Rupanya teknik ‘lukakan’, kelaran atau gridling pokok ini telah terbukti berkesan. Malah, ramai petani dan pekebun-pekebun melakukan teknik ini bagi memaksa pokok berbuah.

Teknik kelaran atau gridling ini bukan sahaja untuk memaksa pokok berbuah. Ada banyak lagi manfaat antaranya buah yang dihasilkan rasanya lebih manis.

Teknik Lukakan Pokok Bukan Mitos, Memang Berkesan Buat Pokok ‘Rajin’ Berbuah!
Kredit foto: Freepik

Teknik Kelar Pokok Bukan Mitos

Di mana kelaran perlu dilakukan?
-Pangkal dahan-dahan utama
-Sekeliling paksi pokok

Cara-cara Gridling Technique

1. Gunakan pisau yang telah di nyah kuman (strill) dan tajam. Buat satu kelaran asas sekeliling dahan.

2. Lakukan kelaran kedua dengan jarak tidak lebih 5mm. Untuk pokok kecil seperti pokok tin, jarak 2 mm sudah memadai.

Ads

3. Tanggal atau kupas bahagian kelaran dari batang pokok.

4. Selepas kelar, terpulang pada anda sama ada nak tutup bahagian kelaran dengan plastik atau cat. Dibiarkan begitu sahaja pun boleh cuma ia tidak cantik dan mudah terkena ancaman penyakit.

Teknik Lukakan Pokok Bukan Mitos, Memang Berkesan Buat Pokok ‘Rajin’ Berbuah!

Lebatkan Dan Maniskan Buah

Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.

Ads

a) Bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.

b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.

Info tambahan:

Pastikan baja yang digunakan tinggi P(Potassium) dan K (kalium) Elak menggunakan baja tinggi N(Nitrogen) akan menyebabkan pokok anda mabuk daun.

Ads

Semoga selepas ini, pokok-pokok buah-buahan yang kita tanam akan ‘rajin’ berbuah menggunakan teknik ini, dengan izinNYA.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Abdul Hamid Ahmad

Kredit foto top image: Freepik 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI