Waktu siang adalah waktu kita menggunakan tenaga cahaya semulajadi berkadar minimum. Di Malaysia, walaupun kita menikmati cahaya matahari yang banyak, tetapi masih ada lagi segelintir unit kediaman yang tidak mendapat bekalan cahaya matahari mencukupi di siang hari disebabkan oleh pelbagai halangan dan kekangan struktur kediaman itu sendiri.

Oleh itu, IMPIANA mempunyai 6 garis panduan untuk anda menarik cahaya semulajadi masuk ke dalam kediaman anda.

  1. Maksimumkan Ketinggian Tingkap

Tahukah anda ukuran tingkap yang standard adalah 7 kaki tinggi. Sebaiknya anda cari lah kediaman yang dibina dengan bukaan tingkap yang lebar dan tinggi kerana ia akan mendorong kemasukan cahaya matahari secara maksimum ke dalam kediaman anda. Cahaya matahari yang banyak ini akan membuatkan kediaman anda mempunyai sirkulasi udara yang baik dan pencahayaan yang cukup untuk aktiviti pada siang hari. Jadi dapatlah anda menjimatkan bil eletrik kerana tidak perlu lagi membuka lampu.

Tarik Cahaya Semulajadi Ke Dalam Rumah Dengan 6 Tip Ini

2. Alihkan segala halangan di tingkap

Jika kediaman anda mempunyai terlalu banyak langsir yang panjang serta tebal. Adalah molek jika ianya ditukar ganti dengan langsir yang berwarna lembut atau pun jenis nipis (sheer). Elakkan  langsir yang terlalu tebal dan berona gelap.

Ads

Tarik Cahaya Semulajadi Ke Dalam Rumah Dengan 6 Tip Ini

3. Lebihkan masa di luar rumah

Jika anda selalu menghabiskan masa yang terluang hanya dalam rumah, apa kata anda cuba pula menjengah bahagian luar rumah seperti di patio rumah jika anda tinggal di rumah teres atau balkoni serta tempat duduk tingkap. INGAT, kulit anda juga perlukan cahaya semulajadi yang mencukupi untuk terus kekal sihat.

Tarik Cahaya Semulajadi Ke Dalam Rumah Dengan 6 Tip Ini

Ads

4. Penggunaan cermin besar

Apabila anda ingin menerangi kawasan dalam rumah, ianya pasti merupakan satu usaha untuk menambah serta memaksimumkan kemasukan cahaya ke dalam rumah anda. Kalaulah kita boleh bawa cahaya sinar mentari ke dalam rumah dan tambah lagi kadar keterangannya, kan bagus? Trick nya adalah gunakan cermin di dalam dekorasi rumah anda. Aturkan secara strategik lokasi untuk meletakkan cermin kerana apabila cahaya masuk ke dalam rumah, ia akan memantulkannya sekaligus menerangi setiap sudut kediaman anda.

Tarik Cahaya Semulajadi Ke Dalam Rumah Dengan 6 Tip Ini

5. Naik taraf perabot anda

Ads

Perabot yang berat serta terlalu besar langsung tidak membantu anda dalam usaha menerangi kediaman serta membuatkan rumah anda mempunyai aliran udara yang bagus. Buanglah perabot yang terlalu banyak sehingga menghalang cahaya dan udara untuk menerangi kediaman anda.. Paling penting jangan biarkan perabot besar dan tinggi diletakkan  di kawasan tingkap kerana ia akan menghalang cahaya dari menerobos masuk.

Tarik Cahaya Semulajadi Ke Dalam Rumah Dengan 6 Tip Ini

6. Hiasan bunga

Tahukah anda, bunga juga memainkan peranan penting dalam usaha membantu kediaman anda tampil nyaman, selesa dan mempunyai udara yang bersih. Ya, anda boleh letakkan pokok bunga kecil seperti bunga orkid di atas meja makan atau pokok bonzai di sudut rumah. Selain daripada menyuntik kesegaran dalam kediaman, anda juga boleh sejukkan rumah anda dengannya.

Tarik Cahaya Semulajadi Ke Dalam Rumah Dengan 6 Tip Ini

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI