Pokok cili mempunyai jangka produktiviti yang terhad iaidtu antara 8-12 bulan sahaja. Selesai tempoh produktiviti, pokok mula mengering dan buah yang jadi dihujung produktiviti pun tak cantik. Untuk memastikan stok tak putus, kebiasaanya proses tanam semula atau sulam dilakukan.
Namun seorang petani komersial iaitu Safirin dari Indonesia punya kaedah dan cara tersendiri dan bijak. Pokok cili yang tua diasah atau rawat semula untuk memastikan ia terus mengelurakan hasil. Teknik meremajakan semula pokok cili tua ini diberi nama “cut back”.
Teknik ini dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh yang lebih singkat kerana pohon sudah sedia matang. Langkah-langkah teknik “cut back” yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
1. Buang atau cabut tanaman cili yang sudah mati atau layu
2. Pangkas cabang-canbag cili yang telah kering, rosak, berpenyakit dan tidak normal. Hanya tinggalkan batang keras. Tapi, pastikan sisa beberapa helai daun walaupun hanya 3-4 helai sahaja pada pokok
3. Sapu bahagian cabang atau ranting yang dipotong dengan fungisida dan insektisida (anti funggus dan hama)
4. Gembur tanah sekitar pangkal pokok dan taburkan baja. Baja yang disarankan adalah NPK
5. Tunggu sehingga pokok cili mengeluarkan tunas-tunas baru
6. Bila dah mula tumbuh tunas, lakukan pembajaan 2 minggu sekali dengan baja NPK
7. Tinggalkan hanya 3-5 tunas yang betul-betul sihat dan seterusnya penjagaan pokok cili yang telah mengalami proses “Cut Back ” seperti biasa
Sumber: https://nuansatani.com/