Shag rug atau karpet yang mempunyai bulu (benang) yang panjang dan gebu adalah antara jenis kemasa lembut pada lantai yang paling banyak memerangkap habuk dan kotoran. Lebih tebal atau panjang lapisan bulunya, lebih banyak kotoran yang diperangkap.
Bila dah banyak kotoran, sudah pasti ia menjadi habitat terbaik untuk bakteria. Bagi melindungi keluarga anda dari sebarang ancaman terutamanya penyakit, ia perlu du bersihkan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu
Menggunakan penyapu atau berus buķanlah teknik terbaik membersihkan shag rug. Malah ia menyebabkan tekstur shag rug rosak. Nak tahucara betul membersihkan sendiri shag rug, boleh tonton video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Langkah Mudah Nak Hias Ruang
PINTU
Pandangan pertama terhadap pintu menafsirkan cita rasa penghuni di dalamnya. Maka, pastikan reka bentuknya menampakkan anda seorang yang peramah dan sudi menerima kehadiran tetamu. Wujudkan suasana menarik dan inviting di muka pintu supaya anda ada dorongan untuk bersegera pulang ke rumah. Jika mampu, bila laluan memudahkan mereka ke muka pintu daripada membiarkan tetamu berjalan berhimpit-himpit di sisi kereta.
Susun pasu berisi pokok bunga berbilang warna dan haruman di sepanjang jalan ke muka pintu, supaya anda berasa dihargai setiap kali pulang ke rumah. Tulis alamat rumah dalam tulisan paling menarik, kemudian paparkan di tepi pintu pagar.
RUANG TAMU
Ruang tamu, ibu kepada semua ruang. Pastikan ruang tamu bersifat mesra kerana bukan anda sekeluarga berada di situ tetapi juga tetamu. Dahulukan kemasan dinding dan lantai sebelum anda membeli perabot. Pastikan perabot yang dibeli berpadanan dengan keluasan dan tema ruang. Bagi rumah berkeluasan terhad, anda tidak perlu membeli kerusi tamu dalam bilangan lengkap. Jangan sesekali menempatkan perabot kecil bersebelahan perabot besar bagi mengelakkan ketidakseimbangan penataan. Perabot utama di ruang tamu adalah tempat duduk, tidak kira sama ada kerusi, sofa atau hamparan kusyen lantai selain meja kopi, meja sisi, kabinet hiasan dan kabinet televisyen. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan ruang tamu anda bernafas dan keindahan reka bentuk perabot dapat dihayati. Ingatkan diri anda untuk memperagakan perhiasan tambahan di dalam jumlah berpasang-pasangan seperti pasu atau kaki lilin demi kestabilan penataan.
RUANG MAKAN
Tona jingga dan merah lebih sesuai di ruang makan kerana kemampuan mempengaruhi emosi, membangkitkan selera makan dan mempercepatkan kadar metabolisma. Biru dikatakan boleh mematikan selera makan kerana itu, amat sedikit ruang makan berkemasan cat atau dipasang kertas dinding berwarna biru. Jika ingin menyuntik suasana mewah di ruang makan, tukarkan sahaja meja makan kepada kayu bertona gelap seperti rosewood atau mahogany. Kemudian sarungkan kerusi dengan fabrik berwarna biru nilam.
Bagi ruang makan yang keluasannya terhad, tampung kekurangan itu menerusi penggunaan meja makan yang boleh dibesarkan dan dilipat bila tidak diperlukan.
RUANG DAPUR
Ruang dapur lebih sesuai dipasang lampu kalimantang dan bukannya halogen. Pasangkan juga penutup lut cahaya lampu kalimantang supaya senang anda hendak mencucinya nanti. Pastikan mendapat banyak pencahayaan semulajadi di situ, jika tidak, terangi dengan pencahayaan tambahan. Kerusi makan bersarung menyuntik seri di ruang dapur anda. Selain boleh menjamin kerusi tahan lama, sarungnya juga boleh ditukar ganti.
Jika anda terlihat gambar ruang dapur yang menarik minat, cuba fikirkan bagaimana ruang dapur berkenaan dapat disempurnakan di ruang dapur kediaman anda. Buku resipi pun boleh menjadi bahan hiasan sampingan yang berguna di ruang dapur. Susunkan buku itu dengan cara menegak atau baringkan di atas meja kerja. Bawakan suasana luaran ke dalam rumah. Gantunglah sepasu dua tanaman di dala ruang dapur. Tukar suasana ruang dapur dengan menukar warna pintu kabinet atau pemegang pintu.
BILIK TIDUR
Jika cat putih pilihan, anda sebenarnya masih boleh mengolah bilik tidur kepada tema tertentu menerusi perhiasan dalam tona lain. Tona merah, oren, biru dan hijau serasi dipadukan di bilik tidur bertema putih. Sebaik-baiknya padankan dua warna seperti merah dan oren atau biru dengan hijau dalam satu masa. Menggantung lukisan abstrak di kepala katil sememangnya menarik tetapi jangan menggantung di semua dinding. Gayakan langsir sesuai dihias di tingkap bilik tidur. Langsir sebenarnya mempunyai dua kegunaan, pertama menegaskan fungsi jendela dan kedua untuk menghalang kemasukan cahaya matahari.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Mewah BCL, Lengkap Dari Salon Ke Pilates Studio!
