Menjelang musim perayaan ini, sudah tentu banyak persiapan yang perlu diselesaikan sebelum terlambat. Dalam sibuk membeli baju raya, memilih langsir, membuat kuih serta menganyam ketupat, jangan dilupa pada lantai kediaman anda. Mungkin bagi anda lantai bukanlah termasuk salah satu aspek penting yang memerlukan perhatian menjelang hari raya kerana setiap hari pun lantai perlu disapu dan ditambah pula mop seminggu sekali. Jadi, untuk hari yang istemewa ini, apa yang boleh dilakukan? Tak mungkin anda nak tukar lantai setiap kali raya tiba kan? Jadi apa kata kita kilatkan semula lantai, lebih lebih lagi lantai marble yang dah nampak kusam dan tidak bersinar.
Bagi mengembalikan seri lantai marmar di kediaman anda, ambil setengah baldi air yang dicampurkan dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersihkan permukaan lantai seluruh rumah dan jika anda mahukan hasil yang lebih memuaskan, lakukan proses pembersihan ini tiga kali seminggu. Petua ini juga boleh anda cuba pad aeprmukaan lantai jubin lain. Selamat Mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tingkatkan Kualiti Udara Dalam Kediaman Dengan 6 Tanaman “Indoor” Ini
Tumbuhan indoor merupakan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan seperti di rumah ataupun pejabat. Ia memerlukan kelembapan, pencahayaan dan suhu yang sesuai agar dapat tumbuh dengan segar dan berseri. Tumbuhan di dalam dapat memberikan kenyamanan dan dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih lena. Disini, IMPIANA bawakan anda 5 tumbuhan indoor yang mudah untuk dijaga agar anda dapat sama-sama mendapat manfaat darinya.
Rubber Plant
Selain dapat memberikan impak dramatik di dalam bilik, rubber plant atau nama saintifiknya Ficus Elastica juga boleh membuang toksin di udara dan melawan penyakit dari parasit yang biasanya terdapat di kawasa tropika. Kajian telah membuktikan keupayaan tumbuhan ini untuk menghapuskan formaldehyde dari udara, yang terdapat dalam alatan pembersihan dan perabot. Anda hanya perlu mengelap daun dengan tisu atau kain lembap dengan kerap bagi mengekalkan pembukaan liang tumbuhan untuk mejamin pembersihan udara yang optimum.
Boston Fern
Lihatlah tumbuhan hijau yang subur yang menyegarkan ini! Ferns merupakan tumbuhan yang berkesan menghapuskan bahan toksik pencemaran bawaan udara – termasuk formaldehyde, xylene dan toluene – yang boleh menyebabkan sakit kepala, masalah pernafasan, dan pertumbuhan sel-sel kanser. Boston Fern juga dapat menaikkan paras kelembapan di dalam kediaman ketika cuaca panas.
Areca Palm
Satu kajian NASA pada tahun 1989 telah mengisytiharkan tumbuhan ini sebagai salah satu alat semulajadi yang paling berkesan membersihkan udara, terutamanya keupayaannya menghapus formaldehyde daripada udara di dalam kawasan tertutup seperti bilik tidur dan pejabat anda.
Peace Lily
Tumbuhan ini bukan sahaja cantik malah ia mempunyai ‘kuasa’ untuk menapis udara kotor. Kajian menunjukkan bahawa Peace Lily berupaya untuk menapis pelbagai toksin merbahaya seperti formaldehyde, xylene, toluene dan ammonia daripada udara dalaman. Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala, masalah pernafasan, dan peningkatan risiko kanser. The Peace Lily juga boleh menghapuskan fungus bawaan udara yang memburukkan lagi alahan dan gejala asma buat mereka yang sensitif. Anda digalakkan untuk meletakkan beberapa tumbuhan ini di setiap sudut kediaman untuk mengurangkan pertumbuhan kulat.
Snake Plant
Tumbuhan ini mat popular dikalangan penggemar tumbuhan hiasan dalaman. Bukan saha mudah untuk dijaga, malah Snake Plant boleh mengeluarkan pelbagai bahan pencemaran dari udara. Dan anda juga boleh rebus daun nya untuk menjalankan aktiviti perubatan holistik bagi merawat bahagian luaran seperti kulit sahaja. Jangan pula anda minum atau makan ya!
The Philodendron
Philodendrons amat mudah untuk tumbuh dan dijaga. Tumbuhan ini membersihkan udara daripada toksin merbahaya seperti formaldehyde dan xylene, yang biasa dijumpai di dalam gam dan leather.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rebus Cuka Dan Baking Soda Untuk Tanggalkan Kerak Hangus Dalam Periuk
Periuk yang ada kesan hangus, memang memerlukan tenaga untuk menyental supaya kesan hangus tu bersih. Tahukah anda, menyental akan menyebabkan lapisan perlindungan yang menyebabkan periuk anda kelihatan berkilat dan tidak mudah melekat akan terhakis? Hal ini akan bertambah rumit untuk perkakas memasak jenis Non-Stick. Kalau laipsan nonstick ni tercalar, boleh menyababkan pencemaran pada makanan pula.
Susun Atur Sioca berkongsi cara membersihkan kerak hangus dalam periuk paling mudah dan tak perlu menyental di dalam page Facebook miliknya.
Kalau ada periuk atau kuali yang hangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu.
1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.
2. Masukkan 1/2 cawan baking soda.
3. Masukkan 1/2 cawan cuka.
4. Biarkan mendidih 10 minit.
5. Tutup api dan biarkan terus terendam.
6. Dah sejuk, bilas dengan air paip.
7. Periuk akan kembali bersih.
Ni tips yang kami guna masa merendang hari tu. Bila panas-panaskan dah terlupa. Jadi, gunakan kaedah ni nak bersihkan balik kerak tu. Memang menjadi!
Ps – Gambar dari Instagram Preston & Co sebab gambar sendiri takdok.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rupanya, Ada 10 Lagi Kegunaan “Mouthwash” Yang Kita Tak Tahu
Alkisah, Anak saya kena serangga. Ubat habis. Google petua guna listerine ni. Bila try mujarab trus nak try pada yg lain. Try jugak rendam kaki dgn campuran air suam dan listerine, betul la.. lega kaki. Sengal2 pun hilang. Lepas tu apa lagi try juga pada yg lain.
Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.
Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.
1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.
2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.
3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.
4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.
6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.
7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.
8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.
9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.
* Kredit : Shairy Hanapiah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI