Berkebun atau bercucuk tanam tidak kira di lahan yang luas mahupun hanya di anjung rumah, bagaikan satu trend. Bagi yang baru-baru berjinak nak berkebun ni, mesti ingat penjagaan pokok cukup sekadar siram sahaja. Pembajaan pun perlu dilakukan mengikut prinsip-prinsip tertentu.
Mohd Azrin Roselan berkongsi cara pembajaan yang betul bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk bercucuk tanam. Nampak je macam mudah. Tapi perlu teknik yang betul. Kalau tersalah baja, bukan sahaja khasiat nya tidak dapat diserap oleh tanaman. Silap-silap, pokok boleh mati
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bukan Sahaja Berteknologi Tinggi & Harga Sangat Berpatutan, Acerpure Pro (P2) Air-Purifiers Bukan Mesin Penapis Udara Yang Biasa-Biasa!
Barangan elektrik seperti mesin penapis udara ini bukan lagi satu benda yang baharu atau asing diguna pakai oleh segelintir masyarakat masa kini. Malah, ia juga sudah menjadi satu barangan keperluan masa kini bagi mendapatkan udara yang lebih berkualiti serta bersih buat seisi keluarga.
Maka oleh itu tidak hairan lah kewujudan barangan elektrik seperti ini keluaran daripada pelbagai jenama kini muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, sudah pasti ada pelbagai jenis, jenama serta fungsi mesin penapis udara yang ada di pasaran.
Mesti anda pernah dengar barangan elektronik jenama bertaraf antarabangsa iaitu Acer. Jangan ada yang tidak tahu, selain terkenal dengan keluaran barangan elektronik seperti komputer riba, Acer juga kini sudah mengorak langkah ke hadapan dengan mengeluarkan mesin penapis udara.
Terbaharu, Acer Malaysia telah melancarkan dua model terbaharu mesin penapis udara iaitu acerpure Cool (C2) dan acerpure Pro (P2) yang berteknologi tinggi serta didatangkan dengan reka bentuk yang lebih menarik dan bergaya.
Apa yang membuatkan mesin penapis udara jenama acerpure ini menarik dan berbeza daripada jenama mesin penapis udara yang lain? Ini kerana, kedua-dua model terbaharu ini iaitu acerpure Cool (C2) dan acerpure Pro (P2) ini didatangkan dengan 4-in-1 HEPA filter yang dipercayai berkesan untuk merangkap habuk, debu kotor, bakteria kuman serta virus Covid-19 dan Influenza A (H1N1).
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi yang canggih seperti pengawalan mesin penapis udara dengan hanya menggunakan aplikasi acerpure Life Smart di telefon pintar anda.
Dengan rekaan yang ringkas dan moden, kedua-dua model mesin penapis udara ini tampak bergaya dengan paparan panel sentuh skrin LED yang sentiasa memantau tahap kebersihan dan kualiti udara di ruang dalam rumah anda.
Selain itu, apa yang membuatkan mesin penapis udara keluaran jenama acerpure ini sangat menarik berbanding mesin penapis udara jenama lain kerana harga yang dijual bagi kedua-dua model ini sangat berpatutan dan murah jika mahu dibandingkan dengan mesin penapis udara jenama lain yang ada di pasaran.
Untuk pengetahuan anda, acerpure Cool (C2) dijual dengan harga RM1,599 manakala acerpure Pro (P2) dijual dengan harga serendah RM1,299 sahaja. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman rasmi Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer’s Product Infoline di talian 1800-88-1288 dari jam 9 pagi sehingga 6 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Di samping itu, ada juga boleh melihat produk mesin penapis udara ini dengan lebih dekat dengan menonton video segmen IMPIANA Beli Di Mana? pada pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Termahal Di Malaysia, Yang Ramai Tak Tahu!
Industri Seni Bina bukanlah satu industri yang biasa. Ia adalah industri yang cukup hebat di mata dunia. Jika kita perhatikan reka bentuk arkitek-arkitek hebat yang menghasilkan projek-projek mega pastinya bakal mengunci kata-kata di situ. Siapa yang berani menyangkal idea dan konsep yang menjadi satu mercu kejayaan di mata dunia.
Hari ini IMPIANA ini berkongsi sebuah rumah agam yang pastinya ramai tidak menyangka kediaman ini sebenarnya terletak di Damansara. Antara rumah termahal di Malaysia ini sudah pastinya menjadi ikonik dalam Industri Seni Bina. Firma Arkitek Jouin Manku bukan nama kecil dalam arena industri seni bina ini, mereka telah diberi kepercayaan untuk menghasilkan rumah agam yang dinamakan YTL Residence dengan sempurna.
Projek yang mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan pada tahun 2008. Dengan keluasan sekitar 5,000 hingga 10,000 kaki persegi. Ketika tahun ini berapakah usia anda? Bayangkan sebuah rekaan sebegini rupa telah jayanya direka dengan sentuhan yang menakjubkan.
Rumah agam YTL Residence ini menempatkan tiga generasi keluarga di dalam satu bumbung.
Menempatkan ruang termasuk: 9 bilik tidur, 2 bilik keluarga, dapur keluarga + makan peribadi, pustaka keluarga, bilik permainan, kolam renang, ruang belajar, ruang makan formal, kawasan penerimaan tetamu, 21 bilik mandi, 2 suite tetamu dan tempat letak kereta.
