anda ambil sedikit masa untuk melipat plastik ini menjadi saiz kecil dan simpankannya di dalam bekas khas. Jimat ruang, hati senang.
3) Lupa kotak yang mana satu
Terlalu banyak kotak juga amat memeritkan keadaan. Ini ditambah pula apabila anda lupa atau tidak ingat apakah isi kandungan kotak tersebut. Pembaziran masa itu pasti kerana anda tidak tahu secara spesifik di mana letaknya barangan yang ingin anda cari kerana terlupa. Anda boleh selesaikan isu ini dengan melabel kotak mengikut kadungan di dalam nya.
4) Cangkuk baju yang tidak terkira
Tahukah anda, terlalu banyak menggantung pakaian boleh mencacatkan pemandangan. Di pasaran terdapat banyak jualan cangkuk pakaian yang jika kita tidak kawal pembeliannya akan mengakibatkan anda berterusan menggantung pakaian. Keadaan ini membuatkan pemandangan dai dalam kediaman anda kelihatan semak.
5) Kasut bersepah di pintu masuk
Walaupun anda meletakkan kasut hanya di satu tempat sahaja iaitu di hadapan pintu masuk, pasti nanti anda akan rasa semak melihat segunung kasut yang berkumpul di hadapan pintu. Kalau kasut sahaja tidak mengapa, tidak masuk lagi isu aroma busuk dari kasut. Apakata anda dapatkan almari khas buat sepatu kesayangan anda malahan setiap kali anda membuka kasut, letakkan satu uncang teh dalam kasut agar ianya boleh menyerap segala bau busuk dan kasut anda akan berbau segar pada kesokkan harinya.
6) Terlalu banyak cermin besar di dalam bilik tidur
Jika bilik tidur anda mempunyai ruangan almari baju yang besar sehingga boleh menempatkan tiga sliding door, elakkan untuk memasang cermin sebesar alam pada ketiga-tiga pintu tersebut melainkan anda terlalu rajin untuk mengelapnya dan ditambah pula dengan sinaran matahari yang menyuluh terang ke dalam bilik sehingga habuk jelas kelihatan di cermin.
7) Penyangkut baju dawai
Ya, hanger dawai jauh lebih murah daripada hanger kayu yang tebal. tetapi tahukah anda hanger dawai cepat patah dan hanya boleh menggantung baju yang nipis sahaja. Takkan baju sahaja yang perlu digantung, seluar jeans, baju panas, takkan nak kena lipat. Tidak ada salahnya untuk berbelanja lebih dalam memastikan pakaian anda kemas dengan hanger kayu yang keras dan tahan lama.
Seperti kita semua tahu, tanpa pengudaraan yang baik, karpet merupakan span kepada habuk yang berterbangan di udara. Belum lagi jika kanak-kanak tidak sengaja menumpahkan air berperisa ke atas karpet mahal anda. Nak mencucinya sahaja sudah cukup perit. Minta simpang la.