Teknik mudah dekor ruang tamu sempit, ramai masih buat silap. Ruang tamu adalah ruang utama dalam kediaman, ramai yang bertanyakan kepada IMPIANA dengan soalan-soalan seperti ini. Bagaimana ingin menghias ruang tamu yang kosong? Teknik mudah untuk nampakkan ruang tamu lebih luas? Warna apakah yang paling sesuai untuk ruang tamu yang menarik. Banyak lagi soalan yang diajukan kepada IMPIANA. Kali ini IMPIANA kongsikan bersama anda teknik bagaimana untuk menghias ruang tamu kosong, cara memilih konsep yang sesuai dan bagaimana untuk memilih warna dan perabot yang sesuai untuk ruang tamu agar nampak lebih luas.
Teknik Pilih Konsep Ruang Tamu
Ramai yang keliru kerana banyak pengaruh dari media sosial dan juga Pinterest. Semua cantik, konsep yang mana satu pilihan sesuai dengan kita itu yang penting. Bukan nampak cantik atau ikut trend itu yang sesuai dengan ruang rumah kita. SALAH kalau anda berfikiran begitu. Perkara utama perlu anda fikir adalah praktikaliti dan juga cara hidup anda seharian di rumah. Apakah ciri-ciri praktikaliti itu? Kenal pasti berapa ramai penghuni rumah dan keluasan ruang tamu anda. Warna juga penting dalam ruang tamu. Jika anda ingin ambil langkah mudah dalam menghias ruang tamu pilih warna putih atau krim. Ia mudah untuk dipadankan dengan apa sahaja set perabot.
Jika ruang tamu anda tidak terlalu besar atau luas jangan sesekali memilih set perabot yang agak gelap dan besar. Ukur keluasan yang sesuai dengan set sofa yang bersaiz sederhana. Jika ada yang masih belum tahu, saiz sofa juga mempunyai saiz XL, L, M dan S. Reka bentuk sofa juga memainkan peranan yang penting dalam membuatkan ruang tamu kelihatan seimbang dan sesuai untuk semua.
Rumah teres lot tengah, ruang tamu kurang keluasan elakkan dari membeli sofa bersaiz XL atau L. Saiz M juga perlu ambil kira dari segi reka bentuk. Tidak semua reka bentuk akan membuatkan ruang nampak luas dan selesa. Malahan ia akan membuatkan ruang tamu anda tampak padat. Apa yang perlu anda lakukan adalah beli set sofa tiga tempat duduk dan padankan dengan kerusi satu tempat duduk dan juga banch. Begitu juga dengan kediaman yang lain, harus bijak suai padankan saiz sofa dengan keluasan ruang.
Pilihan Warna
Bagi ruang tamu yang mempuyai keluasan terhad elak dari menggunakan warna gelap, sepeti merah, jingga, biru dan sebagainya. Warna putih, krim dan pastel sesuai untuk ruang sebegini. Warna yang lembut akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas dan selesa. Jika mengenakan set perabot yang sesuai pasti ruang tamu anda akan tampil lebih segar dan bergaya. Ditambah pula dengan pokok segar dalam ruang tamu itu. Dapat bayangkan tak, suasana segar dalam ruang tamu anda. Ada yang gemar dengan wainscoating kan! Boleh gayakan tetapi elakkan penggunaan yang terlalu sarat.
Perhiasan Atau Dekorasi
Elak dari hiasan yang sarat seperti pasu bunga yang besar dan bunga plastik. Pilih bunga hidup ini akan membuatkan ruang tamu lebih segar dan seakan gaya dalam Pinterest. Tidak kisah konsep apa yang anda gemar untuk ruang tamu anda paling penting perkara yang diterangkan di atas sangat penting
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA
Artikel Berikut: Nak Ruang Tamu Kemas Dan Rapi, 6 Barang Ni Tak Patut Ada