IMPIANA difahamkan kediaman dalam 3 generasi keluarga ini, masing-masing mempunyai volume yang berbeza. Ruang berkumpul membentuk keseluruhan ruang dalaman, pangkalan ruang yang menempatkan untuk fungsi keseluruhan pemilik di dalam rumah, manakala ruang untuk tetamu dan persendirian keluarga yang tinggal di dalam YTL Residence ini dibina dan direka dengan penuh ciri-ciri privacy. Dalam asyik dengan seni bina ini arkitek seni bina ini tidak lupa akan kesedaran hijau di persekitaran rumah agam ini dengan mengetengahkan konsep membenarkan tumbuh-tumbuhan luar biasa yang berasal dari rantau ini untuk membanjiri persekitan kediaman ini dengan sempurna.
Terinspirasi oleh kecanggihan dan kekayaan yang terdapat di hutan dan lanskap semula jadi Malaysia, Arkitek Jouin Manku berusaha untuk memasukkan bukan sahaja pokok-pokok biasa, tetapi juga kualiti tumbuhan yang rare ke dalam volume projek ini. Ketenangan dan keharmonian, ruang dan kekosongan ada di dalam tiga jilid rekaan kediaman agam ini yang menentukan konsep projek.
Gambar Rujukan: YTL RESIDENCE
Boleh baca artikel berkaitan lain:Kediaman Berkeluasan 900 Kaki Persegi Ini Diberi Nafas Baru Selepas 5 Tahun
Saksikan pelbagai video IMPIANA di YouTube IMPIANATV
IMPIANA juga menganjurkan kelas webinar untuk anda tambah ilmu dalam bercucuk tanam. Kali ini IMPIANA bawa anda untuk sertai bengkel online ‘Smart Watering System.
Daftar diri anda segera di Toko Ideaktiv
IMPIANA ingin menjemput anda menyertai WEBINAR IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH dan MURAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Petua Mudah Dengan WD-40
Kita cenderung berfikir bahawa kerja pembersihan itu agak merumitkan. Namun, realitinya, ia boleh menjadi cepat dan mudah, apabila anda merancang dengan betul dan mempunyai alat yang bersesuaian untuk melaksanakannya. Berikut adalah 5 petua atau tip mudah untuk anda bermula:
#1 Bermula dengan membuat perancangan: Tandakan kawasan yang perlu diberi tumpuan, dan periksa sama ada anda memerlukan bantuan luaran. Anda tidak perlu membersihkan keseluruhan rumah anda dalam satu masa. Sekiranya anda harus melakukannya, bahagikan ia sekurang-kurangnya kepada dua hari atau dua minggu. Ini bukan sahaja membuat tugasan membersih lebih mudah diurus, anda juga tidak akan bosan atau terlalu letih pada akhirnya.
#2 Periksa sama ada anda alat anda betul-betul sebelum anda menggunakannya: Dalam setiap tugas yang kita uruskan dalam kehidupan harian, memilih dan menggunakan peralatan yang sesuai adalah sangat mustahak. Beberapa peralatan yang sering ditemui di kediaman kita tidak semuanya digunakan untuk melakukan pembersihan. Adakah anda bertanya peralatan seperti apa?
Sepeti produk Pelbagai Guna WD-40®, yang mana ia sangat bagus untuk menghapuskan minyak, gris, kotoran, dan kesan degil melekit. Apabila menggunakan produk ini, ia juga melindungi logam daripada karat dan hakisan. Bayangkan pagar dan gril. Ia juga amat berkesan dalam membantu menanggalkan pelekat lama, menyingkir bahan lekatan yang ketat pada pita, label dan pelekat dengan mudah.
#3 Bersihkan dari atas ke bawah: Fikirkan mengenai graviti dan bagaimana habuk yang bergerak-gerak. Oleh itu, ia perlu dimulakan dari permukaan yang lebih tinggi- lekapan ringan, kipas, penghawa dingin, langsir dan tingkap, dan gerakkan ke bawah. Ini bermaksud akhir sekali baru bersihkan lantai anda.
#4 Tidak perlu ada rasa sayang: Tanpa menyedarinya, kita sering menyimpan barang-barang yang sebenarnya tidak begitu diperlukan dan barangan itu bertimbun dan bertindih. Oleh itu, sebelum tahun baru bermula, tanya diri anda adakah anda masih menggunakan barangan tersebut dalam tempoh setahun lalu. Jika jawapannya tidak, maka sudah tiba masanya untuk anda membuangnya. Sekiranya anda mempunyai banyak barangan seperti itu, anda juga boleh membuat jualan garaj bagi menukarkan barangan yang tidak diperlukan itu kepada wang.
#5 Ceriakan diri anda: Pembersihan boleh menjadi tugas yang sangat memuaskan dan menyeronokkan. Tetapi jika anda tidak biasa menikmati proses pembersihan atau anda cepat jadi bosan, hidupkan semula suasana yang mengembirakan seperti memainkan lagu-lagu kegemaran anda. Dengan semua perkara ini, yang memberi perbezaan adalah sikap. Oleh itu, ia adalah perkara yang amat baik apabila anda dapat melakukan kerja pembersihan dengan rasa seronok, dan anda cenderung untuk melakukannya dengan lebih kerap, atau lebih bagus.
Diharap dengan 5 petua atau tip ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang rumit dan mungkin merunsingkan anda selama ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI