+INFO HOTEL
Lokasinya yang terletak di Ayer Keroh, MITC Hotel menawarkan 189 bilik yang terletak di sebuah bangunan 9 tingkat. Rangkaian bilik boleh anda pilih dari single room, twin room, queen room, king room hinggalah family room. Untuk menikmati makanan yang menyihatkan, anda boleh ke restoran Bemban yang terletak di tingkat satu. Untuk menikmati kopi pula anda boleh ke Asahan Coffee Bar yang terletak di luar hotel.
Pengalaman bermalam di Hotel MITC dengan dekorasi moden begitu mendamaikan. Minda terasa kosong, tubuh pula segar membuatkan tidur lena sampai ke pagi. Hotel MITC menjanjikan pengalaman rehat dan santai yang tidak akan dilupakan.
Hotel MITC merupakan sebahagian daripada PKNM Thru MCorp Hotel Sdn Bhd yang terletak di pinggir ibu kota Melaka ini sememangnya menjadi lokasi tepat untuk anda merehatkan tubuh serta minda pada hujung minggu. Juga menjadi pilihan bagi anda yang berkunjung ke ibu kota untuk bercuti atau demi tugasan di bandar bersejarah ini.
Berada di bawah urusan, RiverOaks Resorts Sdn Bhd menawarkan pakej dan perkhidmatan lengkap untuk anda nikmati. Berehat di dalam hotel ini suasana menarik olahan dekorasi campuran moden dan minimalis, meredakan tekanan dan merehatakn minda kolam renang serta menikmati hidangan yang pelbagai di restoran dan kafe. Pendek kata, di sini anda dapat menikmati pengalaman yang menenangkan secara menyeluruh berdasarkan tiga prinsip ‘Cozy, Comfy & Convenience’.
Hotel yang terletak dipinggir bandaraya Melaka ini hanya mengambil masa 20 minit dari bandar Melaka. Lokasi hotel ini hampir dengan beberapa pusat rekreasi pelancongan di Ayer Keroh seperti Zoo Melaka, Taman Rama-rama, Taman Buaya, Taman Burung dan Muzium Orang Asli. Ia juga terletak berhampiran dengan beberapa Kelab Golf bertaraf Antarabangsa di Melaka.
KOMBINASI DEKORASI
Melangkah masuk ke ruang lobi, anda akan disambut dengan bauan bunga yang menyegarkan, membuatkan anda terlupa seketika tujuan asal berkunjung ke sini. Di samping terasa luas dek cahaya luar yang memasuki ruang dalam menerusi kaca telus pandang, dekorasi ruang ini ditata ringkas dengan kombinasi konsep yang sempurna.
Ruang lounge di sebelah kiri lobi mendapat sentuhan klasik dengan gabungan kerusi rekaan antik yang terletak dibawah tangga seperti istana. Ruang disegarkan lagi dengan pokok-pokok hidup membuatkan suasana begitu selesa dan nyaman.
Ads
Pada ruang yang berlantaikan karpet ini juga menempatkan kaunter urusan yang dibina sleek, menyerlahkan lagi imej moden. Begitu juga dengan permukaan dinding lobi yang diperincikan dengan tema moden.
Siapa menyangka hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan kepelbagaian kemudahan untuk anda nikmati. Melangkah ke ruang bilik tidur, anda akan terasa begitu selesa dan cosy sekali. Tata hias dan dekorasi yang ditampilkan sesuai untuk anda merehatkan tubuh selepas penat dan tertekan dengan kerja. Sebab itulah bilik-bilik yang ada direka unik untuk anda berehat dan merasai sendiri ketenangannya. Setiap bilik yang terletak di setiap tingkat ini juga ditata dengan tema warna-warni bumi bagi membangkitkan lagi keselesaan. Anda tidak perlu risau untuk mengunjungi hotel ini kerana MITC mempunyai 189 bilik untuk didiami.
Dengan lantai berkarpet dan dinding yang ditampal wallpapers motif geometrik tampak begitu sepadan, diperincikan pula dengan penggunaan perabot rekaan ringkas dan bersaiz kecil mengikut keluasan bilik. Bilik yang masih menyerapkan dekorasi moden ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan peralatan elektronik, toiletries serta kemasan fabrik seperti cadar dan sarung bantal yang amat lembut seperti berada di dalam bilik tidur sendiri di rumah.
TENANG MENDAMAIKAN
Selain menikmati ketenangan dibilik tidur dan sekitar hotel ini, anda juga boleh meluangkan masa di kafe Asahan yang terletak di tingkat bawah. Kafe yang istimewa dengan pelbagai jenis kopi ini juga menyediakan hidangan yang menyelerakan serta suasana yang menenangkan. Pada waktu malam, anda boleh menikmati hidangan sambil dihiburkan oleh artis-artis jemputan. Jika anda ingin menjamu selera dengan suasana restoren mewah anda boleh ke restoran Bemban yang terletak di tingkat satu.
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bali! tat kala ia diperkatakan, sudah pasti terbayang di minda panorama vila dan resort mewah berlatarkan suasana indah yang kerap menjadi pilihan, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk berbulan madu. Namun bagi mereka yang tidak berkesempatan dek kekangan masa dan kewangan, hanya jamuan gambar dan rencana menjadi tatapan.
Namun kini impian untuk menikmati keindahan seni bina bali hanya sejengkal cuma apabila telah terbinanya sebuah hotel yang menempatkan 12 buah bilik berkonsepkan Bali, di tengah bandar Ipoh menjadi pilihan. Telah beroperasi hampir setahun, Ipoh Bali Hotel kini menjadi buah mulut ramai kerana gaya dekorasi yang ditampilkan hotel ini amat berbeza sebagaimana yang terdapat di Malaysia.
Pada asalnya, ia merupakan sebuah unit banglo lama dengan keluasan lebih kurang suku ekar telah di ubah sepenuhnya. Pemilik yang lebih mesra dikenali dengan nama Steven menerangkan kepada penulis “Atmosfera Bali di undang sebagai konsep utama kepada keseluruhan dekorasi kerana saya ingin memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk merasai sendiri gaya Bali di tengah bandar Ipoh,” kata pemilik.
Keseluruhan gaya dekorasi diilhamkan oleh Steven sendiri berdasarkan aspirasi hotel-hotel yang terdapat di kepulauan Bali. Selain pengaruh gaya Bali yang dibawa, pemilik juga merupakan seorang yang mempunyai jiwa yang sensitif terhadap nilai arkitektural lama. Memperlihatkan nilai-nilai seni bina lama yang tidak dihargai, membuatkan jiwa pemilik begitu terkesan. Maka, lahirlah gaya ilham Bali dengan menggunakan kayu-kayu terpakai.
Hampir 70% kayu yang digunakan untuk membina hotel ini terdiri daripada kayu guna semula. Antara yang digunakan untuk membina hotel ini ialah kayu jeti lama, rumah-rumah lama yang telah dirobohkan dan sebagainya. Kayu-kayu tersebut dirawat terlebih dahulu untuk memastikan ia padu dan kukuh. Setelah dirawat, kayu-kayu tersebut diberi kemasan untuk menyerlahkan lagi teksturnya.
“Sebolehnya kami cuba mengurangkan pemotongan kayu, kerana kayu yang dimiliki terutamanya kayu dari jeti lama amat sukar untuk dipotong kerana ia amat padu. Oleh sebab itu, jika diperhatikan secara perinci, setiap kayu hadir dalam saiz dan ukuran yang berbeza,” jelas Steven. Melihat apa yang diperkatakan, jelas kelihatan setiap satu kayu lama yang digunakan untuk membina hotel ini mempunyai karakternya yang berbeza dan tersendiri.
Ruang yang amat terhad mendesak pemilik merancang dengan teliti setiap peletakan ruang dan bilik untuk memastikan tetamu yang menginap di sini dapat menikmati keindahan hotel ini secara optimum. Dari ruang hadapan, sajian kehijauan dengan alunan desiran air sungai mini buatan merentasi unit hotel ini menyambut kehadiran tetamu.
