Kalau anda mula ingin berjinak atau baru nak memulakan hobi berkebun sebaiknya jangan cuba dulu pokok yang susah hidup. Ini kerana apabila pokok tersebut mati atau gagal membesar anda akan rasa down.
Sebaiknya cubalah dulu tanam pokok yang mudah dan senang dibiak. Bila tengok hasilnya subur baru lah semangat berkebun tu makin membara. Jom kami kongsikan tanaman yang paling mudah hidup, pilihan tepat bagi follower yang baru berjinak-jinak untuk bertaman.
Spider Plant sesuai di dalam pasu tinggi kerana juntaian daun dan anak-anak pokok menghasilkan bentuk unik dan natural. Untuk membiakkan tanaman ini apa yang diperlukan adalah Spider Plant matang yang telah mengeluarkan anak pokok. Ikuti langkah mudah pembiakan Spider Plant
.