Warna adalah satu elemen paling penting dalam menaikkan mood atau aura sesebuah kediaman itu. Ramai pemilik akan terima seadanya warna krim atau putih sedia ada yang telah diberikan oleh pemaju apabila masuk rumah. Kadang kala betul dan tepat mengena dengan konsep perabot yang bakal di masukkan nanti. Tapi kebanyakkan pemilik masa kini sudah bijak dengan mengenakan warna dinding selain putih dalam kediaman mereka. Tetapi jangan lupa dengan teknik yang betul dan juga cara terbaik untuk memilih warna untuk ruang tertentu.
Jom IMPIANA bantu anda teknik pilih warna yang mempunyai masalah nak pilih warna apa untuk ruang dalam kediaman anda. Tidak kisah sama ada rumah baru atau lama, anda boleh gunakan teori ini untuk anda lebih bijak memilih kod warna yang sesuai.
Kita mulakan dengan ruang masuk atau main entrance. Tidak kisah ruang ini luas atau tidak yang penting ia adalah ruang pertama yang akan dilihat oleh tetamu dan juga kita sebagai pemilik rumah. Betul tak? Tak akan nak biar ruang masuk ini kusam dan hambar. Ruang ini tidak semestinya anda mengecat keseluruhannya, hanya pilih dinding tumpu untuk menjadi dinding utama yang hendak di cat.
Teknik Pilih Warna
Ruang Tamu
Miliki sebuah ruang tamu yang selesa dan tenang sudah menjadi kemestian. Ada kala pemilik gemar mengenakan kertas hiasan dinding dari mengenakan cat. Tidak menjadi kesalah jika memilih kertas hiasan dinding, pastikan cokrak yang pilih tidak terlalu sarat. Manakala bagi pemilik yang memilih cat sebagai pilihan pastikan anda memilih warna yang lembut dan cerah. Tona warna ini mampu memberi impak dalam sesebuah ruang itu.
Ruang Makan
Ruang makan tempat paling digemari oleh semua. Tanpa ruang ni tiada seri gelak tawa sesebuah keluarga sewaktu menikmati makanan kegemaran. Memilih warna untuk ruang makan pula haruslah pilih warna yang ceria dan mampu menaikkan selera makan. Warna ceria seperti kuning cair, merah dan hijau memang sesuai jika memilih dalam tona yang betul untuk ruang ini.
Dapur
Ruang ini pula adalah nadi sesebuah rumah, tanpa ruang ini tiada lah hidangan istimewa untuk dibawa ke ruang makan. Maka ruang ini juga perlu dirapikan dengan warna yang sebaiknya. Di ruang dapur sebenarnya langsung tidak kena jika anda memilih warna gelap, kerana ruang ini seharusnya terang dan selesa untuk kita membuat penyediaan makanan setiap masa. Jadi pilihlah warna pastel atau putih. Tapi kena lah rajin ye.
Bilik Tidur
Tidak kisah bilik tidur itu bilik tidur utama atau bukan. Ruang ini sangat penting dalam pemilihan warna dinding dan juga kemasan lain seperti langsir dan sebagainya. Ruang ini adalah ruang terapi yang penuh bermakna untuk semua penghuninya. Jangan sesekali mengenakan warna yang terang seperti merah, jingga dan sebagainya. Ini akan menganggu masa kualiti tidur anda dan juga ketenangan yang anda idamkan.
Nota Penting: Paling penting anda perlu ambil kad warna yang ada di hardware berdekatan anda. Cuba padankan dan bayangkan warna apa yang paling sesuai untuk ruang kediaman anda. Kini semuanya dihujung jari jika anda layari laman web https://www.dulux.com.my/en ini anda boleh padankan warna idaman anda dengan mudah dan tepat.
Artikel Berikut: Ini Cara Baiki Cat Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir
Gambar : Dulux Colour Futures Colour of the Year 2022
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI