Bayam adalah spesies Amaranthus gangeticus yang tergolong dalam famili tumbuhan Amaranthaceae iaitu sama famili dengan pokok balung ayam iaitu sejenis tanaman hiasan yang berbunga menarik.
Ia dikatakan mengandungi banyak khasiatnya tersendiri. Di antaranya seperti mempunyai kalori yang rendah tetapi tinggi dengan kandungan vitamin A dan K, mencegah kanser, meningkat sistem imuniti badan, mengekalkan kesihatan otak, merendahkan tekanan darah dan kadar kolesterol iaitu sekadar menyebut beberapa contohnya.
Terdapat dua jenis pokok sayur bayam iaitu berdaun merah dan juga berdaun hijau.
Penanaman
Ia mudah ditanam menggunakan biji benihnya yang boleh didapati dari buahnya yang matang. Bijinya juga boleh dibeli dari pusat tanaman, kedai pertanian, dan juga pasaraya. Arahan mengenai cara menyemai dan menanam pokok bayam ini juga tertera di pek biji benih yang dibeli bagi memudahkan cara penanamannya.
Ia sesuai tumbuh dalam campuran tanah atau medium tanaman yang agak lembap serta gembur dan juga mengandungi banyak bahan organik. Campuran yang disyorkan adalah campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah Peroi: Bahan Organik: Pasir Sungai). Pokok bayam mudah ditanam kerana anda hanya perlu menabur benihnya di plot tanaman yang telah digembur atau dicampur medium tanamannya. Seterusnya berikan penjagaan yang diperlukannya.
LANGKAH MENYEMAI BAYAM :
Manakala anak benih yang dicabut tadi bolehlah ditanam semula di ruang kosong yang terdapat di plot tanaman anda di tanah. Bagi anda yang tidak mempunyai ruang di tanah untuk menanamnya tidak perlu risau kerana pokok sayuran ini juga boleh ditanam dalam bekas tanaman seperti pasu, polibeg atau bekas tanaman yang diperbuat daripada plastik atau palung logam dengan menggunakan medium tanaman seperti tersebut di atas
Selepas ditanam dan disiram letakkannya di tempat teduh dahulu sehingga ia mula tumbuh barulah dipindahkan ke kawasan yang mendapat cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhannya dan seterusnya berikan penjagaan seperti di bawah ini.
PENJAGAAN BAYAM :
Pokok bayam boleh dipetik apabila pokoknya mencapai anggaran umur lebih kurang 2 hingga 3 bulan selepas disemai bijinya dan ini juga bergantung kepada cara penjagaan selepas penanamannya.