Teknik mudah jadikan ruang dalaman nampak bak sentuhan pakar. Bukan mudah ya, kalau pemilik tu tak ada taste dalam memilih barang hiasan dalaman atau dekorasi. Bukan sahaja hiasan malahan susun atur bagi menampakkan ruang lebih luas dan praktikal.
Payah adakala untuk kita ungkapkan kepuasan memandang. Apatah lagi dengan karya hias yang begitu subjektif. Benda yang tidak bernyawa namun cukup hebat menggoda pandang. Apa pun di bawah sedar timbul rasa senang dan puas bila menatap sesebuah karya terutamanya pada dinding utama di ruang tamu kediaman. Umpama tempat bersemayam sang ratu , sofa tiga tempat duduk yang dihias indah pada sekitarnya.
Keseimbangan hiasan meja sisi kiri dan kanan, lampu meja gah, permaidani, dan deretan kusyen kecil megah umpama barang kemas yang menyerlahkan keindahan ruang utama tersebut. Itu belum lagi warna pilihan feature wall di belakangnya dan aksesori dinding yang pelbagai ibarat mahkota. Kata orang, inilah ruang atau kawasan yang penting bagi kita hias secantik mungkin. Ini kerana sejurus langkah kaki ke dalam kediaman, pandangan mata akan segera mendarat pada rekaan elegan set sofa tiga tempat duduk sebagai kerusi utama bersama segala hiasan dan feature wall di belakangnya. Dari sini juga tetamu sudah boleh membuat asumsi, orang jenis bagaimanakah kamu, karakternya….
Ibarat mengadap ratu, kita selalunya cukup cerewet dalam menghias kawasan ini. Ia secara tidak langsung memberi maksud tersurat akan personaliti kita sebagai tuan rumah. Ada yang memilih tema mewah denan susunan serba seimbang. Ada yang lebih suka memberontak dengan memilih gaya bebas dan padanan kreatif. Malah jangan terkejut jika ada yang menempatkan segala macam jenis bingkai gambar atau sekeping dua sahaja itu pun cukup di bahagian sisi dinding. Minimalism….Jangan lupa jambangan bunga hidup sebagai penyeri suasana.
Apa pun pilihan anda, komposisi ini antara perabot aksesori lantai dan dinding perlu ada satu kesinambungan yang harmoni. Satu ragam padanan yang saling melengkapi , dan memberi identiti pada ruang. Bukanlah bermakna segalanya perlu mahal sampai menjerut leher harganya tetapi padanan pintar ini juga memberi anda satu kepuasan. Perlu diingat kita pun perlu menukar kusyen, langsir aksesori sekali sekala sekitar enam bulan sekali misalnya. Jadi pastikan anda membuat perancangan rapi terutama dari aspek kemasan dinding. Adakah mahu dicat atau disempurnakan dengan kertas dinding. Apa pun pilihan anda jangan sampai ruang yang ada tidak boleh keluar masuk kerana terlalu sesak. Simple-simple je di IMPIANA.
KLIK DISINI untuk pembelian sarung bantal hiasan MURAH dengan corak yang cukup menarik.
Artikel Berikut: Elak Aroma Memasak Terpengap, Guna Secawan Cuka
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.