Petaling Jaya, 31 Mei 2019 – Taobao, platform e-dagang sosial terbesar China oleh Alibaba Group, dan Atap.co, platform rekaan dalaman rumah termuka di Malaysia, hari ini melancarkan Taobao Home Experience Centre di The Square, Jaya One, Petaling Jaya, Selangor. Pusat membeli-belah perabot berkonsepkan ‘New Retail’ ini adalah hasil kerjasama dengan Jiyoujia, saluran kelengkapan rumah dan hiasan dalaman di Taobao, yang memperkenalkan pelbagai produk perabot yang berkualiti tinggi dan bergaya kepada para pelanggan di Malaysia dalam format yang inovatif.
Jiyoujia diasaskan pada tahun 2015, menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang dipilih dengan teliti daripada jutaan barangan di platform Taobao. Ia memberi focus kepada produk yang berkualiti tinggi dan rekaan perabot mengandingkan fungsi dan nilai estetika yang semakin popular dikalangan penguna di Malaysia.
Ads
Mengulas di pelancaran hari ini, Mickey Xiong, Pengarah Taobao dan Tmall World untuk pasaran Asia Tenggara & Hong Kong berkata, "Pelancaran hari ini sekali lagi mengesahkan komitmen kami untuk bekerjasama dengan para perniaga di Malaysia dan memberi khidmat pelanggan yang lebih baik melalui inovasi digital. Kami amat gembira bekerjasama dengan Atap.co untuk membawa Taobao Home Experience Centre ke Malaysia, di mana kami melihat permintaan untuk produk kelengkapan rumah dan perabot yang berkualiti semakin meningkat tahun ke tahun. Kami yakin dengan format ‘New Retail’ ini dan perkhidmatan yang disesuaikan, pusat ini akan memberikan pengalaman membeli-belah yang mudah dan baharu kepara para pelanggan di Malaysia. "
Ads
Ads
Experience Centre ini mempunyai keluasan 4500 kaki persegi dan akan memberi peluang kepara para pembeli di Malaysia untuk melihat, menyentuh dan mencuba produk dari Jiyoujia, terutamanya barangan yang besar, sebelum membuat pembelian dalam talian, atau mencari inspirasi untuk melengkapkan rumah idaman mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Negara Singapura dikhabarkan sedang merancang untuk membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi dinegaranya tidak lama lagi.
Menurut sumber Skyscrapers MY menerusi satu ciapan di laman media sosial Twitter memaklumkan bahawa syarikat gergasi internet dari China iaitu Alibaba akan membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi di Singapura dengan ketinggian hanya 305 meter sahaja.
Ini kerana, maksimum ketinggian bangunan yang mahu dibina harus tidak boleh melebihi dengan ketinggian 290 meter seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara Singapura sebelum ini.
Maka, perancangan pembinaan menara pencakar langit ini harus melalui standard piawaian dan undang-undang yang telah ditetapkan serta kelulusan oleh pihak kerajaan Singapura.
Untuk maklumat anda, menara itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dan akan menempatkan pejabat, kediaman, hotel dan pusat membeli-belah.
Sehingga kini, menara Guoco masih kekal dinobatkan sebagai menara pencakar langgit tertinggi di Singapura dengan ketinggian 283.7 meter selepas ia telah siap dibina sekitar pada tahun 2016.
Sumber: Twitter Skyscrapers MY
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Perlancaran produk terbaru siri Japandi ini yang menggabungkan teknologi dan reka bentuk artistik dan elegan bakal mengukuhkan jenama Toshiba sebagai pengeluar peti sejuk terbaik di Malaysia
Toshiba melancarkan Peti Sejuk Japandi, salah satu produk terbaru di bawah rangkaian Japandi siri yang menekankan rekabentuk artistik dan minimalis. Inisiatif ini mencerminkan langkah perniagaan strategik Toshiba dalam memenuhi trend pasaran Malaysia yang semakin meningkat di samping memenuhi kriteria kehidupan rumah dengan gaya hidup yang lebih moden. Pelancaran Peti Sejuk Japandi ini juga sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu sebagai pengeluar kelengkapan elektronik rumah terbaik di dalam industri ini.