Memberi kelebihan kepada hotel ini, Ipoh diperkaya dengan hasil batuan semula jadinya. Hal ini tidak menyukakan pemilik untuk mendapatkan sumber batuan granit dan lebihan kuari untuk dijadikan sebagai cladding pada keseluruhan dinding dan membentuk terusan sungai di bahagian hadapan. Rona hitam dipilih untuk menyerlahkan lagi perincian keseluruhan dekorasi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Langsir dan tirai adalah kemasan jendela yang paling umum kita lihat digunakan dalam rumah-rumah di Malaysia. Kebanyakan pengguna juga lebih suka langsir berbanding tirai kerana dengan langsir, lebih banyak gaya serta tekstur yang dapat diterapkan mengikut konsep rumah. Langsir adalah gantungan fabrik bertujuan menyekat atau menghalang cahaya dari masuk ke dalam rumah di samping berfungsi sebagai bidai privasi buat individu di dalam daripada terlihat oleh orang luar. Langsir yang sempurna dapat melengkapkan penampilan keseluruhan kediaman dan dapat membantu mengawal suasana dan aliran cahaya semula jadi ke dalam ruang.
Bermula pada tahun 2005 dengan nama CK Textiles, kini dikenali sebagai MK Curtains dimana huruf M dan K mewakili huruf pertama daripada nama keluarga pemilik iaitu Dato’ Calvin Khiu dan isterinya Datin Moon. Bersama, mereka menerajui MK Curtains menuju kegemilangan apabila jenama ini berjaya menembusi pasaran tempatan dengan menawarkan servis yang menyeluruh.
Dengan lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia, MK Curtain kini merupakan jenama nombor satu langsir dengan one-stop-centre untuk pelanggan mendapatkan dan menempah langsir dari pelbagai jenis fabrik dengan design yang menarik. Disini juga pelanggan berpeluang mendapatkan khidmat rundingan dari pakar langsir yang ada. Bukan itu saja, mereka juga menawarkan khidmat mengukur langsir secara percuma untuk semua pelanggan. Pihak MK Curtain akan menghantar wakil ke rumah anda untuk mengambil ukuran bagi menjamin langsir yang sempurna. MK komited menghasilkan langsir berkualiti yang menepati citarasa pelanggan dari pelbagai latar belakang, membuatkannya dikenali ramai.
Selain langsir, MK juga mempunyai himpunan koleksi fabrik upholstry, wallpaper, perabot dan aksesori deko yang lain. MK yakin dengan kualiti dan perkhidmatan yang menyeluruh, jenama ini dapat melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa pula.
+ INFO KEDAI
Premis : MK Curtain HQ
Lokasi : 449, Jalan Nilai 3/10, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Produk : Langsir serta aksesori, Wallpaper dan Perabot
Waktu Operasi : Buka setiap hari, 10 pagi – 8 malam
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Istana Syarqiyyah yang tersergam indah dibumi Terengganu ini telah mula dibina sejak tahun 2006 lagi. Syarqiyyah yang membawa maksud ‘Permata Timur’ telah pun siap dibina sepenuhnya pada tahun 2014 oleh arkitek Bill Bensley. Beliau pernah disenaraikan sebagai salah seorang arkitek dan pereka top oleh majalah Architectural Digest.
Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Shafii Mohamad, fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalaman dan sebagainya.
Istana yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu ini merupakan istana utama baginda Sultan jadi tidak hairanlah jika segala majlis rasmi akan diadakan di istana berkenaan. Di dalam kawasan istana ini jugak terletak kediaman utama buat baginda Sultan bersama keluarganya. Selain mempunyai 100 buah bilik yang mempunyai rekabentuk yang berlainan setiap satunya, istana ini juga mempunyai sebuah banquet hall yang boleh menampung sehingga 1800 orang tetamu. Dan yang menariknya, dewan tersebut dibina tanpa kolum. Hebatnya!
Senibinanya jelas menggabungkan elemen tradisional Terengganu dan senibina islamik Alhambra di Sepanyol. Jubin seramik Morocco, warna biru kobalt dan pelbagai perhiasan antik diperbuat daripada gangsa telah diselia dengan teliti dan penuh berhati hati agar dapat merealisasikan impian Sultan Mizan Zainal Abidin dengan sempurna.
Banyak lagi gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan. Selamat menjamu mata!
Artikel ini diilhamkan daripada lawatan jurugambar Von Wong ke Istana Syarqiyyah di Terengganu pada tahun 2015. Bacaan lanjut di medium.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.