Rumah Bunga Citra Lestari (BCL) umpama syurga bagi introvert yang tidak mahu menghabiskan masa di luar.
Bunga Citra Lestari baru-baru ini menunjukkan isi rumah mewahnya kepada Andre Taulany. Menerusi saluran YouTube Taulany TV, nampaknya rumah mewah BCL yang didiaminya bersama Tiko Aryawardhana dan Noah Sinclair mempunyai kemudahan peribadi yang sangat lengkap.
Memasuki kawasan ruang tamu, kemewahan sudah dapat dilihat. Gaya Eropah sangat kuat, dari reka bentuk dalaman hingga pilihan perabot. Malah, BCL mempunyai bilik karaoke, pilates dan DJ.
Jom kita intai kediaman penyanyi bersuara lunak ini.
Ruang Tamu
Selebriti ini memilih ruang tamu gaya elegan dengan penataan warna putih dominan dan meja kelabu, mewujudkan suasana selesa untuk penyanyi ‘Aku dan Dirimu’.
Memetik daripada kandungan YouTube Bazaar Indonesia, ruang tamu mendapat cahaya semula jadi yang maksimum berkat pintu dan tingkap besar dengan pemandangan luar yang menyegarkan.
Di dalam rumah mewah itu terdapat sebuah bilik serba hitam yang kelihatan anggun dan mewah. Malah, terdapat pelbagai lukisan abstrak hasil karya Allahyarham Ashraf, masih terpampang kemas di dinding.
Gym dan studio pilates
Dari pintu ruang tamu, bersambung ke bangunan seterusnya ialah studio pilates peribadi atau kawasan gim BCL.
Ruang Dapur
Ruang dapur BCL jenis terbuka dan berlatar belakangkan pemandangan kolam renang, semuanya dikekalkan dalam warna putih, mencerminkan cita rasa elegan penyanyi yang dilahirkan pada 22 Mac 1983
Kolam Renang
Kolam renang di kediaman BCL menarik dengan airnya yang jernih dan bersaiz besar, menjadikannya tempat istimewa untuk bergambar bersama keluarga. Khabarnya, rumah BCL itu berkeluasan sekitar 400 meter persegi.
Tingkat 2
Ke arah tingkat 2, terdapat bilik kegemaran BCL yang digunakan sebagai tempat berehat dan healing. Bilik ini mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap.
Salon Rambut
Selain itu, BCL juga mempunyai private salon. Di sini, penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ ini dapat memanjakan diri dan menjaga rambutnya.
Antaranya, bilik karaoke dan studio rakaman kecil. Serta tempat Tiko Aryawardhana boleh DJ di rumah.
Itulah potret rumah mewah Bunga Citra Lestari dengan reka bentuk minimalis moden yang luas. Difahamkan BCL membeli rumah ini pada tahun 2017, ketika arwah Ashraf masih hidup.
Mesti Baca:Kulit Pisang Baja Terbaik Untuk Pokok Keledek. Hasilnya Ubi Sarat Berisi!
Baca Lagi Di Sini:Baja Dari Batang Pisang Mampu Hasilkan Pokok Subur
Artikel Menarik:Baja Organik Dari Batang Pisang Dan Yakult Untuk Hasikan Buah OVERSIZE
Sumber : 1
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Campuran Dua Bahan Ini Berkesan Elak Kucing “Membuang” Di Kediaman
Bukan senang nak melatih kucing untuk tidak sesuka hati membuang najis mereka di dalam mahupun di luar rumah. Memang perlukan masa dan pemerhatian yang khusus.
Selain kotor dan baunya yang memerangkap ke seluruh pelosok kediaman, keberadaan najis kucing juga bakal menambah kerja pembersihan rumah. Pasti anda geram dan lelah nak cuci tempat yang sama berkali-kali. Nak marah kucing tu, bukannya mereka faham atau kisah..
Tetapi melalui tip Puan Ella Ahmad di laman Facebooknya, beliau telah menemui solusi buat permasalahan ini. Hanya dengan menggunakan campuran cuka serta pelembut pakaian!
Menurutnya, resipi ini direka sendiri setelah pelbagai cara dilakukan untuk mengelak dari najis kucing yang bersepah.
Mari semak perkongsian ini ;
Kencing/tahi kucing bersepah2 kat car porch..
Pernah tak jadi begini? Yang letak air merah dalam botol dah tak jalan..kucing sekarang dah sekolah..
Ok saya nak share ape yang saya buat supaya kucing2 ni tak berak/kencing kat car porch..
P/s : resepi buat sendiri je fikir logik akal.. resepi dalam setiap pic ye..jangan risau simple nau2..
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau nya masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak pada tempat yang disembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand apa sbb nak bg wangi sikit je, sebab kalau letak cuka je nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la sikit baunya..)
3. Air paip (agak2 laa sampai penuh bekas spray)
Bekas spray begini boleh beli di kedai eco.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI