Teknik Jual Hartanah Berisiko

Share

Membeli dan menjual hartanah adalah satu perkara yang besar, bagi yang gemar bermain dalam hartanah ini pasti mempunyai teknik bijak untuk meraut keuntungan. Di sini ingin saya katakan jika tiada ilmu dalam dunia hartanah jangan mengambil risiko untuk bermain jual beli rumah ni. Timba ilmu agar anda tidak menyesal kemudian hari.

Jika anda dah terbeli hartanah yang berisiko tinggi atau terlebih nilai, jagan risau anda masih boleh memperbaiki keadaan ini. Walaupun saat pasaran hartanah sedang merudum.

Dengan ilmu dan strategi yang betul, masalah ini pasti boleh diselesaikan. Langkah pertama yang anda boleh buat adalah dengan buang perasaan panik yang terlampau itu. Jangan sesekali mempunyai rasa negatif dalam situasi ini.

Di sini saya nyatakan ada enam langkah yang anda boleh anda lakukan jika anda berada didalam situasi begini.

Terima dengan hati yang tenang dan terbuka

Akui perkara ini adalah satu kesilapan dengan hati yang tenang dan terbuka, setiap manusia akan sentiasa melakukan kesilapan. Dari kesilapan ini anda mampu memperbaiki dan mempelajari dari kesalahan.

Kebanyakan orang tidak sedar dengan membeli hartanah yang berisiko tinggi dan akan menyedarinya kemudian hari, tetapi mungki saat itu anda akan berasa menyesal kerana membeli hartanah tersebut.

Dan kesilapan besar apabila anda berfikir keadaan ini tidak akan menjurus pada perkara yang lebih teruk daripada sediakala. Padahal, ia akan beri impak buruk pada pelabur akan datang.

Jual Hartanah tersebut dengan segera

Kita boleh jual hartanah yang kita tersilap beli itu pada harga rendah atau diskaun.

Biasanya, harga jualan rumah akan jadi tinggi pada 3 bulan pertama selepas VP (vacant possession). Secara personal, saya akan jual rumah ini dengan harga yang lebih rendah, supaya ia boleh dijual dengan cepat.

Saya pernah mengalami situasi di mana rumah yang saya miliki itu saya jual pada harga yang agak rendah dengan market jualan pada masa itu, ada rakan dan sahabat handai mempertahankan keadaan untuk saya jangan menjual rumah itu dengan kadar segera, kerana jika saya tunggu lagi dalam masa 2 hingga 3 tahun akan datang In ShaaAllah harga akan melabung naik.

Akhirnya, saya tetap menjual rumah itu dengan harga diskaun, dan membeli rumah lain dan mejual rumah yang baru itu dengan keuntungan yang berlipat ganda saat itu.

Siapa yang untung, dan siapa yang rugi?

Lebih Fleksibel

Maksud fleksibel kat sini adalah dari sudut rundingan. Kalau nilai rumah anda berharga RM400K, dan korang terpaksa menjual rumah itu pada harga RM360K, serta pembeli itu meminta untuk ‘mark up’, terima saja tawaran itu (selagi pembeli itu sanggup keluarkan duit untuk bayar segala kos tambahan untuk ‘mark up’ itu).

Semakin lama kita tunggu, semakin banyak unit rumah yang nak dijual muncul dalam pasaran. Dan ini jelas akan kacau peluang kita menjual unit yang kita salah beli itu.

Dah jadi asas permintaan dan bekalan (demand and supply). Kalau bekalan semakin tinggi, nilai unit ini akan terjejas. Bermakna, lagi susah kita nak jual pada harga yang berpatutan.

Tambah nilai untuk hartanah anda

Kalau orang lain jual sekadar unit kosong semata-mata, anda boleh berikan nilai tambahan seperti kabinet, almari atau sebagainya, dan jual rumah itu pada harga yang sama dengan pesaing anda.

Kalau unit kediaman anda itu dijual pada harga RM400K (harga yang sama dengan pesaing anda), pembeli akan lebih berminat kat unit anda dek nilai lebihan yang anda berikan.

Semua orang sukakan tawaran yang baik. Dengan tambahan dari sudut nilai ini, kita boleh wujudkan lautan biru (blue ocean) dalam lautan merah (red ocean).

Wujudkan kerjasam dengan ejen hartanah

Mula bekerjasama dengan ejen hartanah yang pakar dekat kawasan rumah yang kita beli itu. Ini akan tingkatkan peluang untuk menjual unit kita dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, layan mereka dengan baik. Ramai pemilik rumah yang berperangai tak elok semasa berurusan dengan ejen hartanah, dan ini akan tipiskan peluang kejayaan untuk jual unit kita dengan mudah.

Berbaik dengan pengawal keselamatan ataupun pengurusan unit

Ia boleh tinggikan peluang kita menjual unit yang kita salah beli itu dengan lebih mudah. Tak rugi berbuat baik dengan orang yang sepatutnya. Selagi ia boleh tingkatkan peluang kita menjual rumah dengan lebih mudah, tak salah untuk kita gunakan strategi ini. Pada masa akan datang, tindakan ini jelas akan berikan kelebihan dekat diri kita sendiri. Fikirkan kelebihan yang kita boleh dapatkan untuk tempoh masa panjang.

Kita juga yang akan dapat untung. Bukan orang lain.

Published by
Impiana