Peti Sejuk Japandi yang baharu dilancarkan ini menampilkan konsep “Kesenian Keharmonian”, yang menggabungkan reka bentuk moden dan teknologi inovatif. Berkonsepkan minimalis dan ketelitian di dalam setiap butiran, gabungan minimalis dan artistik dengan gaya rekabentuk Jepun dan keanggunan Scandinavia ini juga memberikan sentuhan yang harmoni dan praktikal bagi semua jenis ruang dapur. Keunikan Peti Sejuk Japandi yang mengetengahkan rona-rona semulajadi seperti warna putih dan coklat juga terserlah dengan tekstur yang lembut dan pemegang kayu walnut yang tampil unik.
Produk ini juga amat sesuai bagi mereka yang ingin memudahkan rutin harian mereka dalam menyediakan makananan yang segar dan mengekalkan kesihatan yang baik di sebalik kesibukan mengendalikan urusan harian. Peti Sejuk Japandi ini juga sesuai bagi mereka yang ingin meningkatkan gaya hidup di rumah mereka.
Peti Sejuk Japandi ini menekankan reka bentuk SeamlessFit slot-in yang inovatif bagi membantu mengoptimumkan ruang dapur dan memberikan integrasi yang sempurna dalam gaya hidup moden. Di sebalik penampilan luarannya yang anggun, Peti Sejuk Japandi ini juga menggabungkan teknologi inovatif yang boleh mengekalkan makanan pada tahap kesegaran yang optimum.
Kelebihan rangkaian siri Japandi ini juga dilengkapi dengan OriginFresh, yang menawarkan teknologi pengawetan daging dan ikan selain Teknologi -1°C Pro Aging yang boleh memastikan bahan-bahan disimpan pada suhu yang ideal bagi meningkatkan rasa dan tekstur makanan.
Mod Soft-Freeze -3°C juga boleh mengekalkan bahan-bahan makanan dalam keadaan sederhana beku bagi mengekalkan tekstur dan kualiti makanan yang lebih tahan lama. Tambahan pula, fungsi Deep Freeze juga mampu membekukan makanan dengan kadar segera iaitu pada -30°C bagi mengunci kesegaran dan kualiti pemakanan.
Paling menarik, Peti Sejuk Japandi ini juga dilengkapi dengan teknologi HydroFresh yang boleh memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal berkhasiat dan segar, manakala sistem PureAIR mampu menghapuskan 99% bakteria, virus dan etilena, sekaligus menyediakan perlindungan bahan-bahan makanan sehingga 24 jam. Bukan itu sahaja, Peti Sejuk Japandi ini juga dilengkapi dengan 60-Minute Quick Ice Making yang kini terpantas di dalam industri bagi memudahkan rutin harian pengguna yang sibuk.
“Toshiba merupakan jenama yang paling diyakini pengguna di Malaysia. Jenama ini bukan sahaja membantu pengguna meningkatkan kualiti gaya hidup dan kelestarian, malah membantu meringankan beban mereka dalam menangani urusan harian di rumah disebalik kesibukan” kata Steven Yang, Pengarah Urusan Pemasaran dan Perkhidmatan Toshiba. Misi kami adalah untuk memperbaiki kehidupan sambil membina masa depan yang lebih mampan. Lebih satu dekad, Toshiba telah menumpukan kepada penyelidikan dan penyelesaian inovatif pada produk kami yang dipercayai boleh meningkatkan kualiti kehidupan harian pengguna. Kami berharap, legasi ini boleh diteruskan bagi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah dan memperluaskan kehadiran jenama kami di rantau Asia dengan produk yang berkualiti dan praktikal untuk pengguna.”
Perlancaran Peti Sejuk Japandi ini juga menggambarkan evolusi terkini produk elektronik dan membuktikan komitmen berterusan Toshiba terhadap inovasi dan trend pasaran.
Selaras dengan slogan “Details Matter”, Toshiba amat menekankan konsep ketelitian dan kehalusan pada setiap ciptaan produk mereka. Peti Sejuk Japandi bukan sahaja direka secara teliti malah setiap butiran dan fungsinya juga diberi penekanan yang amat tinggi bagi menyempurnakan elemen estetika, moden dan praktikal.
“Peti Sejuk Japandi bukan sekadar mempunyai teknologi yang canggih tetapi juga merupakan satu produk yang berkaryakan seni. Selaras dengan konsep kesederhanaan dan keanggunan, setiap elemen peti sejuk ini direka bagi memberi keselesaan dan keharmonian di setiap rumah. Garisan yang kemas, minimalis dan tekstur yang halus menekankan bahawa setiap elemen di rumah juga boleh bertukar menjadi satu karya seni. Justeru, rekaan ini jelas mencerminkan peralihan ke arah mencipta ruang rumah yang bukan sahaja praktikal tetapi juga menonjol,” kata Lim Bo Qiang, seorang artis seni yang pernah memenangi anugerah berprestij dan juga seorang pereka dalaman terkemuka.
Chef Kuwa dari Jepun yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan bahan segar dan pakar dalam teknik memotong salmon berkata, “Saya tahu betapa pentingnya mengekalkan kesegaran bahan-bahan makanan. Justeru, Peti Sejuk Japandi yang dilengkapi dengan teknologi canggih ini amat sesuai bagi memastikan makanan yang disimpan kekal segar dan berkualiti. Bagi sesiapa yang mementingkan kesegaran dan kualiti pemakanan, peti sejuk ini memang ideal untuk mengekalkan kesegaran dan tekstur makanan,” kata Chef Kuwa.
Peti Sejuk Japandi ini diperkenalkan dalam dua variasi: model 585L Multi-Door GR-RF695WI-PGY (67) berharga RM12,429 dan model 580L Multi-Door GR-RF690WI-PGY (67) berharga RM12,859. Kedua-dua model ini boleh didapati di kedai elektronik dan perkakas rumah terkemuka di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari website Toshiba.
Palet Warna Disney Princess, Pasti Ramai Yang Inginkan. Puteri seperti Cinderella, Belle dan Ariel adalah pahlawan wanita yang dikagumi ketika membesar, tetapi sikap dan watak mereka yang tidak kenal takut bukanlah satu-satunya perkara yang sama – palet warna mereka juga serupa. Sebenarnya, kebanyakan watak kartun puteri yang ikonik memakai warna biru – dikenali sebagai ‘Disney Blue’.
Dari jubah biru berais Queen Elsa hingga gaun biru Cinderella, Disney sangat menyukai penampilan biru khas, dan itu bukan kebetulan. Leatrice Eiseman dari Pantone Color Institute mengatakan bahawa pemberdayaan wanita adalah alasannya: “Anda menambahkan sedikit kekuatan pada watak dengan memberinya warna biru. Ini adalah cara yang sangat halus untuk mengatakan, ‘Ya, tetapi wanita muda, gadis muda, juga dapat diberi kuasa.’ “
Dengan ini, kami menyiasat palet warna dari 12 puteri Disney rasmi dengan lebih terperinci dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada hiasan dalaman rumah anda. Untuk melakukan ini, kami mengenal pasti tiga warna utama yang digunakan bagi setiap watak. Warna cat yang paling sesuai dari julat Pantone untuk setiap watak dinilai untuk membuat palet warna untuk watak kartun yang paling popular untuk membantu mereka yang merindukan dalaman yang diilhamkan oleh Disney.
Warna di dalam bilik tidur anak ini amat penting. Ramai yang tidak tahu dan kurang peka dengan kamar anak-anak. Masyarakat kita sering membiarkan anak-anak tidur bersama ibu bapa. Ini perkara yang tidak sihat untuk perkembangan otak anak-anak.
Pertama, anak-anal perlu di didik untuk tidur bersendirian sejak kecil lagi. Jika anak-anak dibiarkan tidur bersama ibu dan ayah ini membuatkan mereka lambat matang dan perasaan takut yang akan menebal di dalam diri.
Kedua, anak-anak yang sedang membesar mereka juga perlukan ruang untuk persendirian jika masih berkingsi kamar ini akan membuatkan mereka tidak berkembang dan masih terkonkong dengan cara ibu dan ayah sahaja.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.