Kalau anda mula ingin berjinak atau baru nak memulakan hobi berkebun sebaiknya jangan cuba dulu pokok yang susah hidup. Ini kerana apabila pokok tersebut mati atau gagal membesar anda akan rasa down. Sebaiknya cubalah dulu tanam pokok yang mudah dan senang dibiak. Bila tengok hasilnya subur baru lah semangat berkebun tu makin membara. Jom kami kongsikan tanaman yang paling mudah hidup, pilihan tepat bagi follower yang baru berjinak-jinak untuk bertaman.
Spider Plant sesuai di dalam pasu tinggi kerana juntaian daun dan anak-anak pokok menghasilkan bentuk unik dan natural. Untuk membiakkan tanaman ini apa yang diperlukan adalah Spider Plant matang yang telah mengeluarkan anak pokok. Ikuti langkah mudah pembiakan Spider Plant.
- Potong anak pokok dari induknya. Pastikan anak pokok mempunyai sekurang-kurangnya 6 helai daun dan berakar supaya ia mudah hidup. Jika anak pokok belum berakar, boleh celupkan ke dalam penggalak akar.
- Sediakan medium penanaman anak pokok 3:2:1 (3 tanah loam, 2 bahan organik: 1 pasir)
- Masukkan anak pokok ke dalam pasu yang telah disediakan. Biarkan ia selama 2 minggu di bawah cahaya matahari lembut atau teduhan.
- Setelah daun-daun mulai segar dan membesar, anak pokok boleh diubah ke kawasan yang lebih terbuka.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Mengecat? Mari Tahu Dulu Tentang Roller Cat
Roller cat. Peralatan ini digunakan apabila kita ingin mengecat dinding. Tidak kira dinding rumah, kedai, pondok, atau apa-apa sahaja yang ada dinding. Tapi untuk membeli roller cat, juga perlu pandai dan mahir. Apakah dia? Mengetahui cara memilih roller cat terbaik untuk kerja itu boleh menjimatkan banyak masa anda. Jenis pekerjaan yang anda rancang untuk dicapai sangat mempengaruhi pilihan roller cat anda. Roller cat boleh didapati dalam beberapa saiz dan bentuk agar sesuai dengan pelbagai permukaan. Jadi, bagaimana anda membuat keputusan? Pilih saiz roller cat yang sesuai untuk luas permukaan yang akan dicat.
Roller cat berkisar dari saiz kecil hingga 12 inci dan lebih besar. Roller kecil sesuai untuk kerja kecil seperti mengecat pintu. Gunakan roller 9 inci untuk mengecat siling atau dinding. Lebih besar saiz roller, lebih cepat dan lebih mudah tugas anda.
Pertimbangkan jenis span semasa memilih saiz roller. Span roller dibina daripada bahan gentian semula jadi sintetik. Terdapat banyak saiz dan panjang yang tersedia. Padankan saiz dengan kawasan yang hendak dicat. Secara umum, semakin lebar span roller, semakin banyak cat yang boleh diserap.
Sebagai contoh untuk panduan bagi anda yang ingin membeli roller cat,
- 1/4 inci ini, sesuai untuk permukaan licin dan licin seperti dinding, siling, pintu kayu dan bingkai pintu
- 3/8 inci – sesuai untuk permukaan lembut dan kasar.
- 1/2 inci – sesuai untuk kebanyakan dinding dan permukaan separa kasar seperti simen dan konkrit berlepa.
- 3/4 inci – untuk permukaan kasar dan dinding beralur, dinding bertekstur, simen berlepa dan konkrit.
- 3/8 inci – untuk mengecat keseluruhan permukaan secara kasar.
Jadi, itu sahaja cara dan ilmu untuk anda yang ingin membeli roller cat. Anda juga boleh bertanya kepada pekerja kedai yang pakai terhadap perkara ini sekiranya anda tidak tahu ingin membelinya.
Sumber: tukangcatdinding (https://www.tukangcatdinding.com/2017/09/cara-memilih-roller-cat.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kedai Jualan Barangan Elektrik Samsung Terbaharu Tampil Dengan Inovasi & Gaya Terkini, Pelanggan Berpeluang Merasai Sendiri Pengalaman Menakjubkan!
Ini memang satu khabar berita gembira buat anda pencinta barangan elektronik jenama terkemuka antarabangsa, Samsung kerana kini anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk menggunakan barangan elektrik jenama berkenaan di kedai jualan terbaharu mereka yang terletak di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur.
Samsung Malaysia Elektronik bersama Toong Heng Elektronik telah mengumumkan pelancaran kedai jualan terbaharu itu secara rasminya, pada 26 Ogos lalu.
Dengan hasil kerjasama dan langkah kedua-dua jenama ini, para pelanggan bukan sahaja berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peralatan elektrik jenama tersebut malah pelbagai tawaran istimewa dan potongan harga bakal diberikan kepada pelanggan setia mereka.
“Kerjasama kami dengan Tong Heng Electronics sudah menjangkau lebih 14 tahun sejak syarikat itu mula menyertai rangkaian Pengedar Sah kami pada tahun 2008.
“Jadi, ia sangat penting bagi kami untuk terus kekal optimis memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami dengan rangkaian produk inovatif serta pengalaman membeli-belah gaya terkini,” kata Jimmy Tan, Ketua Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Elektronik.
Pengarah Urusan Toong Heng Electronics, Wilson Yap, yang turut hadir pada pelancaran itu majlis itu turut berkongsi, “Kami berbangga dengan kerjasama lama kami dengan Samsung, yang merupakan sebuah enama Elektronik Pengguna No.1 selama lebih 14 tahun.
“Seperti sedia maklum, inovasi Samsung sememangnya tidak sama seperti jenama yang lain dan apa yang penting bagi kami hasil kerjasama ini adalah semangat bersama kami untuk menyediakan kedai jualan yang akan mengagumkan semua orang dengan pengalaman pembelian pelanggan kami yang menakjubkan!,” akhirinya.
Dengan ruang kedai berkeluasan kira-kira 1200 kaki persegi, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai jenis produk Samsung termasuk rangkaian BESPOKE seperti BESPOKE Jet™M , peti sejuk BESPOKE, BESPOKE CubeTM Air Purifier dan juga BESPOKE AirDresser.
Rangkaian yang direka bertujuan untuk memperkayakan kehidupan pelanggan dengan gaya hidup dan reka bentuk terkini serta ciri teknologi yang sempurna. Selain daripada itu, pengguna juga boleh merasai pengalaman menonton TV Pintar yang mengagumkan daripada rangkaian The Freestyle, The Frame dan Neo QLED 8K.
Sempena pembukaan kedai terbaharu, pelanggan akan menikmati diskaun untuk barangan terpilih dan berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM3,000 bermula dari 26 Ogos hingga 4 September 2022.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berhak mendapat jaminan waranti eksklusif selama dua tahun selepas pembelian! Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk segera kunjungi kedai Samsung Malaysia Elektronik di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur hari ini!
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Samsung Malaysia, sila layari laman sesawang rasmi di http://news.samsung.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Lebatkan Petunia, Bunga Kembang Merimbun Walaupun Dalam Cuaca Panas
Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria.
Bagaimanapun ramai yang beranggapan tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunganya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.
Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.
Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.
1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.
2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.
3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.
4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.
5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.
6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.
7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.
8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.
9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu
10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.
11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.
12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tip Bagi Petunia Dalam Pasu Tahan Lebih Lama Dan Berbunga Lebat
Pokok Bunga Kertas Nampak Merimbun, Ini Caranya